Pengurusan maklumat dan matematik dalam organisasi Al Quran

Al Quran adalah kitab suci orang Islam. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia yang mana orang Islam sendiri pun belum mengetahui rahsia yang tersirat di dalamnya. Orang Islam yang membaca Al Quran membaca Al Quran sebagai satu bentuk ibadah; membacanya dapat menenangkan hati, mendekatkan diri dengan Allah, walaupun tidak semua orang bukan Arab Islam memahami maksudnya. Apa pun mereka tetap diberikan pahala membacanya, Setiap huruf dan perkataan mempunyai hikmah dan rahsianya yang tersendiri.

Dalam dunia serba moden ini, tidak mustahil manusia boleh mengkaji dan mengupas rahsia logik matematika di dalam pengurusan maklumat (information management) dan pengurusan pengetahuan/ilmu (knowledge management) di dalam  Al Quran. Baca artikel di bawah ini untuk memhami bagaimana  pengurusan maklumat (information management) dan pengurusan pengetahuan/ilmu (knowledge management)  itu berlaku dalam kitab suci ini.

—————————–
Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.

Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman yang mana:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan saudara-mara  kita supaya sama-sama mendapat pahala…

Baca Lagi disini: maths-catch.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: