Monthly Archives: January 2013

Jom kenali cybertrooper UMNO alaf baru

          67070_328841063891098_443324978_nSlide1 Slide2 Slide3 Slide4 Slide5 Slide11slide10

slide7aSlide9

\ Slide6 Slide12 slide8 slide10

Slide14 Slide13

Another attempt by hackers! Don’t click

Slide1

Hati-hati dengan kanak-kanak menangis tepi jalan

71846_325046244273207_783427502_n

Koleksi 2 Foto HKR KL #112 Rakyat bangkit mahukan perubahan yang lebih baik dan adil

This slideshow requires JavaScript.

Koleksi 1 Foto di HKR KL #112. Rakyat bangkit dari semua penjuru

This slideshow requires JavaScript.

HKR KL #112 menjadi sejarah baru landskap Malaysia

Rakyat berhimpun aman menyatakan suara dan pandangan mereka seperti mana peruntukan yang ada dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia: kebebasan bersuara, kebebasan memilih dan menyokong kumpulan yang sah di sisi undang-undang. Hari ini masyarakat Malaysia dan dunia menyaksikan apa yang berlaku di HRK KL 112 ialah……

  • Tidak ada polis bertugas. Hanya ada polis bantuan 5 org x 5 lokasi bawah pokok tengok org lalu sahaja.
  • Tidak ada FRU.
  • Tidak ada water canon. Tidak ada gas pemedih mata.
  • Tidak ada road block masuk ke KL [pada hari ini. Tidak ada kes rusuhan. Tidak ada gaduh. Dan tidak ada orang pukul orang.
  • Semua rakyat Malaysia yangg pergi ke himpunan adalah rakyat bertamadun.
  • Sebelum  ni yang membuat rusuhan dan buat kacau ialah ahli UMNO, ahli PERKASA, gengster upahan UNNO dan SB serta polis upahan yg menyamar dan buat jahat.
  • Hari ni 12 Jan 2013 terbukti rakyat  boleh berhimpun aman macam Jom  Heboh, MAHA, sambut merdeka, dan sambut tahun baru. Dlm semua kes himpunan aman BERSIH yang lepas, semua polis yg pukul org ramai dan  sah buat kacau didenda dan dipenjara. Hakikatnya sebenarnya Malaysia aman tp ada pihak amal tektik divide and rule iaitu strategi purba penjajah british utk terus berkuasa.
  • Kita melihat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan hadir sebagai pemerhati kerana himpunan ini dapat permit polis dan bukan himpunan haram.
  • Tidak ada air mineral percuma
  • Tidak ada nasi bungkus percuma
  • Tidak ada bas dibekalkan oleh PR tetapi disewa sendiri oleh NGO, parti masing-masing untuk membawa peserta
  • Tidak ada duit poket walaupun pihak perangsaraf UMNO-BN edar SMS kepada orang ramai untuk ambil duit di Tropicana
  • Tidak ada T-shirt percuma tapi dibeli sendiri oleh rakyat

Tetapi rakyat tidak peduli itu semua dan tetap hadiri HKRKL 112 dengan hati tulus  ikhlas dan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, material dan jiwa mereka demi kesejahteraan dan ketelusan Malaysia.

Satu percubaan jenayah, hat-hati di sebelah malam di jalanraya

HATI-HATI DI JALAN RAYA

KISAH SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PEMANDU SEKALIAN

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”

“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

– kongsikan kepada rakan-rakan anda –