Iklan haram kena saman – tahniah PBT Selangor!

iklan (1) iklan (2)

 

Pada 6 Dis 2009, artikel “Menepek iklan secara percuma dan haram” telah dipaparkan di blog ini https://albangi.wordpress.com/2009/12/06/menepek-iklan-secara-percuma/


Bulan ini salah satu PBT Selangor iaitu MPKJ telah mengambil tindakan ke atas pihak yang menampal iklan percuma dan haram. Tahniah kita ucapkan kepada MPKJ di atas tindakan yang bijak dan profesional ini.

Menampalkan iklan di dinding jambatan di jalanraya, dinding awam, pokok, dan tiang letrik di sana sini di Selangor menjadikan pemadangan Selangor seperti negeri dan negara Malaysia yang masih mundur. Iklan yang tidak teratur dan bersepah itu menyakitkan mata memandang. Ia juga adalah satu bentuk vandalisme yang menguntungkan pengiklan tetapi merugikan rakyat. Maka layaklah PBT mengambil tindakan ke atas pengiklan berkenaan,

Semoga tindakan ini menjadi pengajaran kepada peniaga supaya berniaga secara profesional dan bukan cara haram dan tidak bermaruah!

Dalam masa yang masa adalah wajar PBT  menyediakan tempat iklan di beberapa lokasi  yang menjadi laluan awam seperti di kawasan pasar malam, stesen minyak, dewan orang ramaia,  dan pasaraya. Dengan itu, pihak peniaga dan pengiklan bolehlah menampal atau menggantung iklan mereka untuk mendapatkan pelanggan tempatan masing-masing dan membayar perkhidmatan tempat iklan.

Tahniah PBT Selangor!



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: