Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit

Cybertrooper UMNO  adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran  dalam Facebook dan Blog bertujuan untuk menyerang parti lain, menimbulkan kekeliruan dan …anda boleh baca lagi di sini https://albangi.wordpress.com/2011/12/05/cybertrooper-umno-berkeliaran/

Mereka dibayar oleh UMNO. Baca di sini https://albangi.wordpress.com/2012/05/20/umno-upah-cybertrooper-dalam-facebook-dan-blog/. Sila lihat nama-nama cybertrooper UMNO di  pautan itu.  Mereka diajar  dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti.

Tetapi sampai bila UMO boleh bayar mereka? Sampai bila cybertrooper ini boleh terima upah yang sikit dan tidak berbaloi? Pastinya mereka akan bergaduh kerana dunia….bergaduh kerana duit…..baca lagi kisah mereka bergaduh baru-baru ini https://albangi.wordpress.com/2012/07/07/cybertrooper-umno-sedang-bergaduh/dan UMNO akan kehabisan wang untuk membayar cybertrooper sebelum PRU 13.

Video 1

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=GAaAOBsHa78&feature=relmfu

Video 3

http://www.youtube.com/watch?v=le5JX43xo_0&feature=relmfu

Video 4

http://www.youtube.com/watch?v=lnspSJg31c8&feature=relmfu

Video 5

http://www.youtube.com/watch?v=rw_F7wHnEW8&feature=relmfu

Video 7

http://www.youtube.com/watch?v=ve6h4jJZWyU&feature=relmfu

Video 8

http://www.youtube.com/watch?v=5kc1W_0GCsw&feature=context-cha

Video 9

http://www.youtube.com/watch?v=ETCV3s_7IE8&feature=relmfu

Petikan dari perbincangan di Facebook: 24 Julai 2012
ADMIN2 LU LANGSI LU MATI KAHKAHKAH
Like ·  · Share · 20 hours ago

One thought on “Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit

  1. Ahmad Faisal July 24, 2012 at 3:31 pm Reply

    Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
    WARTAWAN SINAR HARIAN
    22 Julai 2012

    Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.
    AYER KEROH – Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

    Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

    Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

    Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

    Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

    “Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

    Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

    “Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

    “Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

    “Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya,” katanya.
    http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pengendali-blog-tuntut-tunggakan-gaji-1.69023

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: