Syiah bukan mazhab tapi satu doktrin yang seleweng dari Islam

umno dan syiah Kerajaan Malaysia tidak serius menyekat fahaman Syiah dari menular dalam masyarakat Islam di Malaysia yang telah menetapkan Malaysia  hanya menerima Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan beragama Islam.

Fahaman Syiah bukan satu mazhab dalam Islam. Ia berakar umbi dari masalah politik yang berlaku di zaman Khalifah Ali ibn Abu Talib. Ada pihak yang tidak setuju menerima Ali sebagai Khalifah dan ada yang setuju. Puak yang tidak setuju adalah puak Khawarij. Puak yang bersetuju dengan Syaidina Ali sebagai Khalifah menamakan diri mereka sebagai Syiah. Perbalahan dua kumpulan ini kemudiannya telah diresapi oleh talibarut Yahudi untuk terus melagakan masyarakat muslim di zaman Khalifah Ali.  Akhirnya puak Syiah menjadi ekstrim dan fanatik terhadap Syadina Ali. Bagi mengukuhkan kuasa politik puak Syiah ini, mereka telah merekacipta hadis palsu, dakwaan palsu mengenai al Quran versi Fatimah, dan seterusnya mengkafirkan sahabat Nabi seperti Syaidina Abu Bakar, Syaidina Omar, dan Syaidina Othman. Dengan fahaman ekstrim yang menguasai politik Syiah ini, maka fahaman ini bertukar menjadi satu doktrin yang merosakkan aqidah umat Islam. Mereka masih solat dengan mengikuti Rukun 13, tapi cara solat mereka berbeza.

Kini fahaman Syiah, yang menjadi peluru Kristian dan Yahudi, sudah menular dalam negara kita. Kerajaan Malaysia tidak serius menghalang dan menyekat fahaman ini seperti mana kerajaan serius menyekat fahaman Qadiani dan ajaran sesat yang lain. Menteri di JPM mengatakan penganut Syiah dilarang menyebarkan fahaman Syiah tetapi boleh beramal dengan fahaman Syiah?!!  Jelas tidak ada ketegasan kerajaan dalam menghalang dan  menyekat penularan doktrin Syiah dalam negara

pertubuhan syiah

Akibatnya kita dapati bilangan penganut Syiah semakin bertambah di negara ini. Malah mereka bergerak secara terang-terangan di seluruh negara khususnya di  Kedah. Apabila bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak menasihat penganut Syiah di Kedah supaya kembali ke jalan yang benar di dalam Mazhab Sunnah Wal Jamaah, kelompok Syiah di Kedah telah menyerang Menteri Bekas Kedah ini. Susulan itu, mereka telah berkempen dalam Pilihanraya Umum ke 13  baru-baru ini untuk menjatuhkan PAS di Kedah.

Dalam siasatan kerajaan baru-baru ini Julai 2013, di dapati bahawa kebanyakan penganut Syiah ini adalah dari kalangan orang UMNO dan terdapat sebilangan kecil ahli PAS.

Apa yang jelas, mereka yang menyertai kumpulan Syiah ini terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama bermula dengan sokongan mereka terhadap pimpinan Iran, termasuk Ayatullah Khomeni menjatuhkan Shah Iran iaitu boneka Amerika pada tahun 1988 dan seterusnya kejayaan Ayatullah menghalau Amerika dari bumi Iran. Kelompok ini kagum dengan pendirian tegas ulamak Iran dan pimpinan Iran yang seterusnya hingga hari ini dalam berdepan dengan kuasa-kuasa barat.

Kekaguman mereka kemudian mendorong mereka bertambah rapat dengan orang-orang Iran, bergaul, berniaga, dan berpolitik dengan orang Iran yang semuanya adalah Syiah,  Akhirnya, sebahagian mereka mula menganuti fahaman Syiah secara senyap-senyap dan mengamal ritual Syiah secara sederhana, tanpa mengkafirkan sahabat dan tidak menerima Quran versi Fatimah.

Kelompok kedua ialah mereka yang tidak ada asas agama Islam yang kukuh. Mereka terpengaruh dengan pelbagai kelonggaran hukum dan peraturan dalam ibadah dan munakahat. Orang Syiah mengamalkan jamak solat walaupun  mereka tidak bermusafir. Mereka menjamakkan kesemua 5 waktu solat atau mana-mana solat waktu yang mereka mahu. Kelonggaran ini disukai oleh orang Islam yang tidak kuat pegangan asas agama.  Apabila mereka sudah mula beramal ibadah cara Syiah ini, maka pastinya mereka ‘terpaksa’ ikut bacaan-bacaan yang direkacipta oleh ulamak Syiah.

Pantau dakyah Syiah

mutaah syiahSatu lagi kelonggaran dalam fahaman Syiah yang disukai oleh kelompok kedua ini yang terpedaya dengan doktrin Syiah ialah amalan kahwin mut’ah atau kahwin kontrak sedangkan Nabi s.a.w. sudah melarang amalan kahwin muta’ah sebelum beliau wafat.

Di dalam amalan Syiah, lelaki dan perempuan boleh berkahwin secara kontrak untuk tempoh tertentu, dan kemudian perkahwinan itu tamat dan batal selepas tempoh tamat.  Tempoh kahwin kontrak ini tiada had. Ia boleh berlaku sejam, dua jam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, dua tahun dan apa sahaja tempoh yang dipersetujui bersama.

Inilah amalan yang disukai oleh orang Sunni yang tidak ada asas agama atau tidak kuat pegangan asas agama mereka. Akhirnya mereka terjerumus dalam amalan kahwin muta’ah ini yang lebih banyak merugikan wanita dari sudut zuriat, kebajikan, keselamatan, harta, dan kesihatan wanita itu sendiri. Sesetengah pihak melihat amalan kahwin muta’ah ini seperti suatu bentuk “pelacuran halal yang dipersetujui bersama”.

ritual syiahBegitulah dua kelompok orang di Malaysia yang terpegun, kagum, dan mudah terpengaruh dengan fahaman dan amalan Syiah. Tidak mustahil satu hari nanti apabila mereka sudah menjiwai dan menghayati doktrin Syiah ini, mereka akan melakukan ritual menebus kesakitan dan kesengsaraan luka yang dihadapi oleh Syaidina Ali,  Hassan dan Hussin.

Orang Syiah melakukan ritual memukul diri hingga berdarah kononnya bagi menghayati kesakitan dan kesengsaraan Hussin bin Ali yang terkorban di Karbala dalam perang saudara sesama Muslim.

Ritual berdarah ini dilakukan pada tarih 10 Muharram setiap tahun oleh penganut Syiah di selurun dunia.

Di Iran, Pakistan, Iraq, Mesir, Syiria, ritual berdarah ini satu fenomena biasa yang dilakukan oleh orang lelaki Syiah!

syiah malaysia

Kemungkinan orang Syiah dalam kalangan  rakyat Malaysia akan melakukan ritual yang lebih ringan atau sederhana sahaja dengan memukul diri sendiri tanpa perlu berdarah. Kita belum lagi mendengar kisah rakyat Malaysia yang melakukan ritual berdarah pada Hari As Syura 10 Muharram di negara ini.

Orang-orang yang baru masuk Syiah diajar satu konsep pengakuan boleh menipu dan boleh tidak bercakap benar bagi melindungi diri mereka dari segala macam bahaya atau prejudis atau kebimbangan diskriminasi oleh orang bukan Syiah terhadap diri mereka. Konsep ini dikenali sebagai takiyyah.  Dalam ertikata lain,  orang Syiah boleh buat pengakuan bohong bahawa mereka bukan Syiah dan mereka tidak terima atau melakukan amalan Syiah untuk selamatkan diri mereka.

pas tidak perlu syiahDi dalam parti politik di Malaysia, hanya PAS sahaja yang menetapkan dalam Perlembagaan parti bahawa syarat menjadi ahli PAS ialah rakyat Malaysia berumur 18 tahun, dan mengikut mazhab Sunnah Wal Jamaah. Jika ada ahli PAS yang menganut Syiah, maka keahliannya akan tergugur dengan sendiri atau automatis hilang status keahlian mereka dari menjadi ahli PAS.  Jika mereka ingin menjadi ahli PAS semula, mereka boleh bertaubat dan kembali kepada Mazhab Sunnah Wal Jamaah dan memohon semula untuk menjadi ahli PAS.

Di dalam PAS terdapat sebilangan kecil ahli PAS yang hanya sokong pemimpin politik Iran dan sikap tegas pemimpin Iran terhadap kuasa Barat khususnya Amerika, tetapi mereka tidak anuti fahaman atau doktrin Syiah. Jika ada berlaku sebaliknya, mereka akan dipecat dari PAS. Sebelum ini PAS pernah memecat ahlinya yang menganut fahaman Syiah.

Apa yang menjadi masalah dan mengelirukan rakyat Malaysia  ialah kerajaan Kedah telah mengeluarkan saranan bagi menyekat penularan fahaman Syiah di Kedah, tetapi Mufti Perak membuat kenyataan bukan semua Syiah itu sesat. Jadi yang mana satu yang orang Islam di Malaysia nak ikut?  Sekali lagi ia menunjukkan tidak ada ketegasan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional dalam hal ini. Nampaknya PAS lebih tegas dalam bab fahaman Syiah sehingga meletakkan syarat keahlian PAS mestilah dari mazhab Sunnah Wal Jamaah.

fatwa antisyiahkedah-um19jul2013

mufti perak

Mengapa BN UMNO berbolak balik hati mereka untuk menyekat fahaman Syiah di Malaysia? Apakah BN-UMNO lebih baik dari Syiah?  Apa beza Syiah dan UMNO?

Syiah hina sahabat nabi. Pemimpin UMNO hina janggut Nabi.

Syiah ada Rukun Iman yang lain daripada Rukun Iman yang enam dalam Mazhab Sunnah Wal Jamaag. UMNO tolak satu daripada Rukun Iman, iaitu UMNO menolak Percaya kpd Kitab-Kitab apabila UMNO tolak hudud, iaitu salah satu daripada isi kitab.

Syiah tidak tolak atau hina hudud. UMNO tolak dan hina hudud.

Syiah anjur pesta siksa rtubuh badan sendiri pada 10 Muharram bagi merasai kesakitan yang ditanggung oleh Syaidina Al dan Syaidina Hussini; UMNO anjur dan promosi K-Pop dan menari separuh bogel lucah di Hari Belia.

Adakah Syiah lebih teruk daripada UMNO atau UMNO lebih teruk daripada Syiah?

syiah umno

Bacalah coretan Dr Azman Ibrahim yang pernah belajar di Iraq, dan bergaul dengan orang Sunni dan Syiah di Iraq lebih dari 6 tahun. Tetapi beliau tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah, amalan Syiah, dan doktrin Syiah yang merosakkan aqidah dan ibadah umat Islam.
syiah

4 thoughts on “Syiah bukan mazhab tapi satu doktrin yang seleweng dari Islam

  1. Ust. Mohd Noor. Ngah Ibrahim July 31, 2013 at 7:38 am Reply

    Dr Azman Ibrahim berkawan selama 6 tahun, bukan mengkaji Syiah. Melihat bercampur dang mengkaji satu perbedaan dalam akademik. Saya mengkaji Syiah 30 tahun. Syiah juga adalah Islam seperti sunni.

    • haizan August 13, 2013 at 9:29 am Reply

      salam ustaz mohd noor ngah…anda sokong malaikat jibril salah hantar wahyu?mengkaji selama 30 tahun??islam takkan menghalalkan yg haram..

  2. Hj Abdullah Sanusi August 1, 2013 at 3:11 am Reply

    Apa itu Syiah ?
    Penuh news feed kita pasal syiah kan ?
    Dan kita masih berdiam diri .
    Masih tak mahu ambil tahu .
    Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
    Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
    Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
    Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa .

    MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni .
    Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit .
    Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah .
    Let’s check it out . Eh!

    ————————————————————————-

    Apa itu Syiah ?
    Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
    Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
    Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

    Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
    Dia adalah seorang Yahudi .
    Dia berasal dari Yaman .
    Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
    Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
    Saidina Uthman tak layan dia .
    Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
    “Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar..”
    Dan masyarakat percaya benda ni .
    Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

    Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
    Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
    Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu’q (perkara-perkara kecil ) ,
    Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

    SEBAB ?
    Antaranya ialah ,
    SYIAH MENDAKWA ,

    -Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

    –Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , “Dua patung berhala Quraisy..” .

    –Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

    –Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

    –Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

    –Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

    –Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

    –Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

    –Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

    —————————————————————————

    Astaghfirullahala’zim .
    Nauzubillahiminzalik .
    Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
    Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
    Mereka mensyirikkan Allah .
    Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
    Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
    Allah..Allah..Allah..
    Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
    Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
    Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
    Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
    Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
    Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
    Syiah itu sesat .
    Jangan kita memberi muka kepada mereka .
    Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
    WAJIB kita betulkan .

    Tahu air mineral ECPI ?
    Alaa , yang mahal tu .
    Jangan terkejut!
    Air itu air syiah .
    Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
    MOHON BOIKOT .

    Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
    Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
    Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
    Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
    –Hipokrit everywhere—Lalalalala~

    ———————————————————————

    Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
    Tempat mereka bernama hauzah .
    Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

    Macam mana nak kenal syiah ?
    Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka
    . Pftttt ==”
    Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

    Alhamdulillah .
    Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
    Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
    Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
    Moga Allah redha :’)

    P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin

    • Shaharul Fikri Bin Yusof September 2, 2013 at 2:28 pm Reply

      Ada pihak yang tidak setuju Ali jadi khalifah dinamakan khawarij adalah tidak benar sama sekali.sila betulkan fakta…Golongan khawarij adalah pengikut Ali.(tentera Ali yang tidak berpuas hati dengan majlis tahkim )Jumlahnya seramai 12,000 orang.Selain Ali Khawarij juga memusuhi Muawiah dan Amru Al Ash.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 394 other followers

%d bloggers like this: