Hak berhimpun cara aman dan bersuara dalam negara demokrasi perlu diiktiraf; hanya negara kominis sahaja yang tidak iktiraf

969455_576184022412039_1851385706_nMalaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan  demokrasi. Dalam Artikel 10 Perlembagaan Malaysia mengiktiraf salah satu hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan memilih untuk berpersatuan dalam badan yang sah di sisi undang-undang Malaysia.

PAS, DAP,  PKR, UMNO, MCA, MCI, PBS, dan semua prti politik berdaftar dalam negara adalah sah di sisi undang-undang, dan rakyat boleh dan berhak menjadi ahli, menyokong dan mengundi parti pilihan mereka.

NGO yang berdaftar dalam negara juga adalah sah di sisi undang-undang, dan rakyat boleh dan berhak menjadi ahli, menyokong dan mengundi dalam badan-badan NGO pilihanmereka.

Dalam bab berhimpun secara aman, ia suatu yang mudah untuk difahami dan dilaksanakan dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi di Malaysia. Hak untuk mendapat permit bagi berhimpun dan bersuara dengan aman mesti diiktiraf oleh semua kerajaan kecuali kerajaan kominis.

Bila PR minta permit nak buat himpunan dan ceramah di stadium dan padang, polis tak bagi permit atas nasihat menteri2 umno yng kononnya amalkan sistem demokrasi. Akhirnya PR buat di tepi jalan dan dalam bandar atau di markas PAS. Bila PR tak minta permit, polis atas nasihat menteri umno kata TANGKAP mereka.

Amalan menghalang rakyat berhimpuan secara aman dan di tempat awam seperti stadium dan padang awam adalah amalan negara kominis.

Polis Malaysia boleh kawal himpunan rakyat masa hari merdeka, masa pesta jom heboh, masa malam citrawarna malaysia, hari belia di putrajaya, konsert psy di penang….semuanya himpunan awam dan jalan boleh ditutup utk tujuan berkenaan. Jadi apa masalahnya jika himpunan aman nak dibuat di stadium oleh PR? Tiba-tiba polis jadi tidak profesional.

PR pernah mengadakan banyak himpunan awam dan terkawal, kecuali apabila ada pihak yang jahat menyamar sebagai pegawai polis dan mengganggu serta mencetuskan pelbagai kontroversi dan rusuhan. Di bawah ini buktinya

Di Mekah, umat Islam berkumpul untuk tunai haji, satu himpunan aman melibatkan manusia dari seluruh dunia, tapi polis Saudi boleh kawal himpunan haji dgn baik. Himpunan awam dan aman di Malaysia tak sampai satu juta pun, bukan macam di Saudi yg melibatkan 2 juta lebih manusia serentak. Jadi kita nak tanya polis kerja untuk UMNO BN ke atau kerja untuk jaga keamanan negara?

Di Selangor, Penang, Kedah, Kelantan..negeri-negeri PR tidak pernah halang UMNO mahu berhimpun secara mana di stadium dan padang awam selepas 2008. PR lagi gentelman dan faham apa makna demokrasi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: