40 tahun hubungan antara UMNO dan Komunis

umno communist
Parti Komunis China (CPC) hari ini mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan UMNO, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC, Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang antara Beijing dengan Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

“Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

“Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama,” tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia di sini kelmarin.

Sejumlah 15 petugas media (wartawan dan jurukamera) berada di ibu negara China ini sejak kelmarin bagi menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama Parti Komunis China (CPC) dan UMNO.

Seminar yang berkonsep lawatan sambil belajar ini merupakan satu manifestasi kerjasama rapat antara parti UMNO dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan UMNO merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

“Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan UMNO, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

“Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan UMNO berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara,” tambah beliau.

Bercakap dalam pertemuan hampir dua jam dengan media Malaysia, Zhang berkata, tiga aspek iaitu kestabilan, pembangunan dan reformasi berkait rapat dan saling bergantung.

“Tanpa kestabilan, tidak ada asas untuk berlaku pembangunan. Tanpa pembangunan, tidak ada persekitaran untuk membuat reformasi. Dan Tanpa reformasi, tidak terjadi kestabilan serta pembangunan,” jelasnya.

Zhang berkata, Malaysia dalam kedudukan yang penting dan strategik apabila menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan dan ketika berlaku pembentukan Komuniti ASEAN (AC).

“Pusat kuasa dunia sudah beralih dari Barat ke Timur, dari Eropah Atlantik ke Asia Pasifik, khususnya ke Asia Tenggara.

“Sehubungan itu, CPC yakin Malaysia melalui kepimpinan UMNO akan dapat merebut peluang untuk menetapkan hala tuju ASEAN, menggalakkan lagi pembangunan, mengurus permasalahan serantau dan mencari penyelesaian kepada pertikaian wilayah,” katanya. – MINGGUAN Sunday, September 14, 2014

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: