M. Amin Al Mauanah…dijadikan fitnah politik sekular

KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH oleh Mior Rosli (Faecbook)

 

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan kepada beliau tentang seorang banduan yang bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang DipertuanAgong.

 

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

 

Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pada pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

 

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung.  Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.  Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti org dlm solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.  Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat  banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A’LAM

27 Julai 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: