Penjenayah sembur tayar kereta anda…tektik baru

Satu lagi  tektik baru oleh penjenayah ialah  menyembur tayar kereta anda kononnya tayar kereta anda akan kelihatan bersih, berkilat dan baru.

Tektik baru ini boleh dilakukan oleh penjenayah berjalan kaki atau membonceng motor, samada kereta anda sedang bergerak atau kereta anda masih di kawasan letak kereta yang sunyi dan tidak banyak orang termasuk di kawasan letak kereta di dalam bangunan.

——petikan dari Facebook Fitrihadi————————————

Kes ini telah disahkan oleh kakitangan Shell di TTDI, yang berlaku di simpang seksyen 17, Petaling Jaya!

Baru sahaja menerima laporan kes ini daripada pasukan polis tempatan di Bangsar.

Tektik baru ini digunakan oleh para pencuri dan perompak & merebak ke PJ dan KL kawasan-kawasan lain.

Berhati-hatilah apabila ada penunggang motosikal menghampiri anda semasa anda sedang memandu bersendirian di dalam kereta.

Berkemungkinan, pencuri akan menyembur sejenis cecair pada tayar kenderaan anda dan seterusnya tayar anda akan mengeluarkan asap.

Apabila anda mengalami keadaan sedemikian, JANGAN PANIK! Cuba bertenang & JANGAN SESEKALI cuba berhenti dan meletak kereta anda untuk memeriksa apa yang sedang berlaku kerana ini adalah satu perangkap.

Sebaik sahaja anda keluar dari kereta anda, mereka mungkin akan merampas harta benda anda atau kereta anda atau mungkin menyerang anda.

Jadi, jika anda mengalami kejadian seperti ini, segeralah memandu ke tempat yang selamat di mana terdapat orang ramai, atau ke stesen minyak atau balai polis.

Jika terdapat kotoran pada kereta, gunakan air untuk membersihkan, itu sahaja.

Jagalah keselamatan anda sendiri, terutamanya kepada wanita di luar sana. Apa pun yang berlaku, JANGAN hanya berjalan keluar dari kereta anda! Ini merupakan kes benar yang telah berlaku baru-baru ini.

Kongsilah artikel ini kepada semua rakan-rakan anda & keluarga sebelum sesuatu terjadi kepada mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: