Isu nama Allah – mengapa perlu polemik?

Isu tuntutan supaya nama Allah oleh bukan Islam mula menjadi isu politik sedangkan ia boleh dielakkan oleh semua pihak jika kita memahami tiga premis ini:

  1. Allah ialah nama Tuhan; pada pandangan Islam, Allah itu tunggal, tiada bilangan. Allah itu tidak ada anak dan tidak ada jantina.
  2. Nama Allah bukan milik orang Melayu
  3. Allah bukan Tuhan kepada orang Islam sahaja.

Jika orang Kristian, Hindu, dan Buddha percaya bilangan Tuhan ada lebih dari satu, maka nama Allah tidak sesuai untuk agama yang ada banyak Tuhan. Pakar teologis dalam agama serta pakar bahasa bahasa harus dirujuk oleh orang politik sebelum mereka membuat tuntutan atau dakwaan berkaitan dengan nama Allah.

Bagaimanapun jika mereka, orang Kristian, mahu menggunakan nama Allah pada Tuhan, maka semua kitab Bible (dalam konteks isu sekarang) hendaklah menggunakan nama Allah. Ini bermakna kitab Bible dalam bahasa Inggeris,  Tamil dan Mandarin hendaklah menggunakan nama Allah, dan bukan sahaja Bible dalam Bahasa Melayu supaya konsisten dalam pendirian.

Bagi orang BN-UMNO yang boleh bersetuju membernarkan nama Allah  digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak kerana ia sudah berzaman begitu adalah bercanggah dengan pendirian mereka menghalang penggunaan nama Allah dalam Bible di Semenanjung.

Jika nama Allah boleh digunakan dalam Bible, maka nama Allah dalam prinsip pertama dalam Rukun Negara iaitu Percaya kepada Tuhan boleh diukar kepada Percaya kepada Allah. Mengapa tidak boleh? Apakah ada halangan dalam kalangan orang bukan Islam khususnya Kristian dalam hal ini?

Ada pihak mendakwa, nama Allah adalah khusus untuk Islam, maka kita ingin bertanya, apakah Allah itu Tuhan kepada  orang Islam sahaja? Atau Tuhan orang Melayu sahaja? Bukankah Allah itu Tuhan kepada sekelian makhluk dan sekelian alam?

Ada pula pihak mendakwa, nama Allah harus dimuliakan dan dijaga serta digunakan di tempat yang baik. Dengan itu orang bukan Islam tidak boleh guna nama Allah.

Dakwaan mereka jika nama Allah itu dipakai oleh bukan Islam, maka nama Allah yang terdapat pada kertas atau apa jua media akan dibawa, diletak atau jatuh pada tempat yang cemar dan tidak suci, atau digunakan di tempat yang kotor seperti tandas dan sebagainya. Apakah selama ini nama Allah terpelihara dari ddi bawa masuk ke tandas dan kelab malam yang dipenuhi dengan pelakuan lucah dan minuman arak?

Cuba lihat lambang atau jata PDRM, Johor, dan Selangor serta jata negeri-negeri lain yang ada nama Allah dan dipakai pada baju serta dibawa masuk ke tandas berpuluh tahun di negara ini.


Kalau kita bimbang nama Allah digunakan dalam Bible yang belum tentu di bawa masuk ke dalam tandas dan kelab malam, mengapa kita tidak bimbang dengan lambang/jata PDRM dan negeri-negeri yang dipakai dan dibawa ke dalam tandas? Malah lambang/jata yang ada nama Allah ini dipakai pula oleh bukan Islam dan di bawa masuk ke tandas.

Bagaimana pula dengan telefon bimbit yang membunyikan nada dering  bacaan ayat Quran atau takbir atau azan semasa seseorang berada dalam tandas? Apakah ini tidak menghina nama Allah?

Apakah penyelesaiannya?

Pertama, semua penganut agama mesti hayati nilai universal hormat menghormati dan bertoleransi.

Kedua, semua pihak harus merujuk pakar agama (teologis) dan pakar bahasa dan bukan ahli politik dalam membuat keputusan mengenai isu nama Allah ini.

Ketiga, kita harus konsiten dengan pengunaan nama Allah dan Tuhan dan bukannya membolehkannya di satu tempat tetapi menghalangnya di tempat yang lain.

Keempat, elakkan polemik yang tidak mendatangkan faedah ini, malah menambah pertelagahan agama yang merugikan semua pihak.

Kelima, fikirkan kepentingan masyarakat yang lebih besar daripada kepentingan peribadi, politik dan agama masing-masing.

Keenam, matikan nada dering atau alarm anda dalam tandas jika anda set ayat Quran atau takbir atau azan sebelum masuk tandas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: