Benarkah kerajaan BN-UMNO gagal, tetapi penjenayah dipersalahkan?

zahid 260000Satu dakwaan oleh Menteri KDN bahawa 260,000 penjenayah dibebaskan menjadi punca kepada kes bunuh dengan menggunakan senjata api dan bom sejak 6 bulan kebelakangan ini. Semuanya disalahkan kepada penjenayah sedang kerajaan gagal mendakwa mereka dan menyelesaikan kes mereka di mahkamah selepas mereka di tahan begitu lama.

Jika kerajaan “sudah tahu” implikasi pembebasan penjenayah ini boleh menjejaskan keselematan negara, mengapa kerajaan tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mana kerajaan pernah ambil tindakan ke atas tahanan ISA yang dibebaskan.

Antara syarat pembebasan yang pernah kerajaan lakukan ialah:

  1. bekas tahanan dikehendaki melaporkan diri setiap minggu di balai polis berdekatan tempat tinggal
  2. passport bekas tahanan dipegang untuk tempoh te
    rtentu
  3. bekas tahanan tidak boleh terlibat dalam apa jua kes jenayah
  4. dan seumpamanya

Jika bekas tahanan gagal memenuhi syarat dan melanggar undang-undang, maka mereka boleh direman semula. Mengapa ini tidak dilakukan?

Langkah seterusnya yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah mengemaskini SOP (Standard Operating Procedure) di sempadan dan pintu masuk negara untuk mencegah penyeludupan senjata api. Antara tektik penyeludupan senjata api:

  1. Senjata api dibungkus dan diselitkan di dalam tong ikan berair batu dan tong sayur yang dibawa keluar masuk di sempadan
  2. Senjata api diseludup dalam kotak-kotak barang dan kontena di pelabuhan dan kargo kapalterbang
  3. Senjata api dibungkus dengan kertas aluminium tebal dan dimasukan dalam beg dan kotak dalam kapalterbang
  4. Komponen senjata api dipisah-pisahkan dan dibawa masuk secara terpisah dan kemudian dipasang semula
  5. Senjata api dibungkus dan diikat atau lekat pada bahagian bawah kereta dan di mud guard berdekatan tayar

Ada juga senjata api buatan sendiri dalam negara yang beredar dalam kalangan penjenayah. Peluru haram yang diseludup dan buatan sendiri juga perlu dipantau oleh polis.

1000337_367696196693179_425006007_nMenteri KDN kata PDRM ada 112,583 pegawai-polis bahagian pencegahan jenayah. Mengapa tidak dieksploitasi mereka untuk cegah jenayah, mengapa ramai dari mereka menjalankan kerja perkeranian?

Mengapa tidak lantik pegawai kerani biasa untuk membuat tugas-tugas perkeranian?

Tugas utama polis bukan lakukan kerja perkeranian tetapi menjaga keselamatan rakyat dan negara di luar sana.

Polis bersendirian tidak mampu cegah jenayah tanpa bantuan anggota masyarakat seluruhnya termasuk NGO. Kerajaan harus membina kerjasama ini dengan lebih serius dan bukan tanam tebu di bibir mulut.

Seterusnya, baca petikan tulisan di bawah ini yang memaparkan bagaimana hubung kait antara 260,00 penjenayah yang dibebaskan dan senjata api dan kes pembunuhan di akhir-akhir ini oleh Hisemudin Kasim

od

Dipetik: http://hisemudinkasim.b
logspot.com/2013/08/pemansuhan-ordinan-darurat-punca.html

Pemansuhan Ordinan Darurat punca kejadian tembak gunakan senjata api makin berleluasa

Mengerikan ! Nyawa berada di hujung senjata api ! Itulah persepsi kebanyakan rakyat Malaysia yang tersintak dengan gejala tembak-menembak yang berlaku dalam beberapa bulan ini. Tetapi benarkah situasi itu di luar kawalan pihak keselamatan negara ? Maka kita tiba-tiba dikejutkan dengan satu-demi satu kes yang terpampang di kaca-kaca TV maupun di dada-dada akhbar.

Malah menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutamanya kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak bergigi’  selepas ordinan itu dihapuskan.

Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.

Ini yang pentingnya kerana akta yang ada ketika ini hanya memperuntukkan undang-undang dan hukuman terhadap pesalah jika kejadian jenayah sudah pun berlaku. Sedangkan kita semua menuntut agar PDRM menangani jenayah-jenayah berat ini dengan lebih berkesan lagi. Apa lagi mekanismenya sekarang dari aspek penahanan pencegahan?

Maka Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia berharap akta baru yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan. Ini berikutan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention)

Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pihak, apa yang penting dalam sebarang perundangan ialah perlu ada keseimbangan dalam melindungi hak individu, di samping menjaga kepentingan masyarakat. Ia juga perlu memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Selain pandangan umum, maka pandangan polis, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam juga perlu diambil kira.

Polis juga berpendapat perkara ini juga menyentuh keperluan saksi hadir dan memberi keterangan di mahkamah ketika pendakwaan dilakukan. Masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat. Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.  Sekarang ini disebabkan saksi enggan memberikan keterangan di mahkamah maka penjenayah-penjenayah semakin berani untuk melakukan jenayah yang radikal serta agresif seperti tembak-menambak yang berleluasa sekarang.

Oleh itu kita memerlukan undang-undang yang menyamai Ordinan Darurat yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah.

Kesan daripada pemansuhan Ordinan Darurat, penahanan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dahulunya disiasat di bawah Ordinan Darurat 1969 tidak lagi dapat dijalankan. Malah, suspek-suspek yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat.

Ketika pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dikuatkuasakan pada 21 Jun 2012, hampir 1,500 orang ditempatkan di empat pusat tahanan di seluruh negara iaitu di Simpang Renggam dan Muar, Johor; Batu Gajah, Perak dan Machang, Kelantan. Selain itu, hampir 2,500 orang yang menjalani hukuman di bawah Akta Kediaman Terhad 1933.

Itu tidak masuk lagi kes-kes membabitkan kira-kira 300 orang yang sedang menunggu untuk ditangkap dan dalam proses mendapatkan perintah penahanan ke atas mereka sebelum dihantar ke pusat-pusat tahanan berkenaan. Kes-kes tersebut akhirnya diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lagi’ (NFA).

Menurut perangkaan polis, kes jenayah kekerasan yang dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat sepanjang enam bulan pertama tahun ini telah meningkat sekali ganda menjadikannya 67 kes berbanding 33 kes dalam tahun 2012.

Antara jenayah kekerasan yang dilakukan mereka seperti membunuh dan cubaan membunuh, samun bersenjata, ugutan jenayah termasuk merusuh.

Walaupun alamat bekas tahanan itu diserahkan kepada polis, namun tidak ada undang-undang yang memberi kuasa kepada polis untuk mengarah atau memastikan mereka kekal menetap di alamat berkenaan. Ini kerana selepas dibebaskan, mereka juga perlu mencari pekerjaan dan berpindah.

Tambahan pula, pada pandangan masyarakat, siapakah yang berani menggaji bekas tahanan ini, maka demi kelangsungan hidup mereka terpaksa kembali melakukan pekerjaan lama dengan terbabit dengan jenayah. Ada sebahagian pula kembali menganggotai kongsi gelap atau sebagai pembunuh upahan bagi pihak-pihak yang berkepentingan dalam perniagaan. Ia mungkin juga mensasarkan pegawai-pegawai kerajaan yang sering menggagalkan urusan perniagaan haram atau apa-apa transaksi yang menyalahi undang-undang.

Setelah berkumpulnya mereka dalam kumpulan-kumpulan tertentu, maka gerombolan penjenayah ini kembali merebut kawasan untuk kembali berkuasa. Maka akan berlakulah pertelingkahan sama sendiri yang pastinya melibatkan penggunakan senjata api. Ini berlaku terutamanya dalam urus niaga dadah.

Berikut adalah senarai jenayah tembak-menembak yang berlaku dalam beberapa bulan ini sehinggalah ke tarikh catatan ini ditulis :

Tarikh/

Tempat

Mangsa

Maklumat

9/8/2013 Chemor Seorang cedera parah Seorang lelaki Cina cedera parah ditembak ketika memandu di Taman Klebang Putra, dekat Chemor. Suspek menaiki motorsikal menghampiri kereta mangsa dan melepaskan sekurang-kurangnya 6 das tembakan.
9/8.2013 Pulau Pinang 1 cedera parah Seorang ‘bouncer’ di sebuah pusat hiburan cedera parah di paha akibat ditembak oleh seorang suspek yang memakai topi keledar. Ketika itu beliau baru turun dari kereta BMW yang dipandunya. Polis mensyaki ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.
9/8/2013 Pulau Pinang Tiada kecederaan dilaporkan Sebuah keluarga Cina di Pulau Tikus, Pulau Pinang dikejutkan daripada tidur dengan 6 das tembakan di luar kediaman mereka. Tembakan hanya mengenai bahagian rumah mangsa sahaja.
9/8/2013 Kuala Lumpur 1 cedera Seorang pemandu teksi cedera di tapak tangan dan paha selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang didakwa dijumpai dalam beg sandang di tempat belakang duduk kenderaannya. Dia tertembak diri sendiri ketika cuba mengeluarkan kelongsong peluru dari senjata terbabit.
9/8/2013Kubang Pasu 1 cedera parah Seorang anggota tentera, Mohd Azamuddin Azizan cedera parah terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh penyeludup ketika membuat rondaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.
7/8/2013 George Town 1 mati Veerappan Kanapathi ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson, George Town oleh dua orang lelaki bermotorsikal. Mangsa mempunyai tiga rekor jenayah berkaitan Akta Dadah Merbahaya.
4/8/2013 Kota Bharu 1 mati, 1 cedera Amirul Tajo Nasir, seorang penoreh getah maut ditembak di sebuah kedai makan di Pasir Putih manakala seorang wanita cedera. Ia dikaitkan dengan urus niaga dadah.
1/8/2013 Kuala Lumpur 1 cedera parah Wong Foo Yui, seorang pekerja kedai emas ditembak dua individu bermotorsikal di Pandan Indah ketika mangsa memperlahankan kenderaannya menghampiri persimpangan
31/7/2013 Parit Buntar 1 mati N. Jeevandran, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.
29/7/2013 Bukit Mertajam 1 tercedera G Santhanasamy, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat.
29/7/2013 Kuala Lumpur 1 mati, 1  tercedera Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur manakala isterinya cedera . Seorang lelaki Cina bersenjata menuju ke arah mereka dan melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan Hussain Ahmad terbunuh di tempat kejadian .seingancai
29/7/2013 Ipoh 1 matii, 2 tercedera Jasrafveenderjeet Singh, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa cedera. Mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.
27/7/2013 Jempol 1 cedera Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW.
sanjeevan
26/7/2013 Temerloh 1 cedera Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut.
24/7/2013 Kluang 1 cedera Seorang lelaki cedera parah ditembak di bahagian badannya di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang. Mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
19/7/2013 Semanggol 1 mati Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol.
18/7/2013 Kulim 1 mati Seorang guru K. Shanmugan, mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat
15/7/2013 Kampar 1 cedera Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.guru-mati-ditembak
12/7/2013 Pulau Pinang 2 cedera Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan.
8/7/2013 Bachok 1 mati Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu. Kereta yang dipandu terbabas dan terhenti di halaman sebuah rumah.guru-sekolah-ditembak3
4/7/2013 Pulau Pinang 1 mati Kuganeswaran ditembak dari jarak dekat oleh dua suspek yang memakai topi keledar dengan melepaskan empat das tembakan.
4/7/2013 Pasir Mas 1 cedera Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher.
14/6/2013 Kuala Kurau 1 cedera Seorang peniaga, Lim Kong Hai cedera parah di bahagian perut setelah ditembak dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.
6/6/2013 Muar 1 mati Mayat Tan Chai Heng ditemui terbaring tidak jauh dari rumahnya. Dipercayai ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat.
4/6/2013 Taiping 1 mati, 1 tercedera Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy mati sementara rakannya cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan.
29/5/2013 Sungai Buluh 1 cedera parah Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh kali oleh dua lelaki bermotosikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.
25/5/2013 Pasir Putih 1 mati Seorang peraih ikan, Zahari A. Razak, ditembak mati ketika memandu kereta keluar dari masjid di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan .razak
12/5/2013 Bukit Tambun 2 mati,  2 tercedera Dua lelaki India maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan.
11/5/2013 Seremban 2 mati,  2 tercedera Dua lelaki India maut manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.
11/5/2013 Lunas 1 mati Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
10/5/2013 Alor Setar 1 mati Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya.
9/5/2013 Tangkak 1 mati Seorang jurutera, Muthu Pillai dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.
7/5/2013 Nibong Tebal 1 cedera Seorang ahli Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman – taman perumahan, Tan Hock Chin ditembak di kepala oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
30/4/2013 Taiping 1 tidak apa-apa. Seorang peniaga barang hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar , kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.
26/4/2013 Cheras 1 mati, 1 cedera R. Karikaalan mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
26/4/2013 Putrajaya 1 mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.kastam
25/4/2013 Seremban-Tampin 1 mati Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.
16/4/2013 Taiping 1 mati Mangsa, K Muthazagen maut ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya.
14/4/2013 Seremban 1 mati Tan Kok Soon ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.
12/4/2013 Seremban 1 mati James John ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.

Meneliti senarai panjang kejadian tembak-menembak yang dipercayai didalangai oleh penjenayah-penjenayah bekas tahanan Ordinan Darurat ini, maka kita mengharapkan kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan undang-undang baru.  Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan berkemungkinan akan membentangkan draf undang-undang tersebut pada bulan September ini untuk bacaan di parlimen bagi dibahaskan sebelum diluluskan.

Dari segi pencegahan untuk mendapatkan senjata api, ramai pihak menyarankan agar diperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand yang merupakan sumber utama bagi mendapatkan senjata api. Ia mungkin dapat dilakukan dengan memastikan setiap kenderaan yang melalui pintu masuk dan keluar di sempadan dilengkapi dengan sistem imbasan yang canggih. Ini memandangkan dalam persepsi masyarakat, bahawa senjata api begitu mudah diseluduh melalui lori-lori ikan terutamanya yang berulang-alik setiap hari.

Namun demikian, walaubagaimana bijak sekalipun pihak berkuasa menangani hal ini, licik lagi penjenayah yang sejak dari dulunya menjadikan jalan tikus di sempadan sebagai laluan utama untuk menyeludup senjata api dan dadah.

Oleh itu jalan yang paling nyata untuk dinantikan ialah dengan mengembalikan undang-undang pencegahan yang menyerupai Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan itu.

Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
12.08.2013

One thought on “Benarkah kerajaan BN-UMNO gagal, tetapi penjenayah dipersalahkan?

  1. Santiago August 14, 2013 at 2:38 am Reply

    Jenayah Berleluasa, Bukti Tranformasi Najib Gagal

    Parti DAP menyifatkan kadar jenayah yang berleluasa merupakan bukti kegagalan kerajaan walaupun ianya didakwa menjadi keutamaan dalam program Tranformasi seperti dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago menegaskan kerajaan sudah tidak punya masa lagi untuk berdolak dalik, sebaliknya melakukan segera langkah penyelesaian dan memandang serius kejadian demi kejadian yang tidak berkesudahan ini.

    Katanya, kerajaan harus segera menggerakkan lebih ramai anggota polis di jalanan yang mana kini hanya terdapat 9 peratus daripada 112,583 atau 10,150 pegawai beruniform di Malaysia dibawah Jabatan Siasatan Jenayah.

    “Lebih dari 20 orang telah terbunuh dalam peristiwa tembakan sejak April lalu termasuk yang berlaku kepada Pengasas Bank Arab-Malaysian, Hussain Ahmad Najadi sehari selepas Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak.

    “Rakyat ditembak di persimpangan jalan raya yang sibuk, dilampu isyarat dan restoran oleh lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga dua dozen dimana-mana sahaja, disiang hari.

    “Sebuah laman sesawang juga menyatakan bahawa Kuala Lumpur kini merupakan bandar keenam paling berbahaya di Asia Tenggara dan kenyataan Najib tahun lalu yang menyatakan Malaysia adalah negara paling selamat di rantau ini, jelas tidak ada kebenarannya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

    Statistik polis yang dikeluarkan oleh agensi pembaharuan ekonomi negara, PEMANDU, menunjukkan bahawa terdapat 15,098 kes jenayah kekerasan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, ianya meningkat dari 14,811 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Pembunuhan juga meningkat kepada 322 dalam tempoh enam bulan berbanding dengan 291 pada 2011.

    Beliau turut mempersoal dari mana datangnya senjata yang digunakan penjenayah yang seolah-olah begitu mudah diperoleh walhal Malaysia mempunyai undang-undang pemilikan senjata yang ketat.

    “Terdapat sekurang-kurangnya 370,000 senapang yang dimiliki di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 28 juta.Jepun mempunyai penduduk seramai 127 juta dan 710,000 senapang. Malaysia mempunyai nisbah satu senjata untuk setiap 78 orang, lebih tinggi dari Vietnam yang mempunyai nisbah 80:1.

    “Tapi yang anehnya negara kita mempunyai undang-undang pemilikan senjata api yang ketat. Hanya mereka yang mempunyai lesen saja dibenarkan untuk mempunyai senjata sendiri, sesiapa yang ditangkap memiliki senjata tanpa lesen boleh menghadapi hukuman sehingga 14 tahun penjara dan hukuman mati sekiranya mempunyai peluru hidup. Jadi, dari manakah senjata yang digunakan dalam kejadian tembak-menembak baru-baru ini datang?,” soalnya.

    Santiago turut menyelar tindakan kerajaan yang hanya pandai membuat undang-undang tanpa mempraktikkan langkah-langkah pengekangnya terutama berkaitan kawalan keselamatan di sempadan yang longar sehingga menyebabkan kemasukan senjata api berlaku dengan sewenang-wenangnya.

    “Jelas undang-undang yang ketat tanpa penguatkuasaan tidak mencukupi untuk mengekang episod tembak menembak yang melanda negara. Dalam erti kata lain, mengawal selia lesen senjata tidak mencukupi. Kerajaan juga mesti serius dalam mencegah penyeludupan merentas sempadan.

    “Undang-undang ini mesti dilengkapkan dengan kehendak kerajaan untuk menangani budaya rasuah dan sewenang-wenangnya dalam pasukan polis, Imigresen dan Kastam,” tegasnya.

    Beliau juga mendesak Najib agar segera menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membasmi salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan pasukan keselamatan negara.

    “Najib perlu mengarahkan agensi anti rasuah untuk melancarkan siasatan terhadap bukan saja polis tapi pegawai-pegawai Imigresen dan Kastam yang terlibat dalam jenayah merentasi sempadan, termasuk penyeludupan senjata.

    “Kerajaan perlu menerima pendekatan holistik untuk mencegah jenayah kerana ia berkait rapat dengan kekurangan pendidikan, peluang pekerjaan dan persekitaran yang kondusif untuk kumpulan terpinggir,” ujarnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: