Monthly Archives: September 2012

Kerajaan Malaysia bawah BN-UMNO galakkan LGBT di Malaysia?

Di Malaysia, pergerakan LGBT (lesbiangay, bisexual and transgender) atau golongan homoseks, lesbians dan transeksual, mendapat sokongan dan pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia.

Buktinya ialah apabila kerajaan meluluskan penubuhan Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan  pada tahun 1986 yang dinaungi oleh Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia .

Malah sebagai bukti tambahan, dalam satu jawapan Menteri kepada satu soalan di Parlimen menyatakan:

  • “Bengkel Konsensus Kebangsaan ‘Estimation and Projection of the HIV’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26-29 Mei 2009, Expert Group Opinion on Estimation of Most at Risk Populations (MARPs) menganggarkan terdapat seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan (pelacur), 5,000 pekerja seks lelaki (pelacur gay) dan 5,000 transeksual di Malaysia.
  • Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran yang dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Pink Triangle Foundation terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti (Teh, 1998:169). Sehingga kini, tiada sebarang data yang menunjukkan bahawa mak nyah di negara ini menyara hidup dengan menjadi pekerja seks (pelacur gay).
  • Rujuk http://rama4change.wordpress.com/2011/04/29/nasib-golongan-transeksual/

Satu lagi bukti yang menunjukkan kerajaan Malaysia menggalakan pertumbuhan dan perkembangan sihat LGBT ini ialah dengan memberikan lesen perniagaan premis perkhidmatan urut gay atau homosek di negara ini khususnya di Kuala Lumpur. DBKL di bawah pentadbiran BN sengaja membiarkan aktivti LGBT subur di Kuala Lumpur. JAWI pula berdiam diri dan tutup sebelah mata kerana tidak ada laporan kononnya untuk mereka bertindak.

  • Harian Metro membuat liputan mengenai pusat khidmat urut gay di ibukota dan melaporkan dalam akhbar. Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa. Menurutnya, kewujudan pusat urut gay bukan perkara baru dan ia juga bukan beroperasi secara sembunyi atau eksklusif, sebaliknya sesiapa saja boleh mengunjunginya dan mendapatkan maklumat mengenai khidmat ditawarkan. http://mypengakuan.blogspot.com/2010/05/khidmat-urut-by-gay.html

Rumah, premis atau kedai urut gay bersepah di kawasan kosmopolitan. Siapa yang memberikan lesen perniagaan dan lesen premis kalau bukan kerajaan yang ditadbir oleh BN-UMNO? Cuba lihat senarai premis urut gay di bawah ini:

Dan beberapa lagi maklumat bahawa LGBT memang bergerak secara senyap dan terbuka serta mendapat perlindungan dari kerajaan BN-UMNO yang membela LGBT dari sudut undang-undang.

Satu lagi bukti bahawa kerajaan menyokong pergerakan LGBT ini ialah apabila Fiesta Seksualiti Merdeka 2008 berjaya diadakan secara senyap-senyap di Malaysia dan secara terbuka  pada tahun 2011 yang mempromosi aktiviti seks bebas dan seks sesama jenis. Tetapi protes ke atas Fiesta Seksualiti Merdeka 2011 telah berjaya mendesak kerajaan di bawah BN-UMNO untuk membatalkan program tersebut walaupun kerajaan masih membenarkan Sir Elton John, seorang yang dikenali sebagai raja gay atau homoseks, membuat persembahan di Genting tahun lalu sempena dengan Fiesta tersebut. Beliau telah dijemput ke Malaysia oleh Marina Tun Mahatir bersama Irsyad Manji, seorang lesbian dan penulis upahan barat yang anti-Islam dan beliau adalah kawan baik Salman Rushdie.

Inilah manifestasi kejayaan pergerakan LGBT yang disokong oleh kerajaan sendiri, Sisters In Islam, Women’s Aid Organisation, dan Amnesty International di Malaysia.

Dengan sokongan dari kumpulan Human Rights serta Sisters in Islam di Malaysia, maka aktiviti LGBT semakin berleluasa dan mendapat perlindungan dari kerajaan melalui peguam Hak Asassi di Malaysia dan luar negara.

BN-UMNO cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan aktviti homoseks dan biseks serta LGBT tetapi gagal meyakinkan mahkamah dan orang ramai sehingga beberapa percubaan fitnah berbelas tahun ke bekas Timbalan Perdana Menteri ini gagal. Percubaan ini dibuat untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada melihat kepada kerajaan BN-UMNO yang sebenarnya menjadi penggalak LGBT.

BN-UMNO juga cuba mengaitkan Ambiga peguam Hak Asasi sebagai membela kelompok LGBT sedangkan antara penganjur utama dalam program Fiesta Seksualiti Merdeka adalah anak Tun Mahathir sendiri iaitu Marina. Tujuan mengaitkan Ambiga dengan LGBT ialah untuk mencalarkan imej Ambiga yang menjadi Pengerusi Bersih 2.0 dan menjadi peguambela dalam BERSIH 3.0 yang berjaya memobilisasi rakyat untuk menuntut ketelusan dan pembersihan senarai daftar pemilih atau pengundi yang dibuat oleh  SPR.

Orang Melayu Islam agak sesnsitif dengan LGBT dan sebahagianya mereka yang tidak mendapat maklumat secara meluas kecuali berkiblatkan Utusan Malaysia, Berita Harian, The STAR, dan TV1, TV2, serta TV3 yang menjadi sumber rujukan suci BN-UMNO akan menolak Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan tuduhan homoseks dan  menolak BERSIH kerana Ambiga menjadi peguam bela Fiesta Seskualiti Merdeka, sedangkan kerajaan di bawah BN-UMNO sebenarnya yang tidak menyekat pertumbuhan dan kemajuan kumpulan LGBT di Malaysia.

Dan satu lagi bukti bahawa kerajaan menggalakan dan membela kaum LGBT ialah dengan membenarkan Pink Triange Foundation (Yayasan Pink Triangle) yang dianggotai oleh pelbagai negara lain bergerak bebas di Malaysia. Yayasan ini kononnya atas nama Hak Manusia telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyuburkan LGBT dan mengukuhkan identiti LGBT di Malaysia. Misalannya Yayasan ini mengadakan Pertandingan Ratu Cantik MakNyah 1992 di Malaysia dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia, mengadakan siri dialog dan pameran bertujuan kononnya mendidik orang awam akan hak asasi kumpulan LGBT ini, serta mendapatkan sumber dana bagi membiayai aktiviti LGBT di negara ini.

Kesimpulannya, aktiviti LGBT ini sudah berleluasa di negara kita secara terbuka dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri. Walaupun, di dalam media sosial, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menjadi ahli gay dan ahli lesbian dalam pelbagai kumpulan dan rangkaian di Internet, “hubungan” mereka berlaku di alam siber atau maya dan tidak boleh diakses kecuali kita menjadi ahli kumpulan mereka. Tetapi apabila hubungan itu diterjemah dalam bentuk yang boleh dilihat seperti Fiesta Seksualiti Merdeka, Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah atau Transeksual, perkahwinan sesama jenis, rumah urut, sauna untuk gay dan  pelbagai lagi aktiviti lain yang mempromosi dan membela gaya hidup LGBT, maka adalah sah semua ini berlaku kerana kerajaan BN-UMNO tidak menyekat, tidak menghalang, dan tidak berusaha melemahkan pergerakan LGBT ini.

Di dalam Islam, meniru  atau menyerupai jantina lain adalah HARAM apatah lagi melakukan hubungan seks atau liwat sesama jenis, semua itu adalah HARAM dan BERDOSA.

Baca lagi

Cara mudah khatam Quran dalam sebulan

PROGRAM BICARA: MENGAPA UMMAH BERPECAH

Anda boleh nilai sendiri akan pandangan orang yang pakar dalam agama dan bukan pakar dalam membahaskan isu ini. Mengapa pakar psikologi tidak bahaskan isu ini dari sudut psikologi?

Komen dari pelawat: sehingga jam 1140 4 Sept 2012

  • Dr MAZA: Yang kata saya tak berkepentingan itu pun, dia tu pun entah-entah berpuluh-puluh kepentingan di belakang.

    Hasan Ali: *bunyi cengkerik*lamadeh911 6 hours ago 15 

  • dua2 ada hujah & pendekatan sendiri..tp umum boleh menilai pendekatan sapa yg nmpak matang dan membela semua pihak…ulasan Dr Maza jelas & berani, ramai yg lebih tertarik dgn fakta & hujah Dr Maza..semoga Allah rahmati kita semua… – Mohd Azri Sanusi 7 hours ago 13 

  • akibat terlalu banyak makan utusan dan tv3, jadilah melayu bengap macam ni – izalstar in reply to Aminnurain Jamaluddin (Show the comment) 15 minutes ago

  • hasan ali…merepek aje lebih – izalstar 16 minutes ago

  • tokoh ulama hadis vs tokoh aliran sekular=dr asri membuka minda golongan muda memahami islam dgn lebih luas….dato hasan ali menyempitkan minda n very belit belit ..terbaeek dr asri..SUBHANALLAH,ALHAMDULILLA­H,ALLAHUAKBAR….

    nawiekelisa 52 minutes ago

  • Stop heboh atas tiket bangsa. Islam untuk semua. Hasan sila betulkan perjuangan – ilmuhaq 1 hour ago

  • hassang akidah ni patut msk MIC je – bfkssj 1 hour ago

  • Ayuh sertai plan peralihan kuasa sistem khalifah. Pendaftaran dibuka sekarang – ilmuhaq 1 hour ago

  • ALHAMDULILLAH, ulasan yg bernas Dr MAZA – mujahidsunnah 1 hour ago

  • Perbezaan yang ketara antara Dr. Asri dan Hassan Ali. Knowledge Dr. Asri jauh lebih baik, penghuraiannya berdasarkan fakta yang jelas. Hassan Ali pula suka hujah dengan ayat pengulangan. Kalau dalam esei buat ayat pengulangan memang boleh fail sebab isi kurang. Gandingan ini kurang mantap. – nizamghazi 1 hour ago

  • Prof Asri berhujah penuh hikmah – neoshida 1 hour ago

  • bunga2 bahasa 100% – ygtertekan 1 hour ago

UMNO ciptaan ZIONIS?


MALAYSIA adalah sebuah negara Ciptaan dari perancangan Konspirasi geng – geng Kapitalis dan iluminati !

Kerana MALAYSIA adalah negara ciptaan British,Amerika dan Israel ! tak percaya ? Nama malaysia di temui pada sebuah buku yang bertajuk Malaysia : Direct and Indirect Rule bertarikh 1937 tulisan Rupert Emerson!

Ianya adalah kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.
10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang..

Semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.

Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan “merdeka”, dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University

Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA…. kuat betul perisik CIA nih.

“Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”

Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“
rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)
Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/02/panas-sejarah-sebenar-penubuhan-malaysia-yang-tidak-diketahui/