UMNO upah Cybertrooper dalam Facebook dan Blog

Sebelum ini blog ini mendedahkan mengenai cybertrooper yang dibayar oleh UMNO di https://albangi.wordpress.com/2011/12/05/cybertrooper-umno-berkeliaran/ 

Apa tugas cybertrooper UMNO? 

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis  ”pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):

  1. membuat blog dan berkeliaran dalam  Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  UMNO
  2. menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
  3. menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada
  4. menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB
  5. mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada  penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi
  6. mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO

Di bawah ini kita petik perbincangan tawaran UMB UMNO kepada mereka yang berminat untuk menjadi cybertrooper UMNO.

Bagaimana kita boleh kenal cybertrooper UMNO dalam FB yang mendapat atau menuntut bayaran?

  • Mereka membuat posting provokasi berulang-ulang dan bertubi-tubi
  • Mereka jarang menulis dalam posting cybertrooper lain. Mereka jarang menulis dalam posting orang pro-PR

Perbincangan strategi mereka telah dapat dibongkar oleh orang ramai. Cuba baca posting cybertrooper UMNO di bawah ini:

Antaranya cybertrooper ini ialah:

  • Zamzuri Mohamad Tahir
  • Bro Ayim
  • Moeinuddin Zakaria
  • Terompah Besi
  • Irwan Hadzly Abd Rahim
  • Anwar Sewel
  • Alexender Da Greatt II
  • Alexander Azar Chambelain
  • Court Maargaret
  • Winablecandidate Larut
  • Angkatan Pemikir
  • Tiger Nilam
  • Cincin Emas
  • Ismit Ulam Raja
  • Puteri Ellysa Betty Shah
  • Satria Merdeka
  • Melayu Kedah Terakhir
  • Matkilau Penang
  • Suan Abdullah
  • Melayu Atas Pagar
  • Sifu Tomoi
  • Kuala Krai Ku
  • Jangan Jadi Penipu
  • Yb Eli Wonggei
  • Yb Ostat Eli Wonggei
  • Mackshinoda Akira II
  • Mat Rambo
  • Apo Plak
  • Nabinikajisplasu Latnatullah
  • Ina Muzaffar
  • Qynah Ibrahim
  • Pakatan Rakyat Bungkus
  • Pas Pig
  • Bundle Bin Bundle
  • Cili Kasi Taruk
  • Chow Yong Fatt
(..akan dikemaskinikan senarai ini). Kebanyakan mereka ini sering memakai dua tiga nama dalam Facebook walaupun mereka adalah orang yang sama.

Siapakah pencacai UMNO yang tidak berdaftar sebagai cybertrooper tapi menulis dalam FB?

  • Mereka menulis bila lapang.
  • Mereka hampir tidak/tidak banyak buat posting provokasi
  • Mereka menulis dalam posting siapa sahaja mereka mahu.
  • Mereka sering sokong kawan-kawan pro-umno khususnya cybertrooper umno yang dibayar

Antaranya ialah:

  • Ahmad Nawawi Mohamad Jamil
  • Ahmad Kamal
  • Ir Jebart Modern
  • Halid Bin Hassan
  • Anuar Ramli
  • Mohamed Awang Ngah
  • Pecah Palak Mikir
  • Kulaan Niring
  • Abdul Lateef  Rahim
  • Damar Wulan
  • Nakhoda Utara
  • Puteri Bunia
  • Parang Kontot
  • Jaws Blues
  • Mohd Khairy
  • Titian Clouds

Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO.

Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu “like” akan dibayar, jika banyak “like” maka besarlah bayarannya.

Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO.

Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka “berjaya” wujudkan fitnah dan mendapat “like” dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO.

Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini?

9 thoughts on “UMNO upah Cybertrooper dalam Facebook dan Blog

  1. Sabahan May 26, 2012 at 1:12 pm Reply

    Umno Sabah: Perlu menang perang siber

    3:32PM Mei 26 2012

    Anggota BN perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis pembohongan dan propaganda pembangkang yang merosakkan pemikiran rakyat menerusi alam maya.

    Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Mohd Salleh Said berkata pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk menghasut pemikiran rakyat khususnya golongan muda melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.

    “Kita sekarang berhadapan dengan perang siber dan kita perlu memenangi peperangan ini,” katanya pada perasmian Bengkel Cyber Troopers Pemuda BN Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. Bengkel tiga hari yang akan berakhir esok itu disertai 80 orang.

    Sehubungan itu, beliau meminta anggota BN melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu ketika berhadapan dengan masyarakat untuk menjelaskan usaha-usaha BN dalam membantu rakyat dan membangunkan negara.

    “Masyarakat sekarang semakin matang dan mampu menghargai keikhlasan dan usaha yang telah dilakukan kerajaan BN,” katanya.

    Mohd Salleh berkata anggota BN juga perlu memberi penjelasan yang tepat bagi memikat hati rakyat dan menarik kepercayaan golongan muda.

    Ramai anak muda kurang memahami atau kurang mengetahui usaha yang dijalankan oleh BN akibat lambakan maklumat palsu yang diperoleh melalui Internet, katanya.

    http://www.malaysiakini.com/news/199106

  2. puakangkang May 27, 2012 at 6:39 am Reply

    Demi RM 2 mereka menyundalkan Ibu pertiwi..kalau diberi RM20; bayangkan mereka akan menyundalkan siapa..Ini baru Haram Jadah..

  3. era June 1, 2012 at 10:28 am Reply

    http://www.erapasca.com/2012/05/umnobn-rekrut-hackers.html

    Sekumpulan BELIA yang mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam ilmu cyber dan berpotensi ke peringkat penggodam Malaysia telah hadir di satu program iaitu Malaysian Youth Cyber Conference atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Heritage Ipoh, Perak pada 12 Mei 2012 yang lalu. Siapa disebalik program ini dan apa MATLAMAT sebenar mereka?

    Didalangi oleh sebuah syarikat yang dipercayai KRONI dan mendapat dana dari kerajaan UMNO-BN. Nama syarikat ini adalah VYREC. TUjuan mereka mengumpulkan sebanyak mungkin hackers yang sanggup menjual maruah mereka demi kepentingan UMNO-BN. Pelbagai program telah dilaksanakan, ada yang terima tawaran, ada yang menolak tawaran.

    ATUCARA MCC yang telah dijalankan tempoh hari adalah seperti berikut:

    18:30-19:00 : Pendaftaran
    19:00-19:30 : Bacaan Yassin dan Persiapan Solat Maghrib
    19:30-20:00 : Kata-Kata Aluan Pengarah Program
    20:00-20:45 : Tayangan Video Cara-cara Penggodaman
    & Makan Malam
    20:45 -21:30 : Malaysian Cyber Youth Conference Forum
    Panel 1 : Adnan Syukur ( Pakar Penasihat IT )
    Panel 2 : Khaireel Azlee ( ITYM & VYREC )
    21:30-21:45 : Soal Jawab
    21:45-22:00 : Kata-Kata Akhir Panel ( Nasihat )
    22:00-23:00 : Permainan Siber 23:00 (Sesi Fotografi dan Bersurai)
    23:00-23:30 : Santai di persekitaran Ball Room

    Sebenarnya ini semua perancangan rapi oleh pihak pihak tertentu untuk mendapatkan ‘tentera cyber’ yang bukan untuk berdebat atau kempen TETAPI adalah sebuah bala tentera yang akan ditugaskan untuk HACK mana mana Website Pakatan rakyat, Blog Pejuang2 Pakatan Rakyat, Facebook Pejuang2 pakatan Rakyat yang dianggap bahaya bagi pihak UMNO-BN. Tak semua yang hadir ni terima kerana ada antara mereka x berminat langsung dengan POLITIK, dan ada juga antara mereka adalah cybertrooper dan blogger Pakatan Rakyat.

    DANA APA SEBENARNYA NI? Mengikut dari penyiasatan, VYREC ini memegang banyak access system perkomputeran kerajaan Malaysia. banyak portal portal kerajaan yang dikawal dan diselenggara oleh VYREC. Tak tau la kalau ni proxy APCO. X dapat disahkan pulak. Mana mana HACKERS yang berpotensi dan hebat, mereka akan tawarkan khidmat untuk bersama mereka kononnya ‘Mempertahankan Sistem Komputer Kerajaan’. Tapi sebenarnya tak. Mereka ajak untuk buat 1 team underground yang kerjanya menyerang web dan Jaringan Sosial yang dimiliki oleh pemimpin, blogger dan cybertrooper Pakatan Rakyat.

    Dana tu dah lulus kot sebab tu mereka buat Conference kat Ipoh. Nak tau kat mana peserta tinggal sepanjang program tu? Tempat mewah beb!!! Gambar disebelah ini bukanlah rumah ZAHIDA RAFIK walaupun bentuknya lebih kurang sama dan tingginya juga lebihkurang sama dan lentik ramping pinggangnya juga sama.. Kih kih kihhhh!!!

    Salah seorang yang dipilih adalah Cybertrooper Pakatan Rakyat. Tetapi alhamdulillah, dia setia pada Pakatan Rakyat. Maka dia telah jumpa aku dan cerita dari A sampai Z. Siap ada sijil tuuuuuuuu… Setakat ini kita x pasti berapa ramai anak muda yang telah ‘dibeli’ oleh VYREC.

    Difahamkan, ini bukan team yang dicipta untuk meroyan di fb mahupun blog, x sama seperti UMB, Nadi Rakyat ataupun mana mana team cyber ciptaan UMNO-BN. Yang ini adalah ‘penyerang senyap’ yang ditugaskan untuk melumpuhkan terus jentera jentera maya milik Pakatan Rakyat. Tetapi ingin kami ingatkan pada mereka bahawa PAKATAN RAKYAT JUGA MEMPUNYAI BARISAN TENTERA SIBER YANG HEBAT tanpa menawarkan apa apa imbuhan dan mereka benar benar sukarelawan yang sanggup menggadai masa dan tenaga mereka untuk masa depan negara tanpa UMNO-BN.

    Banyak lagi maklumat yang aku dapat sebenarnya tapi cukup setakat ini dulu.
    Nanti x pasal aku pulak yang kene hack.
    Takotnyeeeee… Kih kih kiiiiiiiihh

  4. fasial June 2, 2012 at 4:18 pm Reply

    cybertooper umno bergaduh sesama mereka kerana DUIT.

    Papagomo yang lupa daratan

    Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

    Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.
    http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/papagomo-yang-lupa-daratan.html

  5. Hamzah Mohammad June 19, 2012 at 3:25 am Reply

    Akhir-akhir ini cybertroopers Umno menyamar sebagai orang-orang berkecuali. Tujuan mereka dpt menyerang PR dgn berbagai tuduhan tanpa PR dpt membalas dgn cara yg sama memikirkan mrk berkecuali. Tapi kita boleh tahu krn mrk lebih memburukkan PR drp BN walhal hakikatnya BN yang lebih keburukan.

  6. Khairan June 20, 2012 at 1:06 pm Reply

    Pepecahan Blogger Umno yg Makan Rasuah!!

    Oleh S.J.

    Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!

    Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN “PAPAGOMO” telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB “APA a.k.a Aku Peduli Apa (link)”

    Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

    Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA. Papagomo hanya pandai mencaci dan memaki tetapi tidak berani berdepan dengan kenyataan. Umpama baling batu sorok tangan.

    Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

    Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua “Rival” nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan “demanding” ini?

    Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat “engagement” dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

    Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15111

  7. hakimi June 24, 2012 at 10:02 am Reply

    namaku tiada dlm senarai….ok la 2

  8. faisal June 24, 2012 at 11:19 pm Reply

    Papagomo tumbuk blogger UMB: Fakta @AmenoWorld salah

    UMB pun bantu promosikan Hari Belia Negara 2012.

    Saya malas nak ambil peduli tentang perselisihan peribadi di antara blogger tertentu. Sebab utamanya, saya kenal mereka dan saya tahu apa masalah mereka yang sebenarnya. Saya bekerja dengan mereka semasa Pilihan Raya Kecil dan program-program tertentu; dan saya lebih kenal perangai mereka berbanding menteri, pegawai menteri, pegawai timbalan Perdana Menteri; pegawai dan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Saya kenal mereka sebelum mereka menjadi ‘rich & famous’ dan paling penting saya kenal mereka di lapangan, cara kerja dan kaedah spin mereka.

    Ikutkan, memang saya malas nak ambil port. Bagaimana pun saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk membetulkan fakta dari tulisan amenoworld bertajuk “Papagomo tumbuk blogger UMB” yang tidak tepat dan tidak betul sebelum ia menjadi fitnah.

    Dalam blognya, amenoworld memetik emel yang diterimanya, berbunyi:

    Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

    Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.

    Fakta yang perlu saya perbetulkan di sini:

    Pertama: APA bukan blogger di bawah naungan UMB. APA pernah bernaung di bawah kumpulan Papagomo dalam sebuah operasi khas dan kemudiannya meninggalkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah UMB di atas sebab yang dia lebih ketahui. Bagaimanapun oleh kerana sukar untuk mematuhi sepenuhnya kod etika UMB, sebagai sebuah jentera parti, akhirnya APA menarik diri dari UMB untuk menjadi blogger yang bebas dari mana-mana kumpulan.

    Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

    Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua “Rival” nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan “demanding” ini?

    Kedua: Fakta bahawa UMB adalah di bawah naungan Dato Seri Hishammuddin dan Papagomo adalah di bawah naungan Dato Seri Shabery Cheek adalah SALAH sama sekali. UMB TIDAK ADA KAITAN sama sekali dengan Dato Seri Hishammuddin. UMB adalah jentera parti di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. UMB tidak menerima peruntukan daripada mana-mana menteri dan berusaha keras mencari sumbangan dari pelbagai pihak (selalunya tidak mencukupi) untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk membantu Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

    Ketiga : Tidak ada maklumat yang membuktikan Papagomo bernaung di bawah Dato Seri Shabery Cheek; dan saya tidak peduli. UMB mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Shabery dan turut membantu mempromosikan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Walaupun begitu, saya difahamkan semua blogger dan cybertroopers UMB yang hadir semasa program di Bukit Kiara memang berasa terkilan dengan Dato Seri Shabery kerana tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka di dalam ucapan beliau. Saya tidak hadir program tersebut kerana ada mesyuarat lain di Putrajaya, tetapi itulah keluhan blogger-blogger UMB yang kecewa dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan.

    Keempat : Pertembungan Papagomo dan APA, adalah pertembungan peribadi – jadi tidak perlu libatkan UMB, Dato Seri Shabery dan Dato Seri Hishammuddin. Semua ini tiada kena mengena. Pada saya, agak kebudak-budakan untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dua orang blogger.

    Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat “engagement” dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

    Kelima : Sepanjang pengetahuan saya, kenyataan ini juga tidak benar. Politik Dato Seri Hishammuddin bukan politik sempit dan jauh lebih terbuka dari dakwaan itu. Saya mengenali Dato Seri Hishammuddin sejak 2001. Ketika itu saya hanya berkerja sebagai reseacher kepada beliau. Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya sejak 2001, Dato Seri Hishammuddin yang saya kenali tidak mengamalkan politik konfrontasi dan terbuka dalam pendekatan beliau. Engagement beliau bersifat meluas, melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat, baik di kalangan akar umbi, pemimpin UMNO pelbagai lapisan, monarki di dalam dan luar negara, dan pelbagai individu pelbagai kaum dan agama, di dalam dan luar negara. Engagement tidak semestinya dengan duit, tidak sepatutnya hanya dalam kelompok yang kita berasa selesa semata-mata dan tidak semestinya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

    http://tunfaisal.blogspot.com/2012/06/papagomo-tumbuk-blogger-umb-fakta.html

  9. Rosmadi Abu Bakar June 30, 2012 at 2:35 pm Reply

    Iyat Mohd pun kot..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: