Falsafah dan amalan demokrasi – yang mana Islam terima dan tolak?

democracy11Latarbelakang demokrasi

Untuk memahami samada ada demokrasi atau tidak dalam Islam atau Islam terima demokrasi atau tidak, kita perlu fahami sejarah latarbelakang bagaimana demokrasi ini wujud. Ia bermula dari zaman Yunani purba lagi tetapi ia menular dalam masyarakat Inggeris Eropah sebagai usaha menentang puak Gereja Kristian yang membawa sistem teokratik dalam pemerintah beraja British. Natijah dari penentang terhadap teokratik inilah bercambahnya agenda demokrasi dan akhirnya ia sampai ke bumi umat Islam termasuk Malaysia melalui penalukan dan penjajahan oleh British dan sekutunya.

Di England, pihak Gereja mempopularkan bahawa suara Gereja adalah suara Tuhan yang menjadi asas kepada teokrasi Apa saja yang disebutkan oleh paderi Kristian ketika itu dianggap sebagai mewakili suara Tuhan. Akhirnya rakyat tunduk dan patuh kepada paderi dan Gereja. Raja England dilindungi dan disokong oleh pihak Gereja, dan Gereja mengambil kesempatan ke atas sistem beraja yang mengamalkan sistem feudal. Gabungan teokrasi dan feudal ini telah mengawal dan menekan rakyat sehingga semua tanah di England adalah mililk Gereja dan milik Istana. Semua harta dan kekayaan negara adalah di bawah kawalan Gereja dan Istana. Sikap tamak, ujub, bongkak,dengki, jahat dan zalim menguasi pihak tertentu dalam Gereja dan Istana sehingga rakyat menjadi marah dan mual dengan sikap paderi Gereja dan Raja.

warna demokrasi malaysiaApabila penindasan yang berlaku ke atas rakyat marhaien iaitu golongan miskin dan lemah, maka lahirlah gologan penentang seperti Robin Hood yang kita baca sejarahnya. Lahir juga golongan bijak pandai yang marah dengan Gereja yang menafikan ilmu para saintis yang muncul dalam negara Inggeris. Contohnya apabila Isaac Newton memperkenalkan  konsep graviti yang wujud dan menyebabkan benda jatuh ke bumi apabila di lambung ke atas, maka paderi Gereja menjadi marah kerana paderi gagal menerangkan ilmu graviti dan paderi mengatakan tidak ada ilmu graviti tetapi yang ada adalah kuasa Tuhan. Bagi Isaac Newton, beliau dapati bual epal yang jatuh kepalanya semasa beliau duduk di bawah pokok epal itu mencetuskan satu teori iaitu graviti, tetapi malangnya beliau telah dibunuh oleh pihak Gereja yang iri hati dengan ilmu lain dari ilmu Gereja.

Akhirnya berlakulah penentangan demi penentangan terhadap Gereja dan Istana. Apabila pihak Gereja yang berselindung disebalik konsep teokrasi yang mereka bawa dalam diadunkan dengan sistem feudal beraja, maka rakyat bangun menumbangkan Gereja dan Istana. Golongan ini dikenali sebagai Protestant. Mereka memprotes pihak Gereja yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka sebagai paderi yang salah gunakan slogan suara Gereja adalah suara Tuhan. Golongan Kristian Protestant menjadi penentang kepada golongan Gereja orthodok atau dikenali sebagai Kristian Katholik.

erti_demokrasiApabila golongan Protestant berjaya dan diterima oleh rakyat yang menentang sistem teokrasi dan sistem feudal ini, mereka membawa satu slogan baru yang menjadi doktrin dan falsafah mereka iaitu serahkan Gereja pada Tuhan dan serahkan Negara pada Raja (leave Church to God and leave the State to Caesar). Di sinilah bermulanya benih demokrasi dalam  pemerintahan negara Kristian Eropah. Mereka memperkenalkan agenda baru iaitu suara majoriti adalah suara Tuhan bagi menggantikan suara Gereja sebagai suara Tuhan.

Gabungan slogan suara majoriti adalah suara Tuhan dan serahkan Gereja pada Tuhan dan serahkan Negara pada Raja menjadi tonggal atau falsafah sistem politik barat dikenali sebagai demokrasi. Pemerintahan beraja di Eropah dikekalkan tetapi urusan negara di pisahkan dari Gereja.  Idelogi pemisahan Gereja dari Negara (separate Church from State) dikenali sebagai SEKULAR. Idelogi sekular ini menekankan bahasa sistem demokrasi barat mengatakan bahawa semua urusan hidup dan urusan pentadbiran negara tidak ada kaitan dengan urusan agama atau Gereja. Semua urusan hidup dan negara akan ditadbir melalui penentuan kuasa suara majoriti, kerana suara majoriti itulah suara Tuhan.

Apabila Barat menjajah negara-negara umat Islam, mereka membawa ideologi sekular ini dan melaksanakan sistem demokrasi di dalam pemerintahan negara-negara umat Islam termasuk Malaysia. Maka sistem undi dalam pilihanraya adalah manifestasi demokrasi. Mengangkat tangan dan mengundi dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi membuat keputusan halal atau haram walaupun ada yang bercanggah dengan Isla, maka ia adalah manisfestai sistem demokrasi. Apabila ramai orang buta agama dan jahil agama dan tidak iktiraf kuasa mutlak dalam dunia ialah kuasa Tuhan dan bukan kuasa mengundi, maka banyaklah kerosakan atas bumi akan berlaku, dan ramai rakyat yang tertekan dan ditindas, manakala yang berkuasa dan kaya akan terus memonopoli harta kekayaan dalam negara serta melakukan pelbagai penyelewengan dalam pengurusan negara.

Islam dan demokrasi


islam-demokrasiDi dalam Islam, kita melihat isu demokrasi ini dari dua sudut iaitu falsafah dan amalan.

Falsafah demokrasi barat meletakkan suara ramai adalah suara Tuhan, suara majoriti adalah suara Tuhan. Manakala amalan demokrasi pula ialah membuka ruang kepada rakyat atau orang ramai bagi membuat pilihan beramai-ramai untuk memutuskan tentang sesuatu perkara atau pilihan; maka suara yang banyak, suara majoriti ada yang menang dan itulah suara Tuhan, pada pandangan demokarsi barat.

Di dalam Islam kita mempunyai batas dan sempadan dalam beramal, termasuk amalan demokrasi kerana kuasa penentu mutlak bukan terletak pada manusia tetapi pada Allah, Rabbul a’la,min, Tuhan sekelian alam. Oleh itu, Islam menolak FALSAFAH DEMOKRASI yang mengatakan suara majoriti ada suara Tuhan, lantaran itu Islam menolak AMALAN DEMOKRASI yang menafikan kuasa dan undang-undang tetapi menerima amalan demokrasi yang tidak menafikan kuasa dan undang-undang Rabbul ‘Azlamin atau Tuhan Sekalian ‘Alam.

Di dalam Islam kita boleh menerima amalan demokrasi iaitu mengundi, angkat tangan dan membuat pilihan, tetapi di dalam perkara yang sudah jelas halal dan haram, boleh dan tidak boleh, maka tidak ada ruang untuk mengundi, angkat tangan dan membuat pilihan.

Misalnya Islam menetapkan bahawa arak, riba, judi, pelacuran, aurat, zina, memusnahkan diri sendiri dalam apa bentuk sekali pun samada bunuh diri, salah guna dadah, dan mabuk adalah HARAM. Maka orang Islam tidak boleh mengundi, angkat tangan dan membuat pilihan untuk menghalalkan hukum yang haram dan mengharakan hukum yang halal yang sudah jelas disebutkan di dalam Al Quran dan Hadis.

Dalam Islam, kuasa mutlak (sovereignty)  hanya pada Allah. Tetapi Allah mengizinkan manusia untuk beberapa urusan dalam hidup ini selagi mana ia tidak melangkau batas-batas yang dibenarkan. Islam menerima amalan sau bahagian kecil “demokrasi barat” iaitu mengundi untuk membuat keputusan selagi mana ia tidak bercanggah dengan kuasa Tuhan dan ajaran Islam. Contohnya, kita boleh mengundi untuk putuskan samada untuk kemukakan undang-undang pakai topi keledar atau batalkan lesen radio TV atau pasang kamera AES di jalanraya kerana semua ini tidak disebutkan dalam Quran dan Hadis secara khusus.
Bapak_DemokrasiDi sini jelas bahawa sistem demokrasi yang diamalkan dalan negara bumi umat Islam seperti Malaysia adalah bersandarkan kepada idelogi sekular yang memisahkan antara urusan hidup dan urusan akhirat. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, salah satu kunci undang-undang yang memastikan idelogi sekular ini terus kekal ialah Perkara 4(1) yang bermaksud mana-mana undang baru yang dibaut selepas 31 Ogos 1957 yang bersalahan dengan uundang-undang sedia ada maka ia kan terbatal dengan sendiri. Ini bermakna kalau sudah ada undang-undang untuk kesalahan mencuri, merompak, merogol, rasuah, mabuk. murtad, membunuh, mengugut, menggangu dan menjeaskan keselamatan negara, maka undang-undang baru termasuk undang-undang Islam yang mahu diperkenalkan atau dilaksanakan di Malaysia akan terbatal dengan sendiri. Penjajah British beridelogi sekular ini sudah dari awal lagi memikirkan cara bagaimana mereka boleh menyekat umat Islam dari melaksnanakan permerintahan Islam di negara umat Islam yang dijajah oleh mereka.

Apapun, umat Islam tetap percaya sistem demokrasi ini sedia ada masih membuka peluang kepada umat Islam bagi membetulkan kemugkaran yang ada. Sistem demokrasi yang ada masih belum menyekat perkembangan dakwah Islam, penyampaian ilmu tentang Islam, dan usaha membawa masyarakat kepada Islam. Hal ini sama dengan situasi yang berlaku di zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sistem perlindngan atau hamiyah yang di amalkan di dalam masyarakat kafr Quraisy membuka peluang kepada Nabi untuk menyampaikan dawak Islam dan kemudiannya menukar pemerintahan sekular Mekah kepada pemerintahan Islam.

Di dalam salah kaedah fiqh menyebut bahawa Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga.” Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.

Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.

Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib. Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud: “Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Maka dengan itu mengambil bahagian dalam pilihanaraya, bertanding dalam piliharaya, dan mengundi adalah wajib bagi mendapatkan kuasa untuk menegakkan yang maaruf pada sisi Allah dan mencegah kemungkaran yang bertentangan dengan ajaran Allah. Maka mengundi untuk mendapatkan kuasa bagi amar maaruf ada pahalanya, menolong berkempen untuk kemenangan Islam ada pahalanya, bersatu dan bekerja dalam jamaah Islam untuk membetulkan kepincangan dan penyelewengan aqidah serta moral manusia agar manusia tidak mendabik dada dan berlagak menjadi Tuhan juga ada pahalanya. Itu semua dikira sebagai jihad di jalan Allah

“Demokrasi” di zaman Nabi  Muhammad s.a.w.

Demokrasi dan SuaraKita boleh ambil pengajaran daripad seerah Nabi s.a.w. kerana hidup Nabi adalah sunnah yang perlu kita faham dan ikut. Di zaman nabi, selepas beliau dilantik menjadi Rasul, beliau mula menyampaikan risalah aqidah Islam. Tetapi ada pembesar negara yang mahu menghalang Nabi dan membunuh Nabi.  Tetapi sistem sosial di Mekah yang mengamalkan sistem perlindungan, yang bukan ajaran Islam sebaliknya satu amalan yang berlaku dalam zaman jahiliyyah.

Sistem perlidungan itu telah memberi ruang kepada  nabi utk menyampaikan mesej Islam tanpa beliau takut dan bimbang. Bapa saudara Nabi dan beberapa “gedebe” Mekah menjadi pelindung kepada masyarakat Mekah. Apabila seorang gedebe berkata seseorang orang ini atau orang itu dibawah lindungan aku, maka orang lain tidak boleh sentuh dan tidak ganggu orang yang dilindungi itu

Nah, Nabi tidak beriman dengan sistem perlindungan ini tetapi sistem ini mengizinkan Nabi menyampaikan Islam tanpa had. Begitu juga demokrasi juga bukan ajaran Islam, tetapi ia memberi ruang kepada umat Islam bergerak menyampaikan pandangan dan ajaran Islam.

Bolehkah Nabi pujuk atau hasut bapa saudaranya atau gedebe lain angkat parang dan serang orang yang halang misi Islam yang dibawa oleh Nabi? Sudah tentu boleh tapi Nabi tidak diarahkan oleh Allah untuk berbuat demikian.

Sebagai perbandingan, demokrasi di negara ini walaupun falsafahnya adalah salah tetapi ia satu sistem yang mengizinkan pendakwah termasuk ustaz dan tok guru menyampaikan mesej Islam merangkumi hudud dan mengamalkan Islam. Sistem perlindungan demokrasi ini bukan dari Islam tetapi ia membuka peluang kepada kita untuk bergerak bebas tanpa takut dan bimbang untuk memperkatakan tentang Islam.  Malah ia membuka peluang untuk kita kuasai DUN dan Parlimen dengan harapan jika kita kuasai Putrajaya, maka kita boleh ubah Perkara 4(1) yang menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan hukum hudud dengan mengangkat tangan dan mengundi beramai-ramai dalam Parlimen bagi membuat perubahan yang membawa kepada reda Allah.

Kesimpulanya, umat Islam harus memanfaatkan sistem demokrasi yang ada untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah hinggalah kepada tahap kita mengambil kuasa dari pemerintah yang gila nafsu, harta, pangkat dan kemasyuran.

Demokrasi, Khalifah, atau Revolusi?

Apakah kita tidak boleh angkat senjata dan jatuhkan kerajaan yang ada seperti di Lubnan, Iraq, dan Libya?

Kita boleh lakukan revolusi berssenjata tetapi apakah semua jalan aman sudah tertutup? Apakah Allah arahkan kita berbuat begitu dalam keadaan kita masih ada peluang cara aman? Nabi pun tidak meminta bapa saudaranya pergi memukul samseng-samseng yang gila kuasa di Mekah.

Terdapat beberapa kumpulan yang menggelar diri mereka pengkut  kumpulan Khalifah, Hizbul Tahrir dan Al Mahdi yang membawa manhaj menolak demokrasi di masa sahaja dan mengambilalih kuasa pemerintahan melalui jalan keras, perang, dan pertumpahan darah.

Malah ada juga dari serpihan dalam  kumpulan ini yang berpandangan bahwa Nabi menjadi Ketua Negara Islam di Mekah selepas membuka kota Mekah tanpa pertumpahan darah, tanpa pilihanraya, tanpa mengundi, dan tanpa demokrasi. Kumpulan ini lagi mengelirukan. Yang lebih parah, apabila kumpulan ini mengajak orang lain jangan mengundi kerana mengundi dalam sistem demokrasi itu adalah satu bidaah dan haram. Akibatnya orang yang membawa idelogi sekular akan terus menang dan memerintah.  Inilah matlamat talibarut sekular dari kumpulan ini yang membuat kekeliruan dalam masyarakat Islam bagi memenangkan kumpulan sekular pada hari hari mendatang

Biarlah halifah, Hizbul Tahrir dan Al Mahdi dengan kumpulan mereka. Kita tidak bermusuh dgn HT Kita tidak menolak kebaikan HT. Tetapi HT juga ada kelemahan dan kesilapan. HT hanya sesuai untuk waqi’ di Timur Tengah dan tdiak sesuai di Malaysia. HT dia hanya satu NGO dan bukan parti politik spt PAS. Jadi orang HT tidak boleh masuk bertanding dalam PRU. Sebab itu mereka tolak demokrasi agaknya. Kalau HT boleh masuk PRU mereka akan menerima demokrasi. Malangnya kalau ahli HT tidak berdaftar sebagai pengund dan tak mahu mengundi dalam PRU, nampakyna undi untuk pembentukan Khilafah Islamiyyah akan terus berkurangan dan undi untuk puak sekular akan terus meningkat. Biarlah HT sendirian dalam dunia dan fahaman mereka.

Dalam adab-adab berjamaah, kita dapati apabila Imam Syafei pergi menziarahi Imam Hanafi, beliau menghormati fiqh tempatan atau bi’ah dan waqi’ di dalam kelompok yang mengikut fiqh imam Hanafi.  Apabila beliau diminta menjadi imam solat subuh oleh Imam Hanafi, maka Imam Syafei tidak membaca doa qunut dalam solat subuh yang dipimpinnya. Itulah kehebatan imam-imam yang menghormati perbezaan amalan dan fahaman dalam adab berjamaah dalam Islam. Lantaran itu, bi’ah dan waqi di Malaysia adalah berbeza dengan Syria, Lebanon, India  dan Indonesia. Maka manhaj dan uslub dakwah dari luar negara  tidak perlu diimpot untuk menjadi manhaj dan uslub di Malaysia. Inilah yang tidak difahami oleh sesetengah ahli NGO Islam yang fanatik taksub, dan sombong dengan kumpulan masing-masing.  Mrereka lebih beremosi dari berasional dan mereka seronok dan syok sendiri dengan emosi yang begitu sehingga mereka lupa siapa musuh Islam yg sebenar.

Hikmah dalam demokrasi
Nabi pernah bersabda, bahwa “Hikmah itu adalah barang tinggalan milik orang mukmin, siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.” Di dalam sistem demokrasi barat atau sistem politik pemerintahan hari ini, apa yang baik untuk Islam dan ummah, kita boleh mengambilnya dan memanfaatkannya asalkan ia tidak merosakkan aqidah ummah dan tidak membahayakan ummah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: