Berfikir luar kotak, wajibkan motor 3 roda

Saban hari bilangan kemalangan jalanraya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Ada yang cedera, cedera parah dan terbubuh. Yang hidup terus sengsara.

70% daripada kemalangan jalanraya melibatkan motosikal.  Petikan dari http://belajarmemandu.wordpress.com/2010/03/01/70-peratus-kemalangan-maut-libatkan-penunggang-dan-pembonceng-motosikal/

“Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar Isnin berkata kajian polis menunjukkan kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berlaku pada waktu petang bermula dari pukul 2 petang yang mungkin disebabkan faktor cuaca dan keletihan selain kecuaian sendiri dan pengguna jalan raya lain. “Terdapat 117 kematian dicatatkan sehingga hari ini (sejak Ops Sikap Ke-24 bermula 23 Ogos lepas) dan 71 daripadanya adalah penunggang motosikal,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini…petikan dari http://www.utusan-malaysia-online.com/tag/statistik-kemalangan

“Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes“. …petikan dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10842-peningkatan-kemalangan-jalan-raya.html

Ini semua adalah kerana risiko motor dua 2 yang tinggi dan amat membahayakan. Menaiki motor bermakna menandatangani borang segala risiko tinggi.

Setiap kali sambutan hari raya dan cuti umum, kita mendengar bilangan kemalangan yang melibatkan motor adalah tinggi. Bilangan yang terkorban juga adalah dari penungggang dan pembceng motosikal.

Mengapa kerajaan khususnya JPJ tidak mahu berfikir di luar kotak? Kakitangan kerajaan sudah dilatih dengan pemikiran kreatif De Bono, dengan konsep kaizen, dengan konsep  BOS (blue ocean strategy) ? Mengapa kerajaan tak mahu berfikir untuk mengurangkan

  • tahap risiko penunggang motosikal?
  • bilangan kemalangan melibatkan motosikal?
  • bilangan mangsa cedera parah atau terkorban?

Kebanyakan penunggang motosikal adalah remaja dan belia. Mereka ini merupakan aset tenaga manusia dalam membangunkan negara. Mereka adalah aset kepada keluarga bagi menyara keluarga dan membantu ibu ayah yang akan bertambah usia. Mengapa nyawa mereka disia-siakan? Mengapa tubuh badan mereka dibiarkan terdedah kepada risiko tinggi apabila mereka menunggang motosikal?

Berapakah kurugian dari sudut harta pula dengan sebab kemalangan motosikal yang tinggi di negara ini?

“Kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan. Pelbagai kempen diadakan kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut seterusnya mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya, katanya”…petikan dari http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/kerugian-rm9-bilion-setahun-akibat-kemalangan-jalan-raya

Tidak dinafikan sikap penunggang motosikal itu satu faktor penting tetapi pencegahan kepada kemalangan masih boleh dibuat biarpun ada orang bersikap negatif ketika berada di jalanraya. Sekurang-kurangnya usaha pencegahan boleh mengurang risiko penunggang motosikal, samada mereka yang bersikap positif atau negatif di jalanraya.

Membetulkan sikap manusia satu bentuk pencegahan kemalangan dan pengurangan risiko bahaya pada pengguna motosikal; memnguatkuasa topi keledar satu bentuk pencegahan kemalangan dan pengurangan risiko bahaya pada pengguna motosikal; dan menguatkuasakan motosikal 3 roda adalah satu bentuk pencegahan kemalangan dan pengurangan risiko bahaya pada pengguna motosikal.

Ada tiga perkara boleh dibuat untuk kurangkan  risiko penunggang motosikal:

  1. Haramkan semua motosikap di jalanraya (mustahil dapat laksana dalam negara seperti Malaysia)
  2. Sediakan lorong khas motor di semua jalan, jalan Bandar, jalan kampung, selain daripada lebuhraya (tidak munasabah)
  3. Wajibkan semua motosikal beroda tiga supaya kedudukan motor lebih stabil di atas jalanraya)

Kenapa roda 3? Kenapa roda 2 tidak elok? Motosikal roda 2 tidak pernah stabil, mudah jatuh, mudah kemalangan, mudah cedera dan tinggi risiko. Manakala motor roda 3 adalah lebih stabil, sukar terbalik kecuali terlalu lahu sangat (kereta juga boleh terbalik), kurang risiko.

Cuba lihat pelbagai jenis dan rekabentuk  motor roda 3. Motor roda 3 boleh diletakkan cermin di hadapan dan atap bagi berteduh dari panas dan hujan serta habuk dan deruan angin terkena pada penunggang; kesemuanya mengurangkan risiko dan meningkatkan keselesaan.

2 thoughts on “Berfikir luar kotak, wajibkan motor 3 roda

  1. anuar comel June 22, 2012 at 2:58 am Reply

    bukanya isu 2 roda atau 3 roda…
    saya akui kalau moto 3 roda lebih stabil
    tapi kalau tengok pasaran moto di malysia banyak moto moped dari big bike yang safety eliment dijadikan isu dalam penbuatannya berbanding moped semata2 untuk melariskan moto yang sebenarnya murah tapi dijual dgn harga melampau

    saya sebagai pengguna motosikal tegar sangat2 kecewa dgn syarikat2 motosikal di malaysia…

    contoh yang terbaik adalah Hong Liong Yamaha Malaysia

    sebagai contoh LC135, hanya semata2 motsikal ni laku di malaysia yamaha dgn bangganya menjual lc135 2nd generation
    adoi ai, sekadar tambah disk brake dan tukar fearing…
    haih sedih…

    fz150i…street bike tapi brake mangkuk di blakang
    pasaran india R15, sangat2 cantik dgn fearing dan ada disk brake blakang…

    tapi untuk fz2nd ganeration malysia yamaha hanya tambah sampan wind shield kecik, stiker baru dan sampan di bawah?
    hanya kosmetic upgrade for 2nd ganeration (itu pon x lawa mana pon haih!)

    tapi yamaha india memasarkan r15 yng diupgrade dgn swing arm banana yang lebih kukuh buatannya…design tai yang snagat cantik
    nak pakai fullface helmet pon x segan

    untuk pengetahuan kepada sesiapa yang membaca komen ni

    R1 di europe RM10k
    R1 Malaysia Rm100k!

    apa ni!?
    aku pernah baca dalam majalah motosikal di Malaysia
    cukai motosikal akan di mansuhkan pada 2011 tapi sama je
    motosikal harga sama dgn kereta!

    kalau nak tau contoh sila lawat blog saya
    saya ada letak perbezaan pasaran moto Malaysia dan India

  2. Ahmad Azwan July 12, 2012 at 11:25 am Reply

    Salam.
    Untuk informasi terkini tentang motorsikal roda tiga, Syarikat kami (Bumiputra 100 %) ada jawapannya. Kami pembuat motorsikal roda tiga (SA Side Car) untuk pasaran Malaysia. Side Car dicipta dan direkabentuk sendiri sepenuhnya oleh anak tempatan menggunakan motorsikal Modenas (CT 100 & GT128).

    Boleh layari blog saya
    http://sasidecar.blogspot.com.

    Bagi pihak kami, kami ingin membuat satu revolusi penggunaan motorsikal roda tiga di Malaysia. Dari hanya fungsi asas sebagai mengangkat barang, hasil pertanian dan lain-lain, kami menambah nilai selain mengubah konsep motorsikal roda tiga ciptaan kami secara amnya.

    Penggunaan fibre glass berstruktur memain peranan penting dalam pembinaan Side Car ini. Pihak kami mampu untuk menyesuaikan motorsikal kami ini untuk pelbagai jenis perniagaan. Antara model sedia ada :-

    (i) SA Side Car Box GT128 ‘Mobile Food Kiosk’
    (ii) SA Side Car Box GT128 ‘Mobile Ice Blended’
    (iii) SA Side Car Bucket CT100 – untuk kerja-kerja mengangkut barangan dan lain-lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: