Kaedah Ruqyah – kaedah melawan dan menangani sihir, syaitan, iblis

Di dalam perubatan Islam, terdapat ilmu diajar oleh Nabi s.aw. melalui sunnahnya (perbuatan, perkataan, cara hidupnya) dan kaedah yang diperkenalkan oleh para ulamak muktabar. Salah satu kaedahnya ialah Ruqyah iaitu koleksi ayat-ayat yang dikumpulkan bagi menangani masalah sihir dan gangguan Jin.

Ini adalah bacaan Ruqyah

http://www.youtube.com/watch?v=q4gtrIAaTTs

Jin dan Manusia adalah makhluk Allah. Allah berfirman: “Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku”. Surah Az-Zariat

Seperti mana manusia yang ada pelbagai etnik, bangsa, dan keturunan Jin juga mempunyai etnik, bangsa dan keturunan. Antaranya ialah Ifrit, Iblis dan Syaitan yang dijadikan daripada (hujung api).  Malaikat juga adalah suatu jenis makhluk yang dijadikan daripada cahaya serta maksum dan taat kepada Allah SWT.

Orang Melayu menamakan Jin dengan pelbagai nama seperti orang bunian, jembalang tanah, toyol, jembalang air, langsuer dan hantu serta berbagai nama lagi yang mana semuanya adalah makhluk yang Allah sebut di dalam Al Quran sebagai Jin.

Salah satu dari Jin ialah Iblis yang engkar serta tidak mahu melakukan sujud (sembah) kepada Allah sebagai tanda menghormati penciptaan Nabi Adam ketika Iblis diminta untuk “menyembah kepada Adam” (yang bermaksud melakukan sujud kepada Allah bukan sujud kepada Nabi Adam). Sebaliknya Iblis meminta izin dari Allah untuk mengkafirkan manusia, merosakkan manusia, melaga-lagakan manusia, dan memporak-perandakan kehidupan keluarga dan masyarakat manusia. Allah Taalah mengizinkan Iblis berbuat demikian kecuali ke atas manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Dalam kalangan Jin, ada yang Muslim dan ada yang bukan Muslim. Jin yang bukan Muslim termasuk Iblis, Ifrit dan Iblis akan mengganggu Muslim supaya si Muslim akan melakukan perkara yang haram dan bergaduh sesama manusia serta merosakkan muka bumi dengan pelbagai cara. Jin juga mengganggu orang yang beragama lain supaya mereka terus sesat dan menyesatkan.

Ada juga Jin yang menawarkan MOU kepada manusia dengan dijanjikan kekuatan luar biasa, perlindungan, harta, kecantikan, dan pangkat dengan syarat manusia menerima, mengakui, dan memelihara Jin tersebut. Jin jenis ini akan berdamping terus menerus dengan si manusia tadi hingga habis keturunann si manusia itu. Ini dikenali sebagai saka dalam bahasa dan budaya Melayu.

Ada juga Jin yang mengganggu manusia dengan menjelma menjadi ular, kala jengkit, dan binatang berbisa yang lain untuk mengganggu manusia. Ada juga Jin yang masuk ke dalam tubuh badan binatang dan manusia serta menyusahkan hidup si manusia, menimbulkan kesakitan yang berpanjangan, mencacatkan anggota manusia melalui sihir.

Kaedah Ruqyah adalah salah satu kaedah bagi tangani sihir yang disebabkan oleh Jin. Cuba lihat video di bawah ini yang memaparkan kaedah Ruqyah.

http://www.youtube.com/watch?v=WelOYQHutTs

Kita harus INGAT, bahawa bukan ayat-ayat ini YANG MENYEMBUHKAN manusia yang dirawat tetapi ALLAH yang MENYEMBUHKAN orang yang dikehendakiNYA. Ayat-ayat ini hanyalah alat atau bacaan atau wasilah yang dibacakan untuk mengawal, menghalau dan/atau membakar Jin. Keyakinan pada Keagungan dan Kehebatan Allah adalah lebih utama daripada yakin kepada ayat-ayat atau kaedah yang tidak ada kuasa menyembuhkan.

Bolehkan Jin dibunuh?

Jin adalah makhluk Allah. Ia boleh mati sebagaimana manusia dan binatang serta pokok dan tanaman. Ia boleh dibunuh apabila ia terus menggangu manusia. Ia boleh terbakar dengan kesan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Jika Jin tidak mengganggu manusia, maka ia tidak akan dibunuh atau dihalau. Tetapi hakikat Iblis, salah satu Jin, memang pada fitrah mahu menyesatkan manusia dan memporak  perandakan manusia. Jika Jin sudah dapat mengubah hati manusia supaya yakin ada KUASA LAIN dari KUASA ALLAH yang boleh memberi mudarat dan kebaikan kepada manusia, maka Jin sudah berjaya menjadikan manusia syirik, atau menduakan ALLAH. Syirik adalah dosa yang amat besar dan Allah tidak mengampun manusia yang syirik denganNya.

BERIKUT INI ADALAH AYAT-AYAT DAN DOA KHUSUS  AYAT DAN DO’A DALAM PENYEMBUHAN ATAU TERAPI AL QURAN

Ayat Ayat Al Quran

1. Ayat ruqyah “Sapu Jagad “ dasar/umum/standar (ayat ini harus ada dalam setiap ruqyah baik untuk penyakit medis maupun non medis/ghoib juga pelengkap disemua tehnik ruqyah)

• Al-fatihah, Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al Falaq, An-Nas

Ayat-ayat lainnya adalah :” Surat Al Baqarah : 1-5, 102-103, 284-286. Al-Imran ayat (18-19 ), Al-A’Araf (ayat 54-56 ), Al-A’Araf (ayat 117-122 ), Yunus (ayat 81-82 ), Taha (ayat 69 ), Al-Mukminin (ayat 115-118 ), As-Shaffat (ayat 1-10 ), Al-Ahqaf (ayat 29-32 ), Ar-Rahman (: ayat 33-36 ), Al-Hasyr ( ayat 21-24 ), Al-Jin (ayat 1-9)

2. Ayat Untuk Azab ( menyiksa, membakar, menghancurkan, membunuh jin)

  • Surat An Nisa’ : 56
  • Al-Ankabuut :57
  • Ayat lainnya adalah : Al-Baqarah (ayat 206 ), An-Nisa’ (ayat 166-169 ), Al-Maidah (ayat 33-37 ), Al-Anfal (ayat 9-14 ), Al-Hijr (ayat 16-18 ), Al-Isra’ (ayat 110-111 ), Al-Anbiya’ (ayat 70 ), As-Saffat (ayat 1-10 ), Ad-Dukhan (ayat 43-50 ), Al-Jathiya (ayat 7-11 ), Al-Ahqaf (ayat 29-34 ), Ar-Rahman (ayat 32-44 ), Al-Haqqah (ayat 25-37 ), Al-Buruj (ayat 1-22 ), Al-A’la (ayat 1-19 ), Az-Zalzalah (ayat 1-8 ), An-Nasr (ayat 1-3)

3. Ayat Untuk Pembatal sihir, ( melepas dan menawarkan kekuatan sihir)

  • Surat Yunus : 81 – 82
  • Ayat lainnya adalah : Surat Al A’raf : 117-122, Surat Thaha : 69-70, Al-Furqan (ayat 32 ), Anbiya’ (ayat 70 ), An-Nur (ayat 39 ), Al-Isra’ (ayat 81 ), Fussilat ayat 42 ), Fatir ayat 10 ), Anbiya’ (ayat 18 ), Al-A’raf (ayat 18), Kahfi (: ayat 98 ), Taha (ayat 69 )

4. Ayat Untuk Asy syifa, (khusus penyembuhan dan pemulihan)

  • • Surat Al Isra’ ayat 82
  • • Fushshilat ayat 44
  • Ayat lainnya : At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 , Yunus ( surah 10 : ayat 57 ), An-Nahl ( surah 16 : ayat 67-69, Ash-Syu’ara ( surah 26 : ayat 75-80 )

5. Ayat dan doa ruqyah khusus ( untuk berbagai keperluan/tehnik khusus)

a. Ayat Untuk Pelempar (untuk membuang penyakit atau menargetkan energi ruqyah kesasaran tertentu)

  • • Al-anfaal ayat 17
  • • Alfatihah ayat 6

b. Ayat Untuk Penghancur (membuka shied, menghancurkan kekuatan penyakit)

  • Al-Hasyr 21
  • Ayat lainnya adalah : Al-waqiyah 56, fathir ayat 10, kahfi 98

c. Ayat Untuk Penarik (penyakit, kotoran dan benda sihir, jin dll)

  • Almu’minuun 115
  • Al-Baqarah 148:

d. Ayat Untuk Pendinding (membentengi lokasi yang sudah disembuhkan, melindungi tubuh dll)

  • • Surat Yasin ayat 9

Ayat lainnya : al-isra’ 45, al kahfi 94-95, al mu’minuun 100, al-furqaan 53, fushilat 5, al hadid 13

e. Ayat Penakluk

  • An-Naml ayat 30-31

f. Ayat Untuk Pukulan (digunakan ketika menepuk/ memukul tubuh pasien)

  • Al-Nahl 126 :
  • As-Syuara 130
  • Al-Anfaal 50

Doa-Doa Tuntunan Rasulullah SAW

1. Doa meminta pertolongan dan kekuatan
حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Hasbunallah wani’mal wakiyl, nikmal maula wani’mannasiyr
“Cukuplah Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik penolong.”

بِسْمِ اللهِ الَّذِ يْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْ ءٌ فِي ْالأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَا ءِ وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ

Bismillahilladziy la yadhurru ma’asmihi syai’un fil’ardhi walaa fissama’i wahuwassamiy’ul ‘aliym

“Dengan nama Allah Yang karena bersama nama-Nya tidak ada sesuatu apapun dilangit atau di bumi mampu mendatangkan bahaya, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
نَعُوْذُ بِكَلِمَا تِ اللهِ التَّا مَّا تِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Na’uwdzu bikalimaatillahit tammaati min syarrimaa kholaqo
“Kami berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan”.

2. Doa syifa (untuk penyakit fisik, psikis, gangguan jin dan sihir)

نَسْأَلُ اللهَ اْلعَظِيْمَ رَبَّ اْلعَرْ شِ اْلعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكُمْ
Nas’alullahal ‘adziyma robbal ‘arsyil ‘adziymi ‘an yasyfiyakum
“Kami memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik singgasana yang agung, semoga Dia menyembuhkan kamu sekalian.”
اَللَّهُمَّ أَذْهِبِ اْلبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، اِشْفِ وَ أَنْتَ ا لشَّا فِيْ لاَ شِفَاءَ إِلاَّشِفَا ؤُكَ شِفَاءًلاَ يُغَادِرُسَقَمًا

Allahumaa ‘adzhibil ba’sa robbannas, isyfi wa ‘antasyafiy laa syifaa’a ‘illa syifaa ‘uka syifaa’anlaa yughoodiru saqomaa
“Ya Allah, hilangkan penyakit ini, wahai Penguasa seluruh manusia, sembuhkanlah ! Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah dengan kesembuhan sempurna tanpa meninggalkan rasa sakit.”

بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ،نَعُوْذُ بِعِزَّةِاللهِ وَ قُدْ رَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا نَجِدُوَنُحَاذِرُ

Bismillahi (3x), na’uwdzu bi’izzatillahi waqudrotihi min syarrimaa najidu wa nuhaadziru
“Dengan nama Allah, dengan Nama Allah, dengan nama Allah, kami berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang kau hadapi dan kami hindari”.

3. Doa Penyiksa

Allahumma Inna Naj’aluka Fi Nuhurihim, Wa Na’udzubika min Syururihim

“Ya Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya) dan aku berlindung dari keburukan mereka.“

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari becana dan kejahatan Jin dan Manusia

Amalan: baca wirid di bawah ini 100 kali sehari

gangguan jin

One thought on “Kaedah Ruqyah – kaedah melawan dan menangani sihir, syaitan, iblis

  1. adib November 25, 2014 at 4:05 am Reply

    Reblogged this on ChamTarikSatu!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: