Monthly Archives: October 2012

Jangan klik, jangan jawab, tapi terus padam

Jika anda terima email yang meminta anda sahkan email anda, jangan jawab, jangan klik…jika anda berbuat demikian, email anda akan digodam oleh penghantar email itu.

Tidak masuk akal jika Yahoo mahukan pengesahan, apatah lagi jika penghantar meminta nama anda, passwrod anda dan lain-lain sedangkan pastinya Yahoo ada data itu semua dalam database mereka.

 

 

Jika anda ingin tahu sama ada tipu atau tidak, bawa cursor ada pada alamat penghantar dan anda akan dapati sebenarnya adalah alamat peribadi. Misalnya dalam kes ini, email  peribadi itu ialah amanguli_sh@yahoo.com

 

Jika anda ingin tahu sama ada email ini tipu atau tidak, bawa cursor ada pada hyperlink Click here tapi anda jangan klik dan anda akan dapati pautan sebenarnya di bahagian  kanan bawah skrin anda sebenarnya URL  yang menjadi tempat untuk memproses penggodaman ke atas email anda.  Misalnya dalam kes ini, URL berkenaan ialah alert 98542.4 love.com