BN-UMNO dari KL bantu RM3 juta Cybertrooper BN Sarawak Part 1

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part 1Kemelut Dikalangan Cybertrooper BN Sarawak Part 1

Semalam atas semangat memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara PPM telah mengeluarkan isu Wajarkah Orang Yang Sama Terajui Bajet Cywar 14. Pada hari PPM ingin membuat berberapa pencerahan mengenai Kemelut Dikalangan Cybertrooper Sarawak.

PPM pernah terbaca berbagai cerita yang dimainkan oleh pelbagai sumber blog dan portal samada dari BN, PR dan Sumber Naungan Diragui. Kenapa dikatakan sumber portal diragui? Kerana dikalangan komuniti blogger Sarawak dan orang-orang politik Sarawak masih tertanya-tanya dengan pelbagai bukti, siapa sebenar penerbit Sarawak Report. Adakah betul-betul milik PR atau ada orang BN yang menjalankan demi agenda tertentu? Sampai sekarang sukar untuk dijawap. Tetapi peranan Sarawak Report cukup menghuru-harakan dunia cywar Sarawak. PPM akan bukakan nanti…

PPM mula berkecimpung sebagai blogger sejak bulan 4 2012. Tetapi ilham membuka blog terus-terang dari Tun Faisal dalam satu pertemuan UMB di KL. Bukan PPM nak bodek tetapi ini kenyataan yang sebenar. PPM sebenarnya hanyalah Facebooker yang pantang berdebat di Fanpages Pemuda UMNO Malaysia dan Admin PUM yang menggilap perjalanan PPM dari pelbagai segi termasuk undang-undang. Orang itu adalah Razman Hakimi seorang yang amat prihatin terhadap nasib cybertrooper dibawahnya tetapi sayang dia bukan pelobi mendapat dana.

PPM pernah bertemu dengan UnreportedNews. Untuk pengetahuan anda, inilah blogger pertama yang bukan dari UMB Sarawak datang untuk berjumpa dengan PPM untuk menyertai Team Anak Sarawak Blogger. Tetapi PPM menolak kerana   telah diserap masuk ke UMB Sarawak. Salfian bersikap terbuka cuma PPM masih ingat apa kata “Oklah BRO nanti kau masuk dan rasa sendiri bagaimana bernaung di bawah UMB Sarawak”. Itu kalau tak silap dalam bulan 10 2012.

Sekarang selepas PRU memang betul PPM cabut lari seperti mana cerita di blog UnreportedNews. Pernah satu masa kononnya blogger ini didedahkam oleh Sarawak Report, team Bloggers Anak Sarawak telah mendapat gaji RM3000 sebulan dengan pelbagai kemudahan. Tetapi hakikatnya PPM tahu yang mamat ini sengket mak aii sampai laptop yang rosak belum lagi terganti-ganti.

Tetapi biasalah semua orang fikir blogger macam kami ni senang dan kaya dengan pelbagai peruntukan tetapi hakikatnya kadang-kadang hendak beli susu anak pun tak ada. Malah kereta dan roadtax belum terbayar-bayar sehingga sekarang itu pengalaman PPM dan Salfian dua kali lima jugalah. Nasib baik kami semua ada kerja 9 hingga 5 tetapi fikirkan mana masa bekerja dan berjuang. Bagaimana kami atur masa dari kerja cari makan, mengkaji isu, buat posting blog, melukis poster, blast, twit dan jaga fanpages? Tuhan saja yang tahu… Yang pasti hari-hari lebih ramai yang memaki dari memuji.

Kemudianya PPM juga rapat dengan Audie61. Sesungguh mamat ini memang selalu buat hal tetapi kalau anda dekatinya anda akan kenal siapa Audie sebenarnya. Dengan sebuah kereta ipsum buruk belum terganti-ganti tentulah PPM tidak faham bagaimana Unspinner boleh kaitkan Audie dengan dana 3 juta yang dikatakan diperuntukan kepada UMB Sarawak pada PRN Sarawak lepas. Anda baca link bawah ini

The Unspinners sedang bersembang di rumah sebuah kawan apabila datang seorang yang berpangkatlah juga dari Sarawak yang berada di Kuala Lumpur. Dia dedahkan bahawa UMB BN Sarawak mendapat wang sebanyak RM3 juta dari UMB BN untuk persediaan PRN Sarawak tahun 2011

Untuk pengetahuan semua semasa PRN Sarawak 2011 bukan melibatkan blogger Sarawak semata-mata tetapi ia juga bantuan team dari UMB Pusat datang membantu kerana masa itu seluruh jentera PR dari semenanjung, berkampung di Sarawak. Dan setahu PPM peruntukan tidaklah keluar sampai 3 juta tetapi hanya 1.9 juta. Tetapi fikirkan logistik Sarawak bagaimana? Cuma yang PPM tidak faham kenapa Malanau Blogger dan tidak silap Rajahmas pun ada lari meninggal UMB Sarawak selepas PRN. Adakah mereka alami nasib sama seperti PPM itu kena tunggu apa Malanau Blogger katakan. Tapi Muka Petang masih bersama UMB sehingga sekarang.

Perlu difikirkan juga team UMB pusat hantar ramai team termasuk Reformasin ke Sarawak malah Razman dan Tun Faisal juga berkampung di Sarawak selama dua minggu.

Tetapi soal Audie, PPM tahu dia ada team sendiri di bawah SPDP dan jenteranya ramai juga kerana mereka menumpu perhatian kepada bangsa bukan dari golongan melayu bagi posting berbahasa ingeris, iban dan cina. Jadi anda bayangkan berapa ramaikah jenteranya jika untuk atur operasi bagi meliputi seluruh Sarawak?

Yang PPM tidak ada info adakah PRS dan SUPP mendapat sebahagian dari dana ini?

PPM ada bertemu Audie baru-baru ini dan ini yang kami bualkan satu Audie ada cakap “apa benda dibelanjakan dia ada keluarkan dalam lapuran bertulis”. Jadi anda fikirkan sendiri dimana kebenaran sebenar.Apa yang perlu Audie dan Salfian dua-dua blogger yang bekerja untuk BN tetapi entahlah dalam politik ni perjuangan kadang-kadang jadi mainan politik individu tertentu. PPM akan sambung cerita ini dengan lebih panas lagi bagi siri 2 kerana ini baru intro…

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/06/kemelut-dikalangan-cybertrooper-bn.html#ixzz2VdU3FdE0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: