CRIME ALERT: LANGGAR DAN SAMUN

langgar samunCRIME ALERT: LANGGAR DAN SAMUN

‘Satu sindiket samun kenderaan yang dikenali sebagai Geng Macai Buyong yang bergerak aktif sekitar Lembah Klang telah berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya beberapa ahli kumpulan tersebut’.

SUMBER: HARIAN METRO, Januari 2014

Kejayaan menumpaskan kumpulan ini tidak bermakna kita boleh menganggap tiada lagi kejadian samun kereta. Penjenayah yang semakin bijak dan berani ini akan muncul apabila terdapat ruang dan peluang untuk melakukannya dan kita tidak harus leka serta mengambil mudah akan tahap keselamatan semasa memandu pada waktu siang mahupun malam.

Ketahui beberapa taktik yang dikesan digunakan penjenayah untuk melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik LANGGAR BELAKANG KERETA dan SAMUN.

Modus Operandi

  1. Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki kenderaan seperti kereta atau motosikal
  2. Suspek yang menaiki kereta akan mengekori mangsa yang memandu bersendirian lalu melanggar belakang kereta mangsa sehingga mangsa memberhentikan kenderaan untuk melihat kerosakan yang dialami.
  3. Terdapat juga kejadian dimana suspek menggunakan dua buah kereta dimana sebuah kereta akan bertindak menghalang kereta mangsa dihadapan manakala sebuah lagi akan melanggar belakang kereta mangsa. Lazimnya kejadian ini berlaku di persimpangan lampu isyarat.
  4. Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa yang baru sahaja masuk atau ke dalam kereta ataupun keluar daripada kenderaan.
  5. Suspek akan mensasarkan mangsa yang menggunakan jalan yang kurang dilalui orang ramai atau yang memandu kenderaan pada tengah malam atau awal pagi.

Nasihat

  1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh mana-mana individu yang mencurigakan atau tidak dikenali terus menghubungi mana-mana BALAI POLIS berdekatan.
  2. Sekiranya anda baru sahaja membuat pengeluaran wang dengan jumlah yang banyak dinasihatkan untuk meninjau keadaan sekeliling sebelum menuju ke kenderaan atau mengekori anda semasa memandu
  3. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku pergelutan dengan suspek untuk mempertahankan harta benda
  4. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: