Bilangan atom dalam Al Quran

Orang Islam menerima Al-Quran atas dasar iman walaupun mereka tidak memahami seluruh isi Al-Quran.  Mereka percaya Al-Quran bukan idea Nabi Muhammad s.a.w., apatalah lagi beliau seorang yang buta huruf. Kehebatan Al-Quran hanya dapat difahami oleh sains. Sains membuktikan keindahan Al-Quran. Sains mengesahkan kehebatan ilmu di dalam Al Quran, dan tidak pernah ada satu pun dalam Al Quran yang dapat dinafikan ole h sains.  Baca artikel ini mengenai bilangan atom antaranya  Ferum (besi) yang disebut dalam Al Quran dengan huruf dan perkataan yang menarik.

———————————

Al Quran telah menerangkan keajaiban daripada sudut matematik.

Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!

Terdapat banyak rujukan tentang besi yang boleh didapati daripada al Quran. Antaranya ialah:


25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid: 25)

Perkataan “inzal” di dalam Quran biasanya digunakan untuk menerangkan suatu perbuatan turunnya sesuatu dari langit. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah celcius. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut “nova” atau “supernova”. Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.Penemuan astronomi moden telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Oleh sebab itulah kita mendapati perkataan “ inzal” digunakan untuk menerangkan situasi ini.

Al Quran juga turut menerangkan keajaiban daripada sudut matematik. Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!


Atom iron (Ferum) = 26

1.Nilai matematikal bagi perkataan “ hadiid”(besi) ialah 26.

Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 26

2. Ayat yang menerangkan tentang besi ini ialah ayat ke-25 di dalam surah al Hadiid. Jika kita mengira bilangan ayat bermula daripada Basmalah di awal surah ke ayat tersebut, maka ia adalah ayat yang ke-26.

3. Nama Allah yang disebut di dalam surah ini sebanyak 26 kali sehingga ayat yang ke-25 tersebut.

4. Perkataan al Hadiid yang bermaksud “ besi itu” atau “the iron” mempunyai nilai matematikal 57. Dalam kaedah bahasa Arab, perkataan yang mempunyai awaln “Al” menyatakan sesuatu itu dengan lebih spesifik. 57 adalah nilai salah satu isotop besi.

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 57

5. Surah al Hadid adalah surah yang ke-57 dalam al Quran.

6. Jika dibilang dari belakang, bilangan surah ini adalah surah yang ke-58. 58 juga adalah salah satu isotop bagi besi.

7. Surah ini mempunyai ayat sebanyak 29.Bilangan ayatnya akan menjadi 30 jika Basmalah turut dikira. Nombor 30 adalah sama dengan bilangan neutron 2 isotop ini. Bilangan perkataan Allah dalam surah ini pula sama dengan bilangan neutron bagi 2 isotop yang lain.

Baca Lebih Banyak Artikel Matematik Menarik Lain DISINI  Maths-Catch.com/blog 

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15270

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: