Kes buli di asrama kerana kegagalan Pengetua dan Warden!

kes-buli

APA PUNCA UTAMA KES BULI?

Buli berlaku di asrama bukan kerana budak-budak sekolah semata-mata tetapi kerana kecuaian dan kelamahan Pengetua dan Warden.

Samada sekolah ada asrama atau tidak ada asrama, budak nakal tetap ada. Tetapi jika Pengetua dan Warden memainkan peranan mereka dengan jujur dan cekap, pastinya kes buli dapat dibendung.

Apabla berlaku kes buli di asrama sekolah, orang paling utama disalahkan ialah Pengetua atau Guru Besar. Orang kedua yang mesti disalahkan ialah Warden asrama. Tetapi Kementerian Pelajaran atau Lembaga Sekolah swasta turut juga memikul akauntabiliti yang lebih utama kerana mereka adalah payung kepada institusi sekolah.

Pengetua adalah orang no 1 dalam sekolah, dan dia memikul akauntabiliti yang pertama dalam petadbirannya. Pengetua tidak boleh salahkan pelajar yang jadi mangsa atau pelajar yang buli mangsa, tetapi Pengetua mesti salahkan dirinya dahulu.

Begitu juga dengan Warden, beliau bertanggungjawab mengawas di asrama dan memikul akauntabiliti beliau di asrama.

Kedua-dua orang ini, Pengetua dan Warden adalah ejen perubahan. Mereka seharusnya mencorakkan kehidupan sosial yang sihat di sekolah biarpun budak sekolah ini datang dari pelbagai latarbelakang dan memiliki perangai nakal. Kedua-dua orang ini mampu mengadakan peraturan yang rapi dan pengawasan yang cermat bagi membendung kes buli di sekolah. Mereka mampu mentarbiyyah pelajar dengan pengisian rohani dan kesedaran akhlak yang mulia tetapi mereka TIDAK MEMILIH UNTUK BERBUAT SEMUA ITU.

Slide1

 

Kedua-dua orang ini dianggap sebagai lepas tangan. Kedua-dua orang ini bagaikan makan gaji buta. Kedua-dua orang ini buat kerja bagaikan lepaskan batok ditangga. Sudah bertahun mereka menjadi dan Warden, tapi kes buli masih berlaku. Sudah bertahun asrama itu wujud, tetapi mereka bagaikan batu tunggul di sekolah.

 

APA YANG BIASANYA PENGETUA DAN WARDEN AKAN LAKUKAN?

Apabila berlaku kes buli dan pelajar membuat laporan atau kes buli diketahui umum, pertama, lazimnya Pengetua dan Warden akan cuba mengelakkan kes ini dikutip oleh media atau diketahui oleh Kementerian Pelajaran.

Mereka akan memangggil pelajar dan mangsa buli,

  • memberi amaran kepada pembuli atau
  • mengenakan denda kepada pembuli atau
  • menggantung pelajar dari asrama untuk sementera atau
  • membuang pelajar dari asrama

manakala mangsa

  • diberi ingatan supaya jangan beritahu keluarga
  • diberi ingatan supaya tidak buat laporan polis
  • diberi amaran tidak lakukan sebarang kesilapan yang boleh membuatkan pelajar senior marah pada masa akan datang
  • diberi ingatan ikut dan patuh pada arahan pelajar senior

Kedua, apabila ada ibubapa yang datang ke sekolah membuat laporan atau ingin mendapatkan penjelasan mengenai kes buli yang berlaku ke atas anak mereka, maka Pengetua dan Warden akan

  • mengatakan, alahai perkara kecil aja, budak-budak bergurau dan terpukul secara tak sengaja
  • menyatakan mereka yang terlibat semua sudah bermaaf-maafan
  • mengatakan anak yang kena buli telah melakukan kesilapan di asrama lalu dimarah dan dipukul oleh pelajar senior (ini bermakna Pengetua dan Warden beri lesen besar kepada pelajar senior tangani masalah pelajar baru atau junior yang dikatakan membuat “salah”, tanpa Pengetuan dan Warden yang sepatutnya mengambil tindakan ke atas pelajar baru atau junior yang melakukan kesilapan atau kesalahan)
  • mengajak ibu bapa berunding secara aman
  • menyatakan pihak sekolah akan ambil tindakan ke atas pelajar pembuli
  • mengarahkan supaya mangsa berpindah ke bilik lain, jauh dari pembuli

Pengetua dan Warden tidak memberi kaunseling kepada mangsa yang dibuli. Trauma yang dilalui oleh mangsa dianggap tidak perlu ditangani oleh Pengetua dan Warden. Trauma ini akan terus menghantui mangsa dalam hidupnya. Perasaan marah, geram, dan dendam akan terus tersemat di hati selagi mana pembuli tidak diberi hukuman setimpal.

Slide2

Pembuli pula merasa bangga dengan perbuatan mereka jika mereka tidak menerima hukuman yang keras dari pihak sekolah. Bagi hukuman sekadar kena gantung asrama, dimarah, diberi amaran, atau dibuang sekolah tidak langsung membawa kesakitan pada tubuh badan pembuli tidak mengubah perasaan bongkak mereka dengan perbuatan buli itu. Hukuman itu semua tidak sekali-kali menyakitkan tubuh badan mereka tidak sepertimana yang dialami oleh mangsa yang mereka buli. Perasaan “terselamat” akan medorong mereka untuk mengulanginya semula pada masa akan datang. Di sinilah bibit gengsterism dan penjenayah mulai tersemai. Semuanya kerana sikap lalai, cuai, tidak bertanggungjawab, lepas tangan dan pemalas dalam kalangan Pengetua dan Warden yang menjadi pentadbir dan pengurus sebuah premis bernama sekolah yang mempunyai asrama.

Apabila ibubapa membuat laporan kepada polis akan kes buli, polis akan melawat sekolah dan berbincang dengan Pengetua dan Warden. Sekali lagi, Pengetua dan Warden akan mengatakan

  • pihak sekolah akan selesaikan secara dalaman dengan ibubapa pelajar pembuli dan ibubapa mangsa
  • pihak sekolah akan bawa perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan seterusnya

Lalu polis akan memaklumkan kepada ibubapa dan memujuk ibubapa untuk selesaikan masalah anak mereka dibuli dengan pihak sekolah. Malah pihak sekolah akan menggunakan PIBG untuk menyokong tindakan Pengetua dan Warden sekolah. Dengan demikian, ibubapa mangsa akan merasa sedikit kepuasan kerana pihak sekolah sudah ambil tindakan yang sewajarnya. Kononnya begitu. Maka Pengetua dan Warden terlepas dari dikenakan tindakan disiplin kerana cuai dan lalai dalam mengurus sekolah dengan baik.

CCTV INTIP KES BULI PELAJAR

APA YANG PATUT MANGSA DAN IBUBAPA MANGSA LAKUKAN?

Berikut adalah langkah yang patut dibuat oleh mangsa dan ibubapa kepada mangsa buli mengikut urutan sepertimana yang digariskan di bawah ini:

  1. Mangsa perlu faham bahawa buli adalah satu kesalahan jenayah juvenil dan pembuli mesti dihukum
  2. Mangsa dengan bantuan ibubapa/penjaga hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan atau klinik kerajaan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan dapatkan dokumen rasmi dari doktor
  3. Seterusnya mangsa bantuan ibubapa/penjaga hendaklah membuat laporan polis dengan memberikan satu salinan laporan pemeriksaan kesihatan dari hospital kerajaan; di dalam laporan polis berkenaan hendaklah memohon polis membuat penyiasatan kes buli itu.
  4. Ibubapa boleh menulis surat kepada sekolah, bukan telefon atau perbualan lisan sahaja, mendapatkan penjelasan mengenai kes buli ini, dan kepilkan salinan laporan pemeriksaan kesihatan dan laporan polis. Surat ini hendaklah disalinkan kepada Pengarah, Kementerian Pelajaran dan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah. Dokumen ini penting dan dokumen akan dimasukkan dalam fail atau rekod perkhidmatan Pengetua dan Warden. Lazimnya apabila ada rekod bertulis, maka Pengetua dan Warden akan merasa gerun untuk lalai dan cuai dalam menjalankan tugas mereka. Tanpa dokumentasi, mangsa dan ibubapa kepada mangsa akan hadapi jalan sukar untuk membawa kes ini ke mahkamah juvenil jika ibu bapa mahu memastikan pembuli dihukum, Pengetua dan Warden juga dihukum!
  5. Jika perlu dapatkan khidmat guaman untuk menyaman Pengetua dan Warden, pembuli, sekolah, dan Kemterian Pelajaran Malaysia kerana kecuaian mereka semua dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan atau menjejaskan keselamatan pelajar.

 

KESIMPULAN

Pengetua dan Warden adalah orang yang pertama harus memikul beban tanggungjawab dan akauntabiliti apabila ada kes buli di premis bawah jagaan mereka. Kementerian Pelajaran boleh membuat ISO dan SOP bagi tangani kes buli, tetapi Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah tidak ada hak untuk menghalang mangsa dan ibubapa dari membuat laporan polis dan seterusnya membawa kes buli ke mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: