Apa beza Irshad Manji dan Ambiga?

Irshad Manji and Salman Rushdie    vs .    

Irshad Manji, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Ambiga tidak menulis buku menyerang Islam walaupun Ambiga adalah peguam hak asasi yang menyokong LGBT.

Tetapi pada hakikatnya kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan aktiviti LGBT di Malaysia selama ini kerana kerajaan meluluskan penubuhan Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan.

Kerajaan Malaysia juga meluluskan lesen dan premis untuk perniagaan yang menawarkan khidmat urut gay/jomoseksual di Brickfield and Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia juga yang meluluskan permit bagi Sisters in Islam dan NGO yang pro-LGBT mengadakan Fiesta Seksual Merdeka pertama kali pada tahun 2008 secara senyap. Kerajaan Malaysia juga meluluskan permit untuk Fiesta yang sama pada tahun 2011 tetapi mendapat tentangan PAS, JAWI dan orang ramai. Ambiga hanyalah peguam yang mempertankan hak asasi acuan barat dalam kes LGBT, beliau bukannya penggerak LGBT di Malaysia. Sebaliknya penggerak LGBT adalah Sisters in Islam dan NGO yang disokong oleh Marina Mahathir.

Orang ramai dikelirukan oleh UMNO kononnnya BERSIH menyokong LGBT kerana Ambiga sokong LGBT. Sifir “logik” UMNO ialah

Ayam makan taik,
manusia makan ayam,
maka manusia makan taik.

UMNO boleh jadi bijak menipu rakyat dengan propaganda mereka atau mereka memang bodoh dan tidak faham logik yang betul.

Dalam Himpunan BERSIH, Ambiga hanyalah salah satu daripada peguam hak asasi yang menyokong pentingnya ketelusan dan keadilan dalam senarai daftar pemilih pilihanraya dan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Kalau Ambiga membela golongan LGBT, bagaimana pula dengan yang menolak hudud secara terang-terangan? Jadi apa beza Ambiga dengan UMNO?

Baca lagi

http://jomkitabaca.wordpress.com/2012/05/22/antara-sebab-bersih-perlu-dijalankan-ialah/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: