Daily Archives: May 20, 2012

Kenapa kita mesti berhenti minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola?

Pertama, Coca-Cola tidak baik untuk kesihatan.

 

Kedua, Coca-Cola mengandungi alkohol, dan dengan itu ia HARAM untuk orang Islam. Jika anda ke KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya, jangan minum Coca-Cola atau Pepsi -Cola lagi….haram pada orang Islam.

Ketiga, iklan Coca-Cola menghina Islam dan umatnya. Iklan biadap!

A humiliation to Islam and its ummah.

 

 

Keempat, Coca-Cola menolak Nabi Muhammad dan menolak Mekah yang membawa maksud mereka akan perangi umat Muhamad, tidak ada tempat di atas muka bumi ini untuk umat Muhamad dan tidak harus ada Mekah lagi yang menjadi kiblat kepada orang Islam.

Kelima, Coca-cola biaya Israel bunuh dan tindas rakyat Palestin.

 http://www.mediene.no/2010/09/08/boycott-coca-cola/

http://www.inminds.co.uk/end-the-occupation-2-27sep03.html

http://www.inminds.co.uk/boycott-news-0396.html

Keenam, Coca-Cola boleh membunuh!

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! rasa-rasa buat sabun badan,  boleh atau tidak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya ialah karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tidak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

8. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah dan minum mesti termuntah.

11. Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, agaknya- agaknya gigi tu boleh hilang!

12. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga.

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian dalam kecemasan jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika anda tidak percaya.
Coca-cola boleh digunakan untuk mencuci jamban, menghilangkan lumut dan karat pada jamban anda. Bayangkan bagaimana ia meninggalkan kesan dalam usus dan perut anda!

UMNO upah Cybertrooper dalam Facebook dan Blog

Sebelum ini blog ini mendedahkan mengenai cybertrooper yang dibayar oleh UMNO di https://albangi.wordpress.com/2011/12/05/cybertrooper-umno-berkeliaran/ 

Apa tugas cybertrooper UMNO? 

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis  ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):

  1. membuat blog dan berkeliaran dalam  Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  UMNO
  2. menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
  3. menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada
  4. menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB
  5. mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada  penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi
  6. mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO

Di bawah ini kita petik perbincangan tawaran UMB UMNO kepada mereka yang berminat untuk menjadi cybertrooper UMNO.

Bagaimana kita boleh kenal cybertrooper UMNO dalam FB yang mendapat atau menuntut bayaran?

  • Mereka membuat posting provokasi berulang-ulang dan bertubi-tubi
  • Mereka jarang menulis dalam posting cybertrooper lain. Mereka jarang menulis dalam posting orang pro-PR

Perbincangan strategi mereka telah dapat dibongkar oleh orang ramai. Cuba baca posting cybertrooper UMNO di bawah ini:

Antaranya cybertrooper ini ialah:

  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Moeinuddin Zakaria
  • Terompah Besi
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka
  • Melayu Kedah Terakhir
  • Matkilau Penang
  • Suan Abdullah
  • Melayu Atas Pagar
  • Sifu Tomoi
  • Kuala Krai Ku
  • Jangan Jadi Penipu
  • Yb Eli Wonggei
  • Yb Ostat Eli Wonggei
  • Mackshinoda Akira II
  • Mat Rambo
  • Apo Plak
  • Nabinikajisplasu Latnatullah
  • Ina Muzaffar
  • Qynah Ibrahim
  • Pakatan Rakyat Bungkus
  • Pas Pig
  • Bundle Bin Bundle
  • Cili Kasi Taruk
  • Chow Yong Fatt
(..akan dikemaskinikan senarai ini). Kebanyakan mereka ini sering memakai dua tiga nama dalam Facebook walaupun mereka adalah orang yang sama.

Siapakah pencacai UMNO yang tidak berdaftar sebagai cybertrooper tapi menulis dalam FB?

  • Mereka menulis bila lapang.
  • Mereka hampir tidak/tidak banyak buat posting provokasi
  • Mereka menulis dalam posting siapa sahaja mereka mahu.
  • Mereka sering sokong kawan-kawan pro-umno khususnya cybertrooper umno yang dibayar

Antaranya ialah:

  • Ahmad Nawawi Mohamad Jamil
  • Ahmad Kamal
  • Ir Jebart Modern
  • Halid Bin Hassan
  • Anuar Ramli
  • Mohamed Awang Ngah
  • Pecah Palak Mikir
  • Kulaan Niring
  • Abdul Lateef  Rahim
  • Damar Wulan
  • Nakhoda Utara
  • Puteri Bunia
  • Parang Kontot
  • Jaws Blues
  • Mohd Khairy
  • Titian Clouds

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.

Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.

Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.

Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?