Wanita juga jadi mangsa! di bawah undang-undang kerajaan Malaysia

Petikan dari Facebook

“Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!” gambar diatas ialah S. Kalaichelvi… mula-mula dirogol, kini dia dipenjara….
Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, “Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!”

———-

Cuba lihat perbandingan hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah. Inilah Malaysia negara ku

One thought on “Wanita juga jadi mangsa! di bawah undang-undang kerajaan Malaysia

  1. Atan July 7, 2012 at 4:00 pm Reply

    Salam, sebagai bekas kakitangan awam yg mempunyai latar belakang undang2, sya ingin bertanya ape motif awak cuba membandingkan hukuman2 yg dikenakan kerna setiap hukuman tersebut adalah berasaskan undang2 yg telah digariskan? Dlm kes ini pertuduhan telah dipinda daripada hukuman yg bleh membawa gantung sampai mati kpd hukuman yg lbh ringan iaitu penjara maksima 2 tahun, denda atau kedua2nya skali. Dan Tertuduh sendiri mengakui perbuatan salahnye itu. Sya tak nak mengulas panjang tp adelah lbh baik jika awak buat carian di Mahk berkenaan dan membaca fakta kes sebelum membuat andaian atau membandingkan hukuman2 lain yg dikenakan kpd pesalah. Tak payahlah nak menyindir inilah Malaysia Negaraku. Awak kena faham ini adalah undang2 manusia. Di akhirat nnti barulah ada keadilan yg sewajarnya. Sya sendiri bertanya apa wujud kah keadilan di dunia ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: