Adakah Malaysia selamat apabila senjata api haram dan kes bunuh berlaku di sana sini?

Mengapa kes bunuh dengan menggunakan senjata api banyak  berlaku sejak awal 2013? Apa langkah yang diambil oleh KDN dan Polis Malaysia ?

Bagaimana senjata api boleh ada ditangan orang awam? Gengster? Mafia? Penjenayah? Mengapa KDN dan Polis tidak siasat dan bendung? Sila jawab.

Adakah senjata api ini diseludup? Mengapa dan bagaimana senjata api haram boleh masuk ke Malaysia? Apa Kastam dan Polis buat? Apakah ada Polis yang menyewakan pistol mereka? Atau Polis meminjamkan pistol mereka? Atau polis membekalkan pistol mereka kepada pembunuh upahan? Sila jawab.

Mengapa dan bagaimana pembunuh upahan semakin ramai di Malaysia ketika ini?

Adakah Malaysia negara paling selamat apabila pistol dan senapang berlegar semakin banyak dalam negara? Sila jawab.

Slide1

Kemungkinan Polis Terlibat Dalam Kes Tembak Sanjeevan..?

Hassan MusaKUALA LUMPUR: Semua tanda seolah-olah menunjukkan bahawa kes tembakan aktivis anti-jenayah R.Sri Sanjeevan mempunyai kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai salah laku polis, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Bekas ketua polis, menerusi akaun Twitter @TSMusaHassan berkata beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan suspek memandangkan Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman.
Beliau menambah: “(Akibat) pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti-aktiviti jenayah bersindiket dan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang.”

Sanjeevan, yang mengetuai pemantau jenayah MyWatch telah ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.30 petang Sabtu, beberapa portal berita melaporkan.

Sanjeevan berjaya memandu melarikan diri walaupun cedera teruk, meninggalkan penyerang di belakang, tetapi berhenti kira-kira 300 meter dari tempat kejadian di mana rakannya yang berada di dalam kereta, Ramesh Balakrishnan, 35, mengambil alih kenderaan untuk membawa mangsa ke Hospital Jempol.
Sanjeevan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk pembedahan. Beliau dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Dalam pendedahan terbaru pada akaun Twitter beliau, Sanjeevan berkata: ” Polis @PDRMsia memberitahu beberapa rakan sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api & memberitahu mereka supaya melepaskan beberapa tembakan di rumah saya untuk menakut-nakutkan saya / keluarga” dia menulis di Twitternya @SanjeevanSS

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: