Isu Syiah – permainan UMNO dan BN?

oleh Anak Sg Derhaka

mahathir syiahDalam masa tidak sampai tiga bulan kenyataan Tun Mahathir mengenai Syiah jelas sekali berbeza, sebelum ini katanya menyatakan bahawa permusuhan di antara Sunni dan Syiah ialah mainan politik musuh Islam tetapi baru-baru ini pula katanya pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam .. Kenapa agaknya?

Ini apa yang Tun Mahathir ucapkan pada 22 Mei 2013 dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya..

Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.
Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

“Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

“Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam,” katanya ~ Utusan

Dan pada 24 Julai pula.. ini laporan mengenainya..

Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.

“Kita tidak menyoal agama mereka tetapi yang kita tahu apabila ada fahaman Sunni dan Syiah, maka selalu berlaku permusuhan sehingga berperang dan membunuh, ini boleh dilihat berlaku di beberapa buah negara seperti Pakistan serta Iran.

“Sebaliknya, di sini kita bernasib baik kerana kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang Sunni dan pengikut Imam Shafie,” katanya kepada pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu Alor Setar.~ Utusan

Sebab kenyataannya berbeza ialah cuma untuk mengalihkan perhatian rakyat dari masaalah sebenar kata  Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub…

“Tindakan menggembar-gemburkan isu Syiah semakin kelihatan seperti tindakan terancang untuk mengalihkan perhatian orang-orang Melayu dari isu-isu yang lebih menekan mereka seperti kenaikan kadar jenayah yang semakin menakutkan dan kenaikan harga barangan.

“Tetapi tindakan itu pasti tidak akan berjaya kerana rakyat sudah semakin tahu dengan taktik mengalihkan perhatian itu,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga melihat apa yang dilakukan itu sebagai lanjutan untuk “mengepung penyokong dan sokongan”.

“Boleh dikatakan orang-orang Melayu adalah satu-satu pasaran yang masih terbuka untuk kepentingan politik Umno.

“Umno tahu ia tidak akan dapat menipu semua orang. Tetapi apa yang terus dilakukan oleh parti itu adalah semata-mata untuk mengepung penyokong dan sokongan sedia ada dari terlepas kepada pihak lain.

“Penyokong dan sokongan yang sedia ada perlu dilalaikan dengan perkara-perkara yang sensasi supaya mereka tidak sensitif langsung dengan isu-isu lain yang lebih menekan kehidupan rakyat,” katanya.

Malah, katanya lagi, sering kali berlaku apa yang disensasikan untuk mengepung penyokong dan sokongan itu bukannya berasaskan kebenaran tetapi sengaja untuk menimbulkan keraguan.

“Sudah terlalu kerap kita melihat isu-isu yang disensasikan itu hanyalah semta-mata bertujuan untuk menimbulkan keraguan dan akhirnya terbuktikan tidak benar sama sekali,” kata beliau ~Harakahdaily

Malaysia merupakan salah satu pihak yang telah menandatangani Deklarasi Islamabad 2007 yang menjelaskan sebarang tindakan mengganggu penganut taifah Syiah adalah satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Deklarasi yang ditandatangani oleh Menteri Luar ketika itu, Datuk Syed Hamid Albar menegaskan taifah Syiah ialah taifah yang sah di dalam Islam.

Itu adalah kata-kata Setiausaha Pergerakan As-Sajjad di ( SINI )

Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/isu-syiah-taktik-umno-untuk-alih.html

3 thoughts on “Isu Syiah – permainan UMNO dan BN?

  1. Dr. Ajmal Razak August 1, 2013 at 7:56 am Reply

    KUALA LUMPUR 30 Julai – Seorang bekas pengikut Syiah mengakui fahaman tersebut menyeleweng dari sudut akidah, khususnya amalan nikah muta’ah dan konsep imam 12.

    Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus berkata, selama lima tahun menjadi pengikut Syiah, beliau juga mendapati para pengikut fahaman itu terlalu mengabaikan ibadah.

    Atas sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    “Saya menjadi pengikut Syiah ketika berusia lingkungan 20-an dan pada masa itu masih belajar di Amerika Syarikat (AS). Saya tertarik dengan Revolusi Iran pada tahun 1979 yang dianggap berjaya mengangkat martabat maruah Islam.

    “Namun dalam tempoh saya di dalam Syiah, didapati ada perkara-perkara yang saya tidak boleh terima dan tidak logik, antaranya nikah muta’ah dan konsep imamah. Paling menyedihkan mereka terlalu mengabaikan ibadah khusus kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

    Mohamed Ajmal berkata, rata-rata pengikut tidak tahu tentang solat, puasa dan ekoran itu mengambil keputusan keluar daripada terus mengikuti fahaman itu.

    “Apabila ditanya tentang ibadah khusus kepada Allah SWT, mereka tidak tahu tetapi apabila ditanya perbezaan fikrah sunni dan Syiah, mereka tahu dengan mendalam.

    “Solat mereka pun berbeza dengan kita. Memang solat mereka lima kali tetapi boleh ditunaikan dalam tiga waktu. subuh satu waktu, zuhur dan asar dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak juga boleh dijamakkan,” katanya lagi.

    Mengenai nikah muta’ah, beliau berkata, amalan tersebut tidak masuk akal kerana pasangan boleh berkahwin dalam tempoh lima atau 10 atau 15 minit tanpa perlu saksi.

    Lebih malang lagi ujarnya, amalan itu terus berlaku sehingga sekarang.

    “Bagi saya nikah cara ini merupakan lesen kepada seorang lelaki untuk tidur dengan sesiapa sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

    “Saya juga percaya imam- imam besar Syiah ini tidak akan benarkan anak perempuan mereka dinikah secara muta’ah dengan mana- mana lelaki,” katanya.

    Mengenai konsep imam 12, beliau berkata, akal juga sukar untuk menerima konsep imam ghaib yang kini terus menjadi pegangan kepada pengikut Syiah.

    “Konsep imam 12 ini juga berlaku penyelewengan besar, sebab itu saya tidak boleh terima pegangan mereka yang mengangkat manusia lain lebih tinggi berbanding para sahabat Rasulullah,” katanya lagi.

    Dalam temu bual tersebut, Mohamed Ajmal turut mendedahkan tentang kesanggupan Syiah mengeluarkan dana besar untuk menaja mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi pengikut fahaman itu.

    “Saya pernah melalui pengalaman itu yang mana saya dan rakan-rakan ketika menyertai satu persidangan (Syiah), mereka telah memberikan buku-buku secara percuma.

    “Bayangkan ketika menuntut di universiti, kami mana ada duit untuk bayar yuran persidangan, menempah hotel, makan dan minum yang semuanya dibiayai oleh mereka,” ujarnya.

    Sementara itu beliau berkata, penularan ajaran Syiah dikhuatiri akan mendatangkan ancaman militan kepada tanah air sekiranya dakyah itu tidak dibendung bermula daripada sekarang.

    “Situasi berkenaan boleh berlaku jika wujud pertembungan antara fahaman, lebih-lebih lagi umat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekali gus membawa kesan buruk kepada keamanan negara.

    “Syiah mengamalkan ekstremis dan antara salah satu bukti boleh dilihat daripada perbuatan mereka ketika menyambut hari Asyura iaitu mencederakan diri sendiri, selain bersikap ganas,” katanya lagi.

  2. JAKA August 22, 2013 at 3:55 am Reply

    Assalamualaikum wbh.

    Terima kasih Dr Ajmal Razak. Saya sokong Dr. sepenuhnya demi membuka mata umat Islam rabun Melayu yang terpesona dgn syiah.

    Kepada umat Melayu yg terpesona dgn syiah,

    Ramai umat Islam sgt terpesona lantas menyokong Iran dan Syiah. Saya juga pernah begitu dulu sehinggalah saya mengkaji ajaran syiah. Jgn terpesona dgn imej Islam dan lawan Amerika Iran dan Syiah. Imej boleh dicipta tp isi sebenar kena kaji. Berhati2 lah sebelum bersangka baik dgn syiah.

    Utk mengetahui ajaran itu betul atau salah kena kaji akidah mereka. Kalau setakat jadi baik, semua agama ajar jadi baik. Kalau kita melawat Israel dan Amerika pun mereka sambut kita dgn baik. Mereka takkan sewenang2 bunuh kita.

    Nak tahu sesat atau tidak kena banding dgn ajaran Islam yg murni. Kalau kita terima semua baik walaupun bertentangan dgn akidah Islam, maka kita telah mengiyakan kebathilan dan ini menjejas akidah. Amat mustahil Allah mencipta pakej akidah yang pelbagai malah bertentangan sebagai pilihan kepada umat Islam. Soal akidah adalah tetap tunggal, yg boleh berbeza adalah soal furuq atau cabang.

    syiah sgt bahaya dpd ajaran sesat lain. akidah syiah bukan peduli sgt utk ibadat kepada Allah, tetapi adalah akidah kebencian terhadap Islam dan tokoh2 Islam. MEMBUNUH ORG SUNNI ADALAH JIHAD BG SYIAH. HARTA BENDA SUNNI ADALAH HAK SYIAH. MEROGOL MENYEMBELIH DAN DARAH SUNNI ADALAH JALAN MEMPERCEPATKAN TURUNNYA AL MEHDI(DAJJAL) SYIAH. seperti kata Dr MAZA syiah adalah agama berasaskan dendam dan darah terhadap sejarah yang diselewengkan. Dan mereka sgt berstrategi dlm berjuang.

    Kerana ini syiah Melayu pasti akan menafikan ‘dendam dan darah’ ini kerana mereka masih baru dalam syiah dan belum berkuasa. Jika sudah mantap syiah mereka dan berkuasa maka akan berlakulah apa yg berlaku dibumi2 Arab yg dihuru-harakan oleh syiah. Tunggulah saatnya wahai umat Melayu.

    syiah bernegara dan disokong oleh zionist dan Amerika. ajaran sesat lain tk bernegara. syiah sudah ramai dan sekarang adalah gelombang mereka bangkit sebb Dajjal hampir keluar, ada pendapat kata tahun 2020(wawasan?).. wallahualam.

    syiah byk mengelirukan sebab ia tektik dajjal yg halus. nampak mcm islam tp mcm kafir. negara sekular telah jelas termaktub tetapi syiah boleh menyesatkan.

    Hapuskan syiah, kembali kepada Islam yg murni. Tanyakan kpd syiah kalau benar mereka anggap sunni dan syiah sama saja iaitu perbezaan mazhab, kenapa melayu dr sunni masuk syiah? sudah tentu ada yg mereka anggap salah dan bathil dlm ajaran sunni.

    Maka salahkah kita juga membathilkan syiah yg memang jelas lebih bahaya dpd zionist.

    ZIONIST JELAS KEKAFIRAN MEREKA TETAPI SYIAH BERSEMBUNYI DISEBALIK TOPENG ISLAM… siapa lebih bahaya??

    anda ingt iblis syaitan tu bodoh ke? kalau bodoh dia tk lawan Allah sehingga kiamat. Maka akan keluarlah Dajjal dari Isfahan Iran, bukan Washington DC atau Tel Aviv. walaupun mereka sebenarnya bersaudara.

    Persoalan mudah saya kepada syiah Melayu,

    1. Kenapa syiah sgt memuja sehingga mempertuhankan Ali rdh dan Hussein lebih daripada mengagungkan Rasulullah saw sendiri?

    2. Kenapa syiah amat mencerca malah mengkafirkan sahabat2 Nabi saw tetapi tidak pernah dengar syiah mencerca siang malam terhadap Abu Jahal, Firaun atau iblis sendiri?(walaupun kita tidak disuruh begitu)

    3. Apa kurangnya Islam yg murni sehingga kamu memilih syiah? Kalau kononnya Iran berani lawan Amerika dan Israel, kita nk tanya siapa yg berjihad lawan Russia dan Amerika di Afghanistan, Iraq, Chechnya dll? Tidak pernah kita dgr pejuang Hezbossyaitan dan syiah bersama2 mujahideen sunni melawan kuasa2 besar. Yg ada hanyalah lakunan cubit2 peha melawan Israel di Selatan Lebonan.

    4. Kenapa Ayatussyaitan Khomeini di pelihara oleh Perancis dengan baik kalau benar dia pejuang Islam sudah tentu dia dicari hingga ke lubang cacing mcm Osama Laden dan Saddam Hussin. Tak mungkin Perancis(sekutu Amerika dll) sebuah kuasa besar kafir membela pemimpin Islam akhir zaman.

    Pesanan akhir:

    Kalau nak beli kereta pun dok kaji terperinci, mengapa dalam soal beragama utk dunia akhirat tidak dikaji dan masuk syiah atas sentimen?

    Orang yang paling malang ialah org yang bersusah payah beribadat dgn kepercayaan mereka betul tetapi sebenarnya sudah kafir dan zindiq tanpa mereka sedari.

    Sekian wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: