Kerajaan Malaysia bawah BN-UMNO galakkan LGBT di Malaysia?

Di Malaysia, pergerakan LGBT (lesbiangay, bisexual and transgender) atau golongan homoseks, lesbians dan transeksual, mendapat sokongan dan pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia.

Buktinya ialah apabila kerajaan meluluskan penubuhan Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan  pada tahun 1986 yang dinaungi oleh Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia .

Malah sebagai bukti tambahan, dalam satu jawapan Menteri kepada satu soalan di Parlimen menyatakan:

  • “Bengkel Konsensus Kebangsaan ‘Estimation and Projection of the HIV’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26-29 Mei 2009, Expert Group Opinion on Estimation of Most at Risk Populations (MARPs) menganggarkan terdapat seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan (pelacur), 5,000 pekerja seks lelaki (pelacur gay) dan 5,000 transeksual di Malaysia.
  • Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran yang dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Pink Triangle Foundation terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti (Teh, 1998:169). Sehingga kini, tiada sebarang data yang menunjukkan bahawa mak nyah di negara ini menyara hidup dengan menjadi pekerja seks (pelacur gay).
  • Rujuk http://rama4change.wordpress.com/2011/04/29/nasib-golongan-transeksual/

Satu lagi bukti yang menunjukkan kerajaan Malaysia menggalakan pertumbuhan dan perkembangan sihat LGBT ini ialah dengan memberikan lesen perniagaan premis perkhidmatan urut gay atau homosek di negara ini khususnya di Kuala Lumpur. DBKL di bawah pentadbiran BN sengaja membiarkan aktivti LGBT subur di Kuala Lumpur. JAWI pula berdiam diri dan tutup sebelah mata kerana tidak ada laporan kononnya untuk mereka bertindak.

  • Harian Metro membuat liputan mengenai pusat khidmat urut gay di ibukota dan melaporkan dalam akhbar. Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa. Menurutnya, kewujudan pusat urut gay bukan perkara baru dan ia juga bukan beroperasi secara sembunyi atau eksklusif, sebaliknya sesiapa saja boleh mengunjunginya dan mendapatkan maklumat mengenai khidmat ditawarkan. http://mypengakuan.blogspot.com/2010/05/khidmat-urut-by-gay.html

Rumah, premis atau kedai urut gay bersepah di kawasan kosmopolitan. Siapa yang memberikan lesen perniagaan dan lesen premis kalau bukan kerajaan yang ditadbir oleh BN-UMNO? Cuba lihat senarai premis urut gay di bawah ini:

Dan beberapa lagi maklumat bahawa LGBT memang bergerak secara senyap dan terbuka serta mendapat perlindungan dari kerajaan BN-UMNO yang membela LGBT dari sudut undang-undang.

Satu lagi bukti bahawa kerajaan menyokong pergerakan LGBT ini ialah apabila Fiesta Seksualiti Merdeka 2008 berjaya diadakan secara senyap-senyap di Malaysia dan secara terbuka  pada tahun 2011 yang mempromosi aktiviti seks bebas dan seks sesama jenis. Tetapi protes ke atas Fiesta Seksualiti Merdeka 2011 telah berjaya mendesak kerajaan di bawah BN-UMNO untuk membatalkan program tersebut walaupun kerajaan masih membenarkan Sir Elton John, seorang yang dikenali sebagai raja gay atau homoseks, membuat persembahan di Genting tahun lalu sempena dengan Fiesta tersebut. Beliau telah dijemput ke Malaysia oleh Marina Tun Mahatir bersama Irsyad Manji, seorang lesbian dan penulis upahan barat yang anti-Islam dan beliau adalah kawan baik Salman Rushdie.

Inilah manifestasi kejayaan pergerakan LGBT yang disokong oleh kerajaan sendiri, Sisters In Islam, Women’s Aid Organisation, dan Amnesty International di Malaysia.

Dengan sokongan dari kumpulan Human Rights serta Sisters in Islam di Malaysia, maka aktiviti LGBT semakin berleluasa dan mendapat perlindungan dari kerajaan melalui peguam Hak Asassi di Malaysia dan luar negara.

BN-UMNO cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan aktviti homoseks dan biseks serta LGBT tetapi gagal meyakinkan mahkamah dan orang ramai sehingga beberapa percubaan fitnah berbelas tahun ke bekas Timbalan Perdana Menteri ini gagal. Percubaan ini dibuat untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada melihat kepada kerajaan BN-UMNO yang sebenarnya menjadi penggalak LGBT.

BN-UMNO juga cuba mengaitkan Ambiga peguam Hak Asasi sebagai membela kelompok LGBT sedangkan antara penganjur utama dalam program Fiesta Seksualiti Merdeka adalah anak Tun Mahathir sendiri iaitu Marina. Tujuan mengaitkan Ambiga dengan LGBT ialah untuk mencalarkan imej Ambiga yang menjadi Pengerusi Bersih 2.0 dan menjadi peguambela dalam BERSIH 3.0 yang berjaya memobilisasi rakyat untuk menuntut ketelusan dan pembersihan senarai daftar pemilih atau pengundi yang dibuat oleh  SPR.

Orang Melayu Islam agak sesnsitif dengan LGBT dan sebahagianya mereka yang tidak mendapat maklumat secara meluas kecuali berkiblatkan Utusan Malaysia, Berita Harian, The STAR, dan TV1, TV2, serta TV3 yang menjadi sumber rujukan suci BN-UMNO akan menolak Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan tuduhan homoseks dan  menolak BERSIH kerana Ambiga menjadi peguam bela Fiesta Seskualiti Merdeka, sedangkan kerajaan di bawah BN-UMNO sebenarnya yang tidak menyekat pertumbuhan dan kemajuan kumpulan LGBT di Malaysia.

Dan satu lagi bukti bahawa kerajaan menggalakan dan membela kaum LGBT ialah dengan membenarkan Pink Triange Foundation (Yayasan Pink Triangle) yang dianggotai oleh pelbagai negara lain bergerak bebas di Malaysia. Yayasan ini kononnya atas nama Hak Manusia telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyuburkan LGBT dan mengukuhkan identiti LGBT di Malaysia. Misalannya Yayasan ini mengadakan Pertandingan Ratu Cantik MakNyah 1992 di Malaysia dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia, mengadakan siri dialog dan pameran bertujuan kononnya mendidik orang awam akan hak asasi kumpulan LGBT ini, serta mendapatkan sumber dana bagi membiayai aktiviti LGBT di negara ini.

Kesimpulannya, aktiviti LGBT ini sudah berleluasa di negara kita secara terbuka dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri. Walaupun, di dalam media sosial, terdapat ramai rakyat Malaysia yang menjadi ahli gay dan ahli lesbian dalam pelbagai kumpulan dan rangkaian di Internet, “hubungan” mereka berlaku di alam siber atau maya dan tidak boleh diakses kecuali kita menjadi ahli kumpulan mereka. Tetapi apabila hubungan itu diterjemah dalam bentuk yang boleh dilihat seperti Fiesta Seksualiti Merdeka, Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah atau Transeksual, perkahwinan sesama jenis, rumah urut, sauna untuk gay dan  pelbagai lagi aktiviti lain yang mempromosi dan membela gaya hidup LGBT, maka adalah sah semua ini berlaku kerana kerajaan BN-UMNO tidak menyekat, tidak menghalang, dan tidak berusaha melemahkan pergerakan LGBT ini.

Di dalam Islam, meniru  atau menyerupai jantina lain adalah HARAM apatah lagi melakukan hubungan seks atau liwat sesama jenis, semua itu adalah HARAM dan BERDOSA.

Baca lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: