Monthly Archives: September 2014

Pelacuran satu industri di Malaysia, sebuah negara Islam?

9789814423557Sebuah buku Jakarta Undercover telah diharamkan di Malaysia. Mengapa? Mari kita baca lagi…..

Buku berkenaan ditulis oleh seorang wartawan Indonesia yang membongkar rangkaian aktiviti pelacuran di Indonesia. Beliau telah membuat penyelidikan sekian lama untuk memahami mengapa ia berlaku dan bagaimana rangkaian pelacuran ini dijalankan. Apa yang dilakarkan oleh penulis mengenai industri pelacuran di Indonesia sama seperti apa yang berlaku di Malaysia. Modus operandinya sama, di Indonesia dan Malaysia. Tidak mustahil modus operandi ini sudah berjalan lama dengan jayanya di negara-negara lain dan kemudian dilaksanakan di negara ini.

Di bawah ini adalah rumusan daripada buku tersebut serta kajian ringkas yang dijalankan di Malaysia mengikut templat dalam  buku “Jakarta Undercover”.

Pertama, ada sindiket yang menjalankan industri yang memberi pulangan wang yang  lumayan ini. Mereka adalah pembekal. Sindket ini ada yang dijalankan secara persendirian dan ada juga secara berkumpulan. Sindiket ini mendapatkan bekalan pelacur melalui

  • perdagangan manusia, pencolekan, perangkap ke atas wanita bawah umur
  • memujuk ibu tunggal yang terdesak untuk melacur bagi mendapatkan wang sampingan
  • memujuk pelajar untuk melacur kerana memerlukan wang untuk perbelanjaan pengajian
  • memujuk pembantu rumah yang tidak bekerja pada hari Ahad untuk melacur bagi mendapatkan wang sampingan
  • pelajar asing yang kononnya datang ke Malaysia untuk belajar di pusat pengajian tinggi tetapi kemudiannya terlibat dalam rangkaian ini
  • pelacur kelas atasan dari Eropah, Amerika Latin, Rusia yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelawat
  • pelacur dari Egypt, China, Filipina, Vietnam, Indonesia yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelawat

JakartaKedua, terdapat permintaan dari orang tengah seperti hotel, kelab malam, spa, pusat kesihatan, salon, pusat kesihatan (urut), dan pusat snooker. Ini adalah antara premis yang membuka laluan untuk kegiatan melanggan pelacuran, walaupun tidak semua premis menjalankan perniagaan terkutuk ini.

Ketiga, promosi pelacuran ini dijalankan melalui iklan di Internet, akhbar harian, pemandu teksi, dan broker di jalanan khususnya di tempat tumpuan ramai pada sebelah malam. Mereka yang terlibat dengan perniagaan pelacuran ini mengutip keuntungan yang tinggi setiap hari. Perniagaan mereka ini pastinya terlepas daripada cukai pendapatan yang dikutip jabatan hasil dalam negeri.

Keempat, penyokong industri pelacuran ini melibatkan “individu” yang bekerja di agensi kerajaan misalnya kakitangan imigresen, universiti, polis, dan pemilik premis yang disebutkan di atas; sebenarnya mereka bertindak secara sendirian dan diam-diam tanpa disedari oleh majikan mereka.

Video di bawah ini adalah bukti yang menunjukkan terdapat rangkaian pelacuran yang subur dan segar di negara Malaysia, sebuah negara Islam contoh?

Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan dan seterusnya membanteras rangkaian pelacuran di negara ini?

  1. Pendidikan melalui media mengenai keburukan aktiviti pelacuran dari semua aspek yang sesuai: keturunan, kesihatan (penyakit), hubungan rumah tangga, jenayah.
  2. Ketatkan peraturan masuk keluar orang asing ke negara ini serta memantau pergerakan mereka di negara ini dalam tempoh mereka berada di sini.
  3. Wujudkan peraturan dan denda yang lebih tinggi dan berkesan ke atas pembekal (sindiket), promoter, penyokong industri pelacuran.
  4. Mengurangkan bilangan premis pusat kesihatan seperti rumah urut dengan cara tidak perharui lesen perniagaan mereka, membekukan permohonan baru, menyita premis yang melanggar peraturan yang ditetapkan
  5. Memantau dan menyerbu premis yang menjalankan aktiviti pelacuran ini dari masa ke semasa.
  6. Menghukum mereka yang bersalah di hadapan khalayak ramai dengan hukuman fitrah antaranya hukum hudud, takzir dan qisas.
  7. Mengharamkan akhbar harian mengiklankan khidmat urut dan escort atau khidmat kesihatan

Di dalam ilmu sosiologi Islam, terdapat 5 aspek yang diberikan perhatian dan pertimbangan serius dalam mengurus dan mentadbir  masyakat. Dalam ertikata lain, polisi dasar sosial, kebajikan, dan kesihatan anggota masyarakat haruslah mengambikira kepentingan aspek di bawah mengikut keutamaan. 5 perkara ini hendaklah dipulihara.

  • Pertama: agama
  • Kedua: akal
  • Ketig: keturunan
  • Keempat: nyawa
  • Kelima: harta

Mengapa yang pertama, pulihara agama? Ia adalah kerana menentukan cara dan gaya hidup yang sihat. Tidak ada agama dalam dunia yang suka kepada pelacuran. Sekiranya agama dijadikan asas dan tonggak dalam mengurus dan mentadbir masyarakat, maka industri pelacuran ini akan mati dengan sendiri kerana lorong-lorong yang membantu ke arah suburnya industri ini akan menutup pintu pelacuran.

Mengapa yang kedua, pulihara akal? Akal yang rosak boleh membawa kerosakan yang bercabang. Mabuk atau hilang akal atau rosak akal akibat arak, dadah, gam, fantasi dan judi boleh mendorong seseorang untuk terjebak dalam aktiviti pelacuran. Kesan rosak akal membawa kepada mungkar bercabang secara meluas.

Mengapa yang ketiga, pulihara keturunan? Pelacuran akan membawa kepada kerosakan pada diri sendiri dan diri pelanggan. Kesihatan akan terjejas kerana penyakit, dan penyakit ini boleh merebak kepada ahli keluarga sendiri dan akhirnya merosakkan keturunan. Manakala wanita yang melacur sekiranya mengandung akan menghidupkan anak luar nikah yang bakal hadapi banyak masalah bercabang selama berpuluh tahun.

Mengapa yang keempat, pulihara nyawa? Nyawa berada pada no. 4 kerana kesannya tidak meluas tetapi memberi kesan pada orang yang paling hampir dengannya. Tidak ada agama yang suka menyuruh pengabutnya bunuh membunuh.

Mengapa yang kelima, pulihara harta benda? Harta adalah suatu yang boleh dicari ganti. Kerosakannya tidak merosakkan manusia yang lain secara menyeluruh atau meluas.

Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memulihara 5 aspek ini, pasti banyak kemungkaran dan keburukan dalam masyarakat kita dapat dikurangkan dan juga dihapuskan secara berperingkat.

40 tahun hubungan antara UMNO dan Komunis

umno communist
Parti Komunis China (CPC) hari ini mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan UMNO, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC, Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang antara Beijing dengan Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

“Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

“Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama,” tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia di sini kelmarin.

Sejumlah 15 petugas media (wartawan dan jurukamera) berada di ibu negara China ini sejak kelmarin bagi menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama Parti Komunis China (CPC) dan UMNO.

Seminar yang berkonsep lawatan sambil belajar ini merupakan satu manifestasi kerjasama rapat antara parti UMNO dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan UMNO merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

“Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan UMNO, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

“Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan UMNO berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara,” tambah beliau.

Bercakap dalam pertemuan hampir dua jam dengan media Malaysia, Zhang berkata, tiga aspek iaitu kestabilan, pembangunan dan reformasi berkait rapat dan saling bergantung.

“Tanpa kestabilan, tidak ada asas untuk berlaku pembangunan. Tanpa pembangunan, tidak ada persekitaran untuk membuat reformasi. Dan Tanpa reformasi, tidak terjadi kestabilan serta pembangunan,” jelasnya.

Zhang berkata, Malaysia dalam kedudukan yang penting dan strategik apabila menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan dan ketika berlaku pembentukan Komuniti ASEAN (AC).

“Pusat kuasa dunia sudah beralih dari Barat ke Timur, dari Eropah Atlantik ke Asia Pasifik, khususnya ke Asia Tenggara.

“Sehubungan itu, CPC yakin Malaysia melalui kepimpinan UMNO akan dapat merebut peluang untuk menetapkan hala tuju ASEAN, menggalakkan lagi pembangunan, mengurus permasalahan serantau dan mencari penyelesaian kepada pertikaian wilayah,” katanya. – MINGGUAN Sunday, September 14, 2014