Cuti Hari Jumaat – banyak kebaikan dari keburukan dalam negara majoriti Islam

cuti jumaatPerbahasan mengenai patut atau tidak cuti hari Jumaat banyak disandarkan kepada emosi dan nafsu bukan atas dasar fakta. Biasanya orang berfikiran sekular akan  menolak cuti hari Jumaat dengan menggunakan alasan ekonomi akan mundur dan alasan peribadi yang amat lemah dan menyeleweng.

Apa hujah kita tentang sokongan kita terhadap cuti hari Jumaat di Malaysia. Lihat fakta demografik di bawah

  1. Islam adalah agama rasmi negara mengikut Perlembagaan Malaysia
  2. Solat Jumaat adalah hukum syariah, wajib ke atas setiap lelaki Muslim yang baligh.
  3. Pergerakan orang ramai pergi menunaikan solat Jumaat adalah syiar (lambang, gesture) Islam
  4. Majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim menurut banci 2010 dan banci sebelumnya
  5. Majoriti kakitangan kerajaan adalah orang Islam
  6. Majoriti pekerja kilang di seluruh Malaysia adalah orang Islam walaupun pengusaha dan pemilik kilang adalah bukan Islam

**Jika hari jumaat menjadi cuti umum di negeri yang majoriti  penduduk dan pekerja islam, maka kerajaan telah menjaga kebajikan rakyat majoriti.

Sekarang kita lihat fakta guna kuasa iaitu kuasa letrik dan petrol  khususnya pada hari Jumaat:

  • Rakyat guna kuasa petrol/diesel kenderaan untuk pergi kerja pada sebelah pagi.
  • Pembakaran petrol/diesel kali pertama
  • Rakyat guna kuasa petrol/diesel untuk kenderaan pergi solat Jumaat pada waktu tengahari
  • Pembakaran petrol/diesel kali kedua
  • Pekerja kilang keluar solat Jumaat 1230 ptg-2 ptg; Pekerja pejabat kerajaan keluar solat Jumaat 1230 ptg-3 ptg
  • Pembakaran petrol/diesel kali ketiga
  • 1.5 jam tidak bekerja di kilang; produktiviti berhenti di kilang
  • 2.5 jam tidak bekerja di pejabat kerajaan, produktiviti berhenti di pejabat
  • Pekerja kilang balik ke pejabat selepas solat Jumaat
  • Pembakaran petrol/diesel kali keempat
  • Pekerja terperangkap dalam kesesakan trafik dan sekaligus pembakaran petrol/diesel kenderaan akan meningkat
  • Pembakaran petrol/diesel kenderaan yang tinggi
  • Rakyat guna kuasa petrol/diesel untuk kenderaan balik ke rumah selepas waktu pejabat
  • Pembakaran petrol/diesel kali kelima
  • Rakyat guna letrik dan hawa dingin pada waktu kerja  8 pg -1230 tgh dan terbiar antara 1230 tengahari hingga 3 ptg tanpa aktiviti rasmi
  • Hawa dingin yang dikawal secara “centralized” terpaksa dibiar terbuka 2.5 jam ketika pekerja pergi solat Jumaat

**Jika hari Jumaat menjadi cuti umum di negeri yang mana majoriti penduduk dan pekerja adalah beragama Islam, maka kerajaan dan majikan swasta akan dapat menjimatkan tenaga kuasa letrik, petrol/diesel dan pengurusan yang lebih cost effective kerana produktiviti di tempat kerja tidak terencat dengan sebab pekerja keluar 1.5 jam atau 2.5 jam untuk solat Jumaat. Jika hari Ahad adalah hari bekerja, maka  

  • Pembakaran petrol/diesel kenderaan berlaku dua kali sahaja bukan lima kali sehari pada hari bekerja
  • Kehilangan waktu 1.5 jam tidak bekerja tidak akan berlaku di kilang dan sekaligus produktiviti terus berjalan
  • Kehilangan waktu 2.5 jam tidak bekerja tidak akan berlaku di pejabat kerajaan, dan sekaligus produktiviti terus berjalan
  • Hawa dingin yang dikawal secara “centralized” dibiar terbuka hingga jam 5 petang ketika semua pekerja berada dalam pejabat dan kilang; dan sekaligus produktiviti terus berjalan

Nah sekarang kita lihat dari sudut fakta risiko jangka panjang ke atas diri dan kenderaan pekerja, jika hari Jumaat adalah hari bekerja:

  • Kenderaan rakyat terdedah kepada peningkatan risiko “wear and tear”,  dan kemalangan; kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan trafik semasa pergi ke solat Jumaat dan selepas pulang dari solat Jumaat menyebabkan suhu kereta akan menjadi panas
  • Lima kali sehari pandu kenderaan; pagi ke pejabat; tengahari keluar solat Jumaat dan pulang ke pejabat; petang pandu pulang ke rumah.Apabila kereta rosak, pekerja tidak akan dapat pergi bekerja; produktiviti akan terjejas.
  • Apabila kemalangan berlaku, pekerja terpaksa ambil cuti atau berada di wad hospital dan sekaligus produktiviti di pejabat atau kilang akan terencat; majikan juga akan menanggung bil hospital
  • Jika suis letrik lampu dan hawa dingin dibuka, ditutup untuk rehat solat Jumaat, dan dibuka semula akan menggunakan tenaga yang lebih banyak dan risiko “wear and tear” dari sudut mekanikal
  • Kerajaan dan majikan menanggang kos pembaikan kerosakan suis dan alat

**Jika hari Jumaat menjadi cuti umum di negeri yang mana majoriti penduduk dan pekerja adalah beragama Islam, maka kerajaan dan majikan swasta akan dapat berjimat, menjaga kebajikan pekerja, dan mengurangkan guna tenaga kuasa seperti letrik dan petrol/diesel.

Dari sudut fakta perkhidmatan kaunter yang dapat dinikmati oleh pengguna pula ialah kaunter awam dibuka hanya 6 jam sahaja pada hari Jumaat. Sebaliknya, jika hari Ahad dijadikan hari bekerja, maka pengguna akan dapat menggunakan perkhidmatan kaunter untuk waktu lebih panjang iaitu 8 jam dan ia menguntungkan rakyat seluruhnya dan kerajaan sekaligus.

Dengan hujjah di atas, maka wajarlah hari Jumaat dijadikan hari cuti umum di negeri yang majoriti orang Islam bekerja di pejabat kerajaan dan kilang seperti di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Pulau Pinang. Negeri-negeri berkenaan memiliki kilang yang paling banyal dan pekerja Muslim paling ramai.

Cuti umum hari Jumaat akan memudahkan umat Islam untuk melakukan ibadah yang lebih banyak selain daripada menunaikan solat Jumaat dalam keadaan tenang dan bersedia. Tambahan pula, hari Jumaat adalah hari istimewa dalam Islam, antaranya ialah:

1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.

Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.

Jumaat merupakan hari  istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

Menurut Rasulullah SAW:

“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi :

“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Hadis Riwayat Muslim)

cuti jumaatTAHNIAH kepada negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Johor kerana cuti hari Jumaat. Semoga negeri-negeri lain akan susuli cuti hari Jumaat dengan bersandarkan kepada fakta bukan emosi dan alasan untuk berkelah, bersiar, membeli belah, dan kenduri kendara. Aktivti berkelah, bersiar, membeli belah, dan kenduri kendara boleh diatur  pada waktu yang anjal, tetapi solat Jumaat adalah spesifik dan tidak boleh dibuat pada hari lain dari hari Jumaat.

2013 6-34 PTG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: