Arak dan judi – sumber jenayah dan sumber cukai yang paling tinggi dalam negara

Di dalam Islam, ibu kepada segala maksiat ialah arak. Arak punca kepada mabuk iaitu hilang akal dan rosak akal. Apabila hilang akal, maka manusia tidak dapat kawal diri dan tidak stabil.

Natijahnya ia membawa kepada kerosakan pada diri dan orang lain. Kita sering dengar orang mabuk akan:

  1. membawa kereta dan terlibat dalam kemalangan lalu cedera dan terbunuh
  2. memandu dalam mabuk dan melanggar orang lain, sehingga ada orang cedera dan terbunuh
  3. merogol wanita termasuk anak sendiri dan saudara perempuan sendiri
  4. memukul atau mencederakan orang lain

Kesemua natijah arak ini membawa kepada kerugian harta benda, keselamatan,  dan nyawa manusia. Ada isteri menjadi janda, anak ada menjadi yatim, dan ada suami menjadi duda kerana kehilangan orang yang tersayang akibat arak.

Judi juga membawa kepada kerosakan akal yang didorong oleh emosi hayalan dan fikiran hayalan. Orang berjudi sentiasa berhayal untuk menang dan akhirnya menganggap duit adalah segala-galanya, lalu orang berjudi akan ketagih dan menjadikan duit sebagai berhala moden. Kehidupan mereka menjadi superficial dan penuh fantasi kerana mengharapkan fatamorgano syurga dunia.

judi_melayuekor1Natijah judi juga membawa kerosakan yang hampir sama dengan arak. Kita sering mendengar orang yang berjudi akan:

  1. menghabiskan duitnya untuk berjudi
  2. memukul isteri dan anak untuk dapatkan duit untuk berjudi
  3. menjual harta benda untuk berjudi
  4. menjual isteri dan anak untuk berjudi
  5. membuat pinjaman dari kawan-kawan untuk berjudi
  6. mencuri untuk berjudi
  7. membunuh untuk berjudi
  8. bunuh diri atau menghilangkan diri bila kalah judi.

Oleh kerana arak dan judi membawa kerosakan yang lebih besar melibatkan nyawa, kesejahteraan diri manusia dan masyarakat serta hartabenda, maka Islam mengharamkan arak dan judi pada orang Islam. Di dalam negara yang berbilang agama dan bangsa, arak dan judi adalah untuk orang bukan Islam. Bagaimanapun Islam mengharamkan orang Islam bukan sahaja tidak boleh minum dan main judi, malah:

  • tidak boleh promosi arak dan judi
  • tidak boleh bekerja dengan syarikat arak dan judi
  • tidak boleh melabur wang dalam syarikat arak dan judi
  • tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti yang melibatkan arak dan judi

Apabila seseorang Muslim menggunakan pendapatan dari sumber haram iaitu arak dan judi, ia boleh  memberi kesan kepada amal ibadah diri sendiri, zuriat darah daging sendiri, dan keberkatan dalam usia, harta, dan keluarga serta petunjuk dari Tuhan. Apabila diri penuh dengan dosa, dada akan menjadi sempit dan gelap dan sukar untuk ditembusi hidayah melainkan mereka bertaubat.

Manakala di hari akhirat pula, daging yang tumbuh dan hidup dari sumber arak dan judi akan menjadi bahan api neraka. Na’uzubillah hi min zalik. Semoga kita terjauh daripada perkara berkenaan.

Malang di Malaysia, sebuah negara yang dianggap “Negara Islam” membenarkan perniagaan arak dan judi secara berleluasa kerana ia menjadi sumber cukai untuk negara paling tinggi. Di setiap premis dalam senarai dalam jadual ini, terdapat arak dan judi.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan diDewan Rakyat 18-11-09

Apa yang lebih malang lagi ialah apabila orang Muslim menjadi pelopor dan penyokong kepada perniagaaan arak dan judi di negara ini. Mereka dilantik oleh tuanpunya syarikat yang terdiri dari orang bukan Islam bagi tujuan memudahkan mendapat lesen arak dan judi. Dengan ada orang-orang tertentu dari kalangan orang besar Melayu dan Muslim, maka lebih mudah perniagaan arak dan judi ini dijalankan dan memberi pulangannya yang besar kepada tuan punya syarikat. Sebagai pulangan, orang-orang Melayu yang berada dalam lembaga syarikat akan mendapat bayaran yang lumayan selain daripada komisyen keuntungan untuk parti politik mereka.

Carslberg adalah syarikat arak yang tertua dalam negara. Kerajaan telah memberikan tanah di Selangor dalam bentuk sewa pajak kepada Carlsberg untuk operasi kilang dan perniagaan arak. Di dalam Lembaga Syarikat Carslberg terdapat orang Melayu Islam.

Perniagaan judi di Malaysia mempunyai akar sejarahnya dalam UMNO, parti terbesar orang Melayu.  Surat ini jelas menunjukkan betapa ada parti politk sejak 1953 lagi mempromosikan perniagaan judi dalam negara.

judi_suratumno-e1270248425893 (1)

Jadi tidak hairanlah perniagaan judi mendapat sokongan dan promosi akhbar yang dimiliki oleh UMNO dan MCA dalam negara. Di dalam semua akhbar arus perdana, maklumat mengenai nombor ekor dan keputusan nombor, ekor menjadi buruan kaki judi.

judi_keputusanakhbar

judi_KWSPTurut sama malang ialah apabila duit KWSP milik rakyat, termasuk rakyat Muslim, digunakan untuk dilabur  dalam syarikat yang menjalankan perniagaan arak and judi. Keuntungan pelaburan ini kemudian dipulangkan kepada penyimpan KWSP iaitu kakitangan kerajaan yang beragama Islam.

Menurut Zakri Ali, “Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini.

Walaupun surat ini  sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu:

  1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
  2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
  3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
  4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja. Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?”

Seterusnya Zakri Ali menulis hubungan UMNO dengan syarikat arak dan judi di Malaysia. Semua tulisan ini dipetik dari  http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/04/mari-baca-bukti-umno-dan-judi-tidak.html 

UMNO dan Genting 

gentingGenting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968. Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad. Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini. Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. judi_HanifOmarjudi_AlwiJantanResortsWorldAntaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

——————————————————————————– 

UMNO dan Sports TOTO 

totoSports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

Judi Tengku AdnanBerdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees. Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. 
judi_JafarAbdulNonjudi_SalehGomuMereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto. Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

——————————————————————————– 

UMNO dan MAGNUM 4D 

mzl.vbyfatpj.320x480-75Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D. Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham. Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

—-akhir petikan——————

Kesimpulannya, kita harus berbalik kepada apa yang dikemukan oleh para sosiologis Islam dalam mengurus dan mentadbir masyarakat dan manusia.  Semua keputusan untuk memberi lesen arak dan judi harus disandarkan kepada lima keutamaan untuk dipulihara di bawah ini. Keutamaan memulihara 5 perkara ini ini harus diikut berdasarkan urutannya.

  1. Agama – menolak ajaran agama membawa padah
  2. Akal – arak, judi, dadah, rokok, fantasi
  3. Keturunan – pergaulan bebas, khalwat, seks,  pelacuran,
  4. Nyawa – pembunuhan, pergaduhan
  5. Harta – rompak, vandalisma, VCD, DVD

Semua agama mempunyai ISO dan SOP iaitu panduan/peraturan (piawai) dan langkah-langkah/kaedah dalam urusan beragama yang mempromosi nilai murni dan sejahtera. Oleh itu, agama harus dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tetapi bagi negara dan pemimpin yang meganuti fahaman sekularisma yang memisahkan agama dari urusan pemerintahan dan pentadbiran tidak akan setuju dengan perkara agama. Dalam urusan arak dan judi,  semua agama memberikan beberapa prinsip umum bagi menyelesaikan kesan arak dan judi.  Mengapa tidak ikut?

Perkara kedua yang mesti dipulihara ialah akal. Apabila akal rosak, maka ia membawa ketidakseimbangan pada diri manusia. Manusia tidak dapat lagi membezakan yang baik dan buruk. Arak, judi, dadah, dan apa juga benda yang boleh merosakkkan dan melemahkan akal boleh mendorong manusia untuk melakukan jenayah dan segala bentuk kejahatan. Apapun, akal tidak rosak kalau perkara pertama iaitu agama itu dipulihara dan ditaati.

Perkara ketiga yang mesti dipulihara mengikut urutan ialah keturunan. Apabila agama tidak dipulihara, maka akal akan rosak. Apabila akal rosak, maka keturunan manusia boleh rosak akibat perbuatan orang hilang akal. Pergaulan bebas, pakaian yang seksi, bahan lucah, dan arak adalah antara penyumbang kepada kes rogol, zina, mengandung luar nikah dan kes buang anak.  Di sinilah rosaknya keturunan manusia dan ia akan menjadi melata di atas bumi seperti yang dikemukakan oleh teori domino effect. 

Perkara keempat yang mesti dipulihara ialah nyawa. Manusia boleh membunuh orang lain apabila mereka tidak mengikut ajaran agama, apabila fikiran mereka tidak siuman akibat amalan gaya hidup tidak mengikut garis panduan agama. Akhirnya mereka bukan sahaja boleh sampai kepada tahap membunuh. Seorang yang mabuk akibat arak boleh membunuh. Seorang kaki judi juga berpotensi membunuh orang. Anak yang dilahirkan luar nikah juga berpotensi akan dibunuh kerana akal manusia sudah tidak terkawal. Apapun nyawa ini berada di tempat ke empat dan pembunuhan boleh dicegah jika 3 perkara di atas dipulihara dengan rapi.

Dan akhir sekali ialah harta benda yang mesti dipulihara. Mengapa harta berada di tempat paling akhir dalam susunan ini? Harta adalah suatu yang boleh diganti dan dicari kalau ia rosak, tetapi agama, akal, keturunan, dan nyawa tidak boleh dibeli dan tidak boleh dicari ganti. Mungkin kapitalis dan sekularis lebih suka meletakkan perkara harta benda di tempat paling atas kerana harta dan wang adalah berhala sembahan mereka atau sembahan hati dan emosi mereka.

Arak dan judi adalah dua sumber jenayah tetapi kapitalis dan sekularis tidak menghiraukan kesan arak dan judi dalam masyarakat kerana yang lebih penting ialah keuntungan perniagaan dari arak dan judi adalah lumayan! dan bagi negara seperti Malaysia, cukai arak dan judi kononnya boleh digunakan untuk membangunkan negara walaupun tidak diberkati Tuhan.

One thought on “Arak dan judi – sumber jenayah dan sumber cukai yang paling tinggi dalam negara

  1. Suhana August 4, 2013 at 8:33 am Reply

    http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/bukti-yayasan-noah-terlibat-dengan.html

    Bukti Yayasan Noah terlibat dengan Genting.

    Ada orang marah. Kata dia hujah mengatakan umno terlibat dengan kegiatan perjudian sebagai “cakap tak pakai otak”. Di zaman teknologi canggih manggih neh, info di hujung jari jek. Dengan jari kaki pun berlambak2 info yang korang boleh dapat asalkan pandai cari dan faham matlamat pencarian korang.

    Sekarang neh aku bagi bukti betapa tak pakai otaknya hujah aku neh.

    Lihat bawah neh ;

    Ini structure organisasi genting pada tahun 2000. Selepas itu organisasi mereka berubah. Pada tahun 2001, rekod yayasan noah sebagai pelabur dalam syarikat neh tiada. Sebaliknya nama2 syarikat baru pula muncul dalam listing. Apa sebab dan punca tidak pula diketahui.

    Tetapi tahun2 seperti 1999 – 2001 ialah antara tahun2 umno mendapat kecaman hebat dari rakyat berhubung isu dsai dipecat dari tpm. Boleh jadi ia antara isu yang berjaya meraih perhatian rakyat bilamana mereka dapat tahu bahawa umno ada terlibat dengan syarikat perjudian genting.

    Sila baca sini dan sini. Nama Tan sri noah kurang menonjol dalam syarikat neh walaupun dia adalah pengasas bersama [baca link pertama]. Pandangan aku, ini mungkin disengajakan sebab noah ;

    – orang islam + melayu
    – terlibat dengan umno
    – terlibat dengan parlimen malaysia.

    Matlamat syarikat neh pada asalnya ialah berkaitan percutian dan hiburan. Dan ia akhirnya berkembang menjadi hiburan berasaskan perjudian.

    Adalah kurang elok nama Noah disebut2 sebab dia dah meninggal. Tetapi menulis semula kisah neh adalah sebagai pengajaran kepada kita semua. Bukan nak mengungkit ataupun mengutuk2 arwah. Harap maklum.

    1. Memang Tan sri noah = pemilik yayasan noah = pengasas bersama genting, yang mana matlamat asal dia ialah hiburan santai.

    2. Di samping itu, noah juga terlibat dengan umno dan pernah menjawat jawatan speaker dewan. Dia adalah orang kaya. Disebabkan itulah dia boleh buka syarikat bersama dengan lim goh tong.

    3. Tidak tahu samada tanah di pahang [genting] itu, diberikan kepada syarikat dia dengan telus ataupun disebabkan dia berlabel umno pada ketika itu.

    4. Kalau dibaca dari profil awal, kita dapati genting sepatutnya involved dengan resort dan pusat percutian. Selepas itu perniagaan genting nampaknya mula berubah haluan dan kerajaan tidak berbuat apa2 untuk mencegah industri perjudian. Hasilnya zaman sekarang ramai orang cina bunuh diri dan dibunuh akibat judi.

    5. Memang Tan sri noah ialah datuk kepada hishammuddin dan najib. Mereka jadi cucu kepada noah sebab isteri razak dan isteri tun hussein on, kedua2nya kahwin dengan anak noah. Rahah dan suhaila adalah adik beradik kandung hasil perkahwinan pertama noah.

    6. Yayasan noah kemudiannya diwariskan kepada pewaris noah. Yayasan noah masih wujud. Cuma tiada profil lanjut mengenai yayasan neh. Ia tidak dihebahkan. Atas sebab apa aku kurang pasti. Tapi dua perkara yang aku tahu mengenai yayasan neh ialah ;

    – Noah telah membina masjid pertama di genting supaya memudahkan urusan solat umat islam.

    – Yayasan noah terlibat dalam aktiviti menderma / membantu pihak yang memerlukan.

    “Kilang” judi mereka bukan sahaja beroperasi di malaysia. Di luar negara pun mereka ada [buka link kedua]. Kalau diperhatikan, yayasan noah hilang dari senarai pemilikan saham genting pada tahun 2000. Boleh jadi dia bertukar duduk bawah resort world [antara anak syarikat genting yang uruskan projek resort, hotel].

    Sebaliknya beberapa nama baru muncul seperti syarikat cartaban nominees sdn bhd, malaysia nominees sdn bhd, maybank bhd. Bila korang search cartaban blablabla di internet maka korang akan dapati ia ada kaitan dengan axiata. Axiata neh sapa yang punya sapa? Klik sini dan sini. Lihat sendiri pemilik dan saham apa yang mereka pegang di malaysia neh. BOD Axiata bukan calang2 orang beb. Klik pada gambar depa untuk baca profile mereka dan penglibatan mereka dengan kerajaan.

    Bila aku perhatikan structure syarikat nfc yang berbelit2, maka aku dapati memang tak hairan lah kalau ada orang lain [syarikat lain ] boleh membelit2 semata2 untuk menyorokkan diri mereka ada kaitan dengan syarikat judi. Bukan semua perniagaan genting berasaskan judi. Ada juga perniagaan mereka yang bagos seperti terlibat dalam industri perhotelan, pelancongan dan taman tema.

    Jika najib and family, umno dan kerajaan mahu terlibat dengan genting, mereka mesti belajar untuk mengasingkan perniagaan2 yang halal dan perniagaan yang haram. Kalau pun pr amek alih putrajaya, bukan mudah kerajaan nak lepaskan pegangan saham mereka dalam syarikat2 seperti neh kerana ia adalah tindakan bodoh. Sapa pula nak lepaskan saham yang boleh bagi keuntungan berjuta2 ringgit setahun?

    Tetapi lebih bodoh kalau kita mengalakkan judi [melalui pemilikkan saham] dan kemudian-nya dalam masa yang sama buat kempen jauhi judi. Heh.

    Nota : Annual report genting tahun 1999 dan 2000.

    Nota : Nama syarikat2 yang terlibat dengan genting bhd tidak semestinya sama pada tahun 2011. Nama anak2 syarikat genting tidak semestinya sama pada tahun 2011. Genting bhd dan world resort sdn bhd telah mengalami beberapa perubahan organisasi dari tahun 2000 – 2011. Sekian.

    Ameno : Sekarang aku cakap tak pakai otak ka?

    Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/bukti-yayasan-noah-terlibat-dengan.html#ixzz2azHWBJo9

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: