Retorik perkauman menjadi senjata primitif parti politik – divide-and-rule-strategy

(English & Malay Version)
JANGAN BERSIKAP RASIS oleh  J Solomon

260290_594864460524831_1096412362_n

Amat mengecewakan apabila mendengar Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Datuk M. Saravanan seolah-olah menyalahkan para pengundi Cina dan menuduh kaum tersebut sebagai tidak tahu berterima kasih apabila parti gagal membentuk kerajaan dengan 2/3 majoriti kerusi Parlimen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 baru-baru ini.

Mereka terlupa bahawa mereka beroleh Negeri Sembilan, Melaka, Perak & Johor dengan jumlah pengundi Cina sekitar 30% hingga 38%. Malah, di kawasan kritikal seperti Kuala Lumpur, mereka masih menemui sentuhan apabila menang Parlimen Setiawangsa dengan jumlah pengundi Cina sebanyak 30.3%.

Begitu juga di Sabah apabila mereka memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dan Tawau dengan masing-masing jumlah pengundi Cina sebanyak 33.4% dan 37.7%. Di Johor pula, Parlimen Tanjung Piai dapat dimenangi mereka sedangkan jumlah pengundi Cina di sana mencecah 46.5%!

Justeru, tidak ada sebab untuk mereka menuding jari terhadap kaum Cina sedangkan apa yang dibuktikan adalah di sebaliknya.

Najib pernah menjelaskan Konsep 1Malaysia sebagai, “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.”

Jabatan Penerangan Malaysia dalam mentafsirkan maksud kata-kata Najib ini menjelaskan bahawa rakyat perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Seterusnya bertindak melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Mana-mana kaum tidak wajar hanya berfikir dalam skop kaumnya sahaja atau hanya membataskan tindakan kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan kaum masing-masing sahaja (B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050))

Jelas di sini, individu yang mencipta slogan 1Malaysia dan mana-mana individu yang menyokong Gagasan 1Malaysia secara tidak langsung telah mengkhianati Konsep 1Malaysia itu sendiri apabila mengeluarkan kata-kata berbau perkauman sedemikian rupa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas perkara ini berkata, “Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat.”

Manakala mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah walaupun tewas di Parlimen Temerloh turut menggesa rakyat agar menjauhi sikap rasis berhubung keputusan PRU-13 dan beliau cukup yakin bahawa rakyat tidak mengundi berdasarkan sentimen perkauman.

Najib menuding jari kepada orang lain semata-mata untuk mengaburi mata ahli-ahli parti berhubung kesilapannya sebagai seorang Pengerusi parti apabila hanya mementingkan orang-orangnya bagi memenuhi kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara. Jangan kerana salah percaturan sendiri, orang lain pula dituduh menjadi penyebab kepada kegagalan parti untuk mencapai 2/3 majoriti kerusi Parlimen.

Jika dibandingkan dengan PRU-12, sokongan rakyat terhadap parti merudum teruk di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor & Terengganu. Parti juga mengalami pengurangan 7 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN dengan undian popular secara keseluruhannya merosot kepada 48.2% berbanding 50% pada PRU yang lalu.

Ini menjadikan pencapaian Najib dalam PRU sebagai Perdana Menteri Ke-6 dilihat lebih buruk daripada Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Maka terbuktilah sudah bahawa tuntutan kami sejak 18 Januari 2013 agar Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri mempunyai asas yang kuat selain dari dasar-dasar tidak mesra pekerja yang dilaksanakannya.

Jelaslah sudah, Dato’ Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak dan Dato’ Sri Abdul Wahid Omar sebagai CEO CIMB Bank dan Maybank yang sebelum ini menyokong pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah mewakili rakyat atau golongan pekerja di bawahnya, malah lebih untuk memenuhi tuntutan nafsu golongan kapitalis.

Selain itu, terdapat juga parti politik lain yang menggunakan isu perkauman sepanjang kempen PRU-13. Mereka ini sebenarnya turut melanggar Deklarasi Konvensyen Solidariti Malaysia yang mendukung prinsip ‘Malaysian Malaysia’ di mana parti tersebut turut memeterainya pada 9 Mei 1965.

Baik pihak yang menyalakan api perkauman secara terbuka mahupun pihak yang menyemaikan benih-benih tersebut secara bersembunyi, kedua-duanya telah mencetuskan satu fenomena yang bakal menggugat kestabilan negara jika tidak dibendung dengan segera.

Paling teruk, apabila fenomena ini turut dilihat mampu memecahbelahkan ahli-ahli NUBE, ahli-ahli kesatuan sekerja atau mana-mana komuniti dalam negara. Pendirian NUBE berhubung isu ini amat jelas apabila kami juga turut membantah pengurusan pemberian pinjaman CIMB Bank yang cenderung kepada kaum tertentu sahaja.

Kami merayu kepada semua ahli NUBE agar terus berpegang teguh kepada slogan, ‘One for All & All for One’ dan menolak sebarang bentuk perkauman kerana kita adalah satu keluarga besar NUBE.

Kita adalah juga rakyat Malaysia; kita menghormati setiap rakyat dan keputusan mereka dalam menunaikan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan untuk mengundi wakil rakyat pilihan mereka.

Tiada mana-mana ahli politik boleh memaksa, mengugut atau memanipulasi rakyat Malaysia untuk mengundi mereka atau bersikap dendam terhadap pengundi yang tidak mengundi mereka.

Katakan TIDAK kepada perkauman; katakan TIDAK kepada konsep “pecah dan perintah”

———————————-XXX———————————-

DO NOT BE RACIST

It was very disappointing to hear, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz and Datuk M. Saravanan who seems to be blaming the Chinese voters and accusing them of being ungrateful when the party failed to form a government with two thirds parliamentary majority after the General Election (GE) 13th recently.

They forgot that they were able to retain Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak & Johor with the support of about 30 % to 38% of the Chinese voters. In fact, in critical areas such as Kuala Lumpur, they still found the winning touch for the Setiawangsa parliamentary seat was with the Chinese voters of about 30.3%.

Similarly, in Sabah when they won the Batu Sapi parliamentary seat and Tawau by securing the Chinese votes of 33.4% and 37.7% respectively. In Johor, the Tanjung Piai parliamentary seat was also won by them while the Chinese voters there touched 46.5%!

Hence, there is no reason for them to point fingers at the Chinese whereas what is proven is otherwise.

Najib has explained the 1Malaysia concept to mean, “We stand, we think and act as Malaysians.”

The Malaysia Information Department is interpreting the said words by Najib’s explained that its meaning was to urge the need for the people to think beyond the boundaries of their own race. Think beyond the walls of the importance of their respective ethnicity and race. It is improper for any race to only think within the scope of their race or to just limiting their actions to only confine matters of importance to their race (B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050))

Clearly here, the individual who created the 1Malaysia slogan and any individuals who indirectly support the 1Malaysia concept has betrayed the very said concept of 1Malaysia when issuing such racist remarks.

Former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, when commenting on this said, “We cannot allow any attempt to make the election results as a racial issue. Action of recrimination and blaming any one community is unfair and not beneficial.”

While the former Deputy Minister of Higher Education Datuk Saifuddin Abdullah, despite losing the Temerloh parliamentary seat also urged people to stay away from connecting the results of the GE-13 to racism and he was very sure that the people did not vote on racial sentiments.

Najib has pointed fingers at others merely to obscure the views of the party members in relations to his mistakes as a party Chairman who was only concerned with his men filling in the parliamentary and state seats nationwide. Due to his own miscalculation, others are accused of being the cause of the failure of the party achieving a 2/3 parliamentary majority.

When compared with the GE-12, support for the party plunged in Kelantan, Penang, Selangor and Terengganu. Party also experienced a decline of 7 parliamentary seats and 31 state seats with a drop in the overall popular vote from 50% at the last general elections to 48.2% in this election.

This makes the achievement of Najib as the 6th Prime Minister in the elections worse than the 5th Prime Minister, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Thus, proving a strong foundation for our demands for Najib to step down as the Prime Minister January 18, 2013 besides the anti-worker policies implemented.

It is also clear that the support for Najib to continue as the Prime Minister by Dato ‘Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak and Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, CEOs of CIMB Bank and Maybank was more in support of the demands of the capitalist lust and not in support of Najib’s representing the people or the workers in the middle and lower income.

In addition, there are also other political parties who used the race card during the 13th general election campaign. They have actually violated the Malaysian Solidarity Convention Declaration to uphold the principle of “Malaysian Malaysia” signed by the said party on May 9, 1965.

For those openly igniting the racial blaze or for those sowing the said seeds behind the scenes, both of which has sparked a phenomenon that would destabilize the country if left unchecked immediately.

At worst, this phenomenon is also seen as being able to divide the members of NUBE, members of trade unions or any other community in the country. NUBE’s stand on this issue was made very clear; when we protested against the management CIMB Bank for practising racially factored banking loans.

We appeal to all members of NUBE to uphold the motto of NUBE, ‘One for All & All for One’ and reject racism as we are one NUBE family.

We are also Malaysians; we respect every Malaysian and their decision in exercising their constitutional rights to vote for the candidate of their choice.

No politicians can force, threaten or manipulate any Malaysian to vote them or be vindictive against the voter for not voting them.

We say NO to racialism; we say NO to the concept of “divide and rule”.

———————– Watch this video, a dialoge between Mat Sabu and Lim Guan Eng ——————-

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: