Monthly Archives: February 2015

Akta Darurat Kelantan (1977), sejarah hitam politik Malaysia

Kelantan Dalam Sejarah: Demokrasi Tergantung 9 November 1977 – 8 Julai 1978

Artikel di petik dari:  http://sokmo.net/2015/01/11/kelantan-dalam-sejarah-demokrasi-tergantung-9-november-1977-8-julai-1978/

gambar-rusuhan-1978

 

Mulai 9hb November 1977 hingga 8hb Julai 1978, demokrasi telah digantung di Kelantan. Pada 7:30 malam, 8 November 1977, seluruh negara tertumpu kepada Dewan Rakyat yang membahaskan dan mengundi Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977. Artikel ini ditulis berdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada malam tersebut, dengan merujuk hanya kepada penyata rasmi parlimen.

8 November 1977, Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 4, sidang ke 3 memulakan persidangan pada jam 2:30 petang. Seperti biasa, ia bermula dengan sessi soalan lisan, dan diikuti oleh rang undang-undang yang dibawa ke dalam dewan. Hari tersebut terdapat 2 usul dan 1 rang undang-undang.

Kedua-dua usul itu adalah bertujuan membolehkan rang undang-undang yang hendak dibentangkan dapat dibahas dan di undi tanpa sebarang gangguan. Rang undang-undang tersebut adalah Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977.

Tan Sri Lee San Choon, Ahli Kabinet 1969-1983.
Tan Sri Lee San Choon, Ahli Kabinet 1969-1983.

Kedua-dua usul itu dibentangkan oleh YB Sri Gading iaitu YAB Datuk Hussein Bin Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ke 3. Usul-usul tersebut disokong YB Segamat, Datuk Lee San Choon, Menteri Buruh & Tenaga Rakyat. Kedua-dua usul ini dipersetujui oleh ahli-ahli Yang Berhormat.

Tidak sampai satu jam bersidang, 3.20 petang Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmed Kamil menempohkan dewan untuk berehat bagi membolehkan ahli-ahli membuat persediaan untuk perbahasan.

Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmed Kamil, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, 1974-1977.
Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmed Kamil, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, 1974-1977.

Dewan akan bersambung pada 7.30 malam dan bersidang sehingga rang undang-undang yang dibentang selesai diundi.

Bacaan kali ke 2 dan ke 3 Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 bermula jam 7.36 malam oleh YAB Perdana Menteri. Tanpa berselindung, Hussein Onn mengaku rang undang-undang ini mempunyai implikasi politik dan menyentuh prinsip demokrasi. Tetapi dengan tegas, Hussein menambah,

“Saya tidak mengemukakannya dengan sewenang-wenangnya. Saya mengemukakannya, dengan perasaan penuh tanggungjawab, dan dengan sebab-sebab yang tertentu dan yang tidak boleh dielakkan.”

“Seorang Ketua Kerajaan Pusat sebagai saya, memikul tanggungjawab yang amat berat, terutama mengenai keselamatan dan ketenteraman negara. Tanggungjawab saya berkenaan dengan perkara-perkara ini, tidak boleh dikompromi, walau apapun jadi kepada saya.”

“Inilah saatnya pada fikiran saya kita harus lebih mementingkan maruah bangsa, maruah umat Kelantan itu sendiri, lebih daripada yang lain-lainnya.”

Hussein memaklumkan dewan, hal keselamatan dan ketenteraman negara mengatasi segala-galanya.

Suasana di luar Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu undi tidak percaya dibuat.
Suasana di luar Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu undi tidak percaya dibuat.

“Tidak ada faedahnya dan makna kepada saya, jika kerana kepentingan politik, saya memejamkan mata dan memekakkan telinga, kepada terkorbannya nyawa, terutamanya darah dan musnahnya harta – bukan sahaja di Kelantan, harus juga merebak ke negeri-negeri lain – jika Rang Undang-undang ini tidak dikemukan dan diluluskan oleh dewan yang mulia ini.”

Apa sebenarnya yang menyebabkan rang undang-undang ini dibentangkan? Hussein menjelaskan kepada dewan seperti berikut,

“Kacau-bilau, tunjuk perasaan, rusuhan, bakar-membakar, pecah-memecah hartabenda, berkumpul secara haram dan lain-lain perbuatan, adalah ekoran daripada undi tidak percaya ke atas Menteri besar.”

Hussein menerangkan kepada dewan, setelah Menteri Besar Kelantan hilang kepercayaan di dalam Dewan Undangan Negeri, Pemangku Raja tidak membuat keputusan untuk membubar atau melantik Menteri Besar yang baru. Tindakan Pemangku Raja itu, menurut Hussein, mungkin kerana bimbang bahawa apapun keputusan yang dibuatnya tetap akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan satu golongan rakyat dengan golongan yang lain.

Akibatnya, suasana kacau bilau berterusan walaupun perintah berkurung telah dilakukan. Hussein memberitahu dewan, sehingga 5hb November 1977, pihak berkuasa telah membuat 288 tangkapan, manakala 35 buah rumah dan premis perniagaan telah mengalami kerosakan.

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn, Perdana Menteri Malaysia 1976-1981.
Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn, Perdana Menteri Malaysia 1976-1981.

Walaupun mengakui pada dewan bahawa pihak berkuasa masih mampu mengawal suasana yang semakin menegang di Kelantan, tetapi kerisauan kerajaan menurut Hussein ialah suasana ini akan dimanipulasi,

“… oleh pihak kominis, puak pelampau, anti-nasional dan anasir-anasir jahat yang akan mengancam keselamatan bukan sahaja di Negeri Kelantan bahkan di seluruh negara kita. Kemungkinan ini menjadi lebih serius disebabkan oleh sempadan bersama dengan Negeri Thai.”

Seterusnya Hussein menerangkan kuasa-kuasa darurat mengikut rang undang-undang yang dibentangkan,

“Kuasa ini akan dijalankan oleh seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam Persekutuan dan kepadanya akan terserah kuasa-kuasa executive, functions, powers yang sekarang ini dijalankan oleh Menteri Besar dan executive Council. Tetapi kita ada membuat peruntukan supaya pegawai ini berjaga dan pegawai ini adalah dilantik oleh saya sendiri dan beliau bertanggungjawab dan menerima arahan, panduan, nasihat dan petunjuk daripada saya. Dan sebagaimana yang saya katakan saya akan bertanggungjawab pertamanya kepada kabinet berkenaan pentadbiran dan perjalanan pentadbiran di Negeri Kelantan dan seterusnya kepada Dewan ini.”

Hussein juga memberi jaminan bahawa peranan Duli Yang Maha Mulia Raja tidak akan diketepikan. Sekiranya terdapat undang-undang negeri yang perlu digubal dan diluluskan sepanjang tempoh darurat, maka kuasa meluluskannya adalah di tangan Raja Negeri Kelantan dengan nasihat Pengarah Kerajaan yang dilantik mengikut peruntukan di dalam rang undang-undang ini.

Lebih kurang satu jam kemudian, YB Nilam Puri, Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Muda bangun menyertai perbahasan. Beliau ketika itu adalah Yang Dipertua PAS (salah satu parti komponen Barisan Nasional semenjak 1974).

Membuka perbahasannya, Asri yang bekas menteri persekutuan mengingatkan dewan,

Allahyarham Datuk Haji Momaed Bin Nasir, Menteri Besar Kelantan 1974-1977
Allahyarham Datuk Haji Momaed Bin Nasir, Menteri Besar Kelantan 1974-1977

“Semenjak negara kita merdeka, fasal yang bernama fasal 150 ini telah 3 kali digunakan orang. Samada digunakan orang secara baik atau tidak baik, ia telah digunakan…. Inilah kali yang keempatnya iaitu Rang Undang-Undang yang ada di hadapan kita pada masa sekarang.”

“Jenerasi kita yang akan datang akan membaca dan mengkajinya dan kemudian menghukumnya samada kesemua darurat atau emergency yang telah diisytiharkan itu sebenar-benar emergency atau darurat atau hanya ‘Emergency of Convenience’.”

Asri mengambil kesempatan di dalam perbahasan itu untuk memaklumkan dewan versi rasmi partinya, yang menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO dan MCA dalam gabungan BN di Kelantan semenjak 1974,

“Tuan Yang Dipertua, kita tidak boleh mengambil sejarah kejadian rusuhan di Kelantan itu bermula dari sidang Dewan Undangan Negeri di mana undi tidak percaya dilakukan terhadap Menteri Besar. Kita terpaksa jauh kembali kebelakang – tetapi kalau terlalu jauh, terlalu panjang ucapan ini jadinya. Biarlah sedikit.”

Asri membentangkan kepada dewan, rusuhan yang berlaku adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak tertentu, bermula dengan siri rapat-rapat umum yang digembar-gemburkan dengan penuh sensasi pada 24hb. September di Padang Merdeka, Kota Bharu dan 28hb. September di Pasir Mas,

“…baharulah 15hb Oktober undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dilaksanakan, seruan-seruan melalui kertas-kertas, surat-surat sibaran serta melalui poster-poster diedarkan campur dengan melalui syarahan-syarahan diadakan di merata kampung, mengarah rakyat datang seramai yang boleh berkumpul untuk menjadi hakim.”

“Itulah hari bermulanya peristiwa ini iaitu hari menetasnya telur yang telah dieramkan selama ini. Pada hari itulah belang-belang yang sebenarnya telah mulai tergambar. Tunjuk perasaan telah berlaku…”

Seterusnya, Asri mengemukakan kepada dewan yang beliau katakan bukti ‘pesta rusuhan’ adalah sesuatu yang terancang.

“… rumah YB Timbalan Menteri Besar diserang orang pada 22hb Oktober, 1977, bertepatan dengan hari YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir, Timbalan Perdana Menteri menziarah ke Negeri Kelantan…”

Asri mendakwa polis yang mengawal rumah Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan itu membiarkan sahaja perusuh menyerang tanpa bertindak. Perusuh berjaya masuk ke dalam rumah TMB sehingga beliau mengugut untuk menembak perusuh-perusuh tersebut. TMB melepas 3 das tembakan ke udara dan kemudian pihak polis mengambil pistol darinya. Perusuh semakin mengganas dan mengakibatkan kerosakan. TMB terpaksa bersembunyi di koridor rumahnya.

Para perusuh merampas kambing-kambing dan ayam-ayam belanda peliharaan TMB seperti ‘harta rampasan perang’ dan disembelih serta dibuat keraian.

Asri juga memaklumkan kepada dewan mengenai kedudukan ahli-ahli Yang

Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Yang Dipertua PAS, 1969-1982.
Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Yang Dipertua PAS, 1969-1982.

Berhormat PAS di dalam kabinet,

“Saya dan rakan-rakan saya terpaksa keluar daripada Jemaah Menteri atau Kerajaan ialah kerana hendak mencari keadilan. Saya hendak menjaga nama baik Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang, supaya jangan saya berdiri di kerusi Menteri itu bercakap menentang Perdana Menteri sendiri.”

“Keputusan keluar daripada Kerajaan – bukan keluar daripada Barisan Nasional – dibuat oleh parti dan sebagai manusia berparti, manusia politik yang berparti, mesti patuh kepada arahan parti, demikian PAS, demikian UMNO, demikian DAP, demikian apa-apa parti sekalipun.”

Asri menjelaskan kepada dewan, PAS telah memutuskan semua ahli-ahli Yang Berhormat PAS yang memegang jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen mestilah meletakkan jawatan serta merta jika Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 dibawa untuk pembentangan di Parlimen.

Pendirian PAS menurut Asri bahawa rang undang-undang ini adalah,
“… Rang Undang-Undang yang akan memperkosakan hak-hak demokrasi walaupun undang-undang demokrasi membenarkannya…”

Asri juga memaklumkan kepada dewan, seorang Menteri dari parti PAS yang masih tidak meletakkan jawatannya seperti di arah oleh parti, telah terpecat keahlian PASnya pada jam 2 petang tadi.

Setelah hampir satu jam membahaskan rang undang-undang itu, Asri akhirnya duduk. Segera bangun YB Bagan Datok, Haji Hassan Adli Bin Haji Arshad, dari BN-PAS untuk membahaskan rang undang-undang tersebut.

Haji Hassan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberi versinya tentang apa yang berlaku di dalam parti PAS,

Allahyarham Dato' Haji Hassan Adli bin Arshad,.
Allahyarham Dato’ Haji Hassan Adli bin Arshad,.

“Saya sendiri di dalam beberapa Majlis Jawatankuasa Agong PAS itu sendiri bersama dengan tujuh orang rakan yang lain dan 13 orang Ahli Dewan Ulama PAS Pusat yang sebulat suara kecuali pengerusinya telah berusaha untuk menyelamatkan hal ini supaya Datuk Haji Mohamad Nasir tidak dipecat daripada kedudukannya secara tidak wajar juga….”

Hassan juga menyangkal dakwaan Asri bahawa rusuhan di Kelantan adalah sesuatu yang telah dirancang,

“Saya tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua, siapa yang sponsor, siapa yang mengupah atau siapa yang makan upah dalam demonstrasi-demonstrasi ini tetapi terlepas dari persoalan ini, Kelantan mendapat suasana yang rumit. Ini tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu pada fikiran saya Rang Undang-Undang ini sekarang adalah wajar bagi dijalankan…”

Seterusnya, Hassan menjelaskan kepada dewan mengapa beliau melanggar arahan partinya dengan menyokong rang undang-undang ini,

“Tuan Yang di-Pertua, inilah saatnya walaupun soal ini sebenarnya soal negeri Kelantan, tetapi kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memberikan sekurang-kurangnya satu formula yang lain bagi melegakan buat sementara waktu kerumitan dan ketengangan di Kelantan.”

“Inilah saatnya pada fikiran saya kita harus lebih mementingkan maruah bangsa, maruah umat Kelantan itu sendiri, lebih daripada yang lain-lainnya. Umat Kelantan berkehendakan satu kehidupan yang aman, menikmati pembangunan yang terus pesat, umat Kelantan mahukan satu pemerintahan yang bersih lagi adil, umat Kelantan tidak mahu nama mereka yang harum sebagai pencinta keamanan dicemarkan dengan peristiwa-peristiwa yang akan menumpahkan darah…”

DSC_0006
Suasana di Kota Bharu dikemuncak kemelut politik Kelantan 1977.

Pada jam 9.35 malam, YB Kota Melaka, Lim Kit Siang dari DAP bangun membahaskan rang undang-undang tersebut. Lim menentang rang undang-undang itu dengan memberitahu dewan,

“Tuan yang di-Pertua, saya bangun dengan penuh tanggungjawab dan perasaan sedih kerana apa yang Parlimen berhajat membuat dengan perisytiharan darurat dan penguatkuasaan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan menggantungkan Perlembagaan Negeri Kelantan dan mengadakan pemerintahan ala-Mageran di negeri tersebut merupakan suatu ‘subversion’ kepada basis demokratik Perlembagaan Malaysia.”

Lim menegaskan kepada dewan, perselihan faham politik tidak boleh dijadikan alasan untuk mengorbankan prinsip-prinsip demokrasi dan jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bagaimanapun, Lim mengambil kesempatan membuat pendedahan menarik kepada dewan. Lim memaklumkan dewan mengapa PAS mengambil tindakan untuk memecat Menteri Besarnya sendiri. Menurut Lim,

“Hampir dalam pertengahan bulan September, YAB Menteri Besar Kelantan telah diberi kata dua oleh partinya sendiri iaitu Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan, samada beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September ataupun menghadapi undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri Kelantan di mana PAS memegang 22 dari 36 kerusi…”

Haji Mohamed Nasir, bagaimanapun menurut Lim enggan meletakkan jawatan dan mendakwa langkah itu diambil kerana Haji Mohamed Nasir,

“… telah bertindak mengambil balik concession sebanyak 350,000 ekar tanah yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines dan juga kerana beliau membekukan tanah seluas 240,000 ekar di sempadan Kelantan-Perak yang dipercayai mengandungi bijih timah yang bermutu tinggi.”

Jawatakuasa Pusat PAS menurut Lim telah dalam mesyuarat 10 Oktober 1977 memecat Haji Mohamed Nasir dengan 13 undi menyokong, 7 undi menentang dan 2 berkecuali. Seterusnya Lim memberitahu dewan,

“Pada 15hb Oktober, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya terhadap Datuk Haji Mohamed Nasir dengan 20 menyokong dan 13 anggota UMNO dan seorang dari MCA bertindak keluar dari dewan.”

Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 dibahaskan selama hampir 7 jam dengan lebih 20 orang ahli Yang berhormat mengambil bahagian.

DSC_0010
Lebih 5,000 anggota polis dikerah mengawal keselamatan sebelum perisytiharan darurat.

Pada jam 1.53 pagi, YB Kubang Pasu, Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad, Timbalan Perdana Menteri telah bangun untuk menggulung perbahasan.

Mahathir memberitahu dewan, kepimpinan Barisan Nasional telah berusaha menyelamatkan situasi di Kelantan supaya undi tidak percaya tidak diteruskan kerana khuatir ia akan membawa keadaan yang tidak tenteram di Kelantan.

“Kita telah mencadangkan supaya kita akan cuba memujuk Menteri Besar yang tidak disuaki itu mengundur diri dan diganti dengan orang yang tidak menimbulkan masalah di Negeri Kelantan, tetapi malangnya formula ini ditolak…”

Menurut Mahathir, kepimpinan PAS terus mendesak bahawa soal Menteri Besar adalah ‘hak kami’ dan ‘kalau kami ingin singkirkan siapapun tidak berhak menahan kami,’ akibatnya usaha BN untuk mengatasi krisis politik menerusi pendekatan politik telah menemui kebuntuan.

Mahathir juga menyangkal versi YB Nilam Puri berhubung keganasan yang berlaku di rumah Timbalan Menteri Besar Kelantan. Mahathir memberitahu dewan, menurut laporan polis, keganasan bermula hanya selepas TMB melepaskan tembakan. Ini juga menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil pistol itu dari TMB.

Mahthir mengakhiri penggulungan dengan memberitahu dewan,

“Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat telah berkali-kali mengatasi banyak masalah secara rundingan dan saya tidak perlu perhitungkan masalah-masalah ini kerana ini adalah menjadi ketahuan umum.”

“Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah, kita masih bersedia untuk mencari jalan politik ataupun jalan apa juga untuk mengatasi masalah ini sementara Undang-Undang ini berkuatkuasa dan membawa ketenteraman kepada Negeri Kelantan.”

Dewan kemudiannya membuat undian, dan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan dengan 118 ahli Yang Berhormat menyokong manakala 18 menentang. Dewan Rakyat kemudiannya ditangguhkan jam 2.45 pagi, 9hb November 1977.

DSC_0007
Rapat umum dan syarahan politik mengapi-apikan keadaan.

Nota:

Mulai 9hb November 1977, pemerintahan persekutuan dilaksanakan di seluruh Kelantan. Demokrasi telah digantung. Pada 13hb Disember 1977, Majlis Tertinggi BN telah memberi tempoh 4 hari kepada parti PAS untuk memecat ahli-ahli Yang Berhormatnya yang menentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 di Parlimen. Pada 14hb Disember Datuk Haji Mohamed Asri, selaku Yang Dipertua PAS mengumumkan bahawa PAS menganggap partinya bukan lagi komponen Barisan Nasional dan akan memainkan peranan sebagai pembangkang.

Pada 8hb Julai 1978, rakyat Kelantan keluar mengundi di dalam Pilihanraya Negeri yang dibuat serentak dengan Pilihanraya Umum ke 5. Demokrasi kembali di Kelantan dengan ditadbir oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.

E LIN SHENG- THE CHINESE DILEMMA

IMG-20150209-WA0002APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA:

1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan.. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2. Pengiktirafan orang Cina:

“Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang Cina:

“Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

4. Perkauman orang cina:

“Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia daripada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

5. Penghinaan orang Cina:

“Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah “Menghina” terhadap orang Melayu. Dalam dialek Cina yg tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, Bangsa yang tidak Bertamadun.. Malahan orang Cina yang memeluk Islam dikatakan telah ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi Askar atau Polis kerana anggap itu kerja kotor dan hanya Eksklusif kepada kaum Melayu sahaja.. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan Tamadun Cina lebih tinggi berbanding Budaya dan Tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun.. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘Ketuanan orang Putih’ kerana menganggap tamadun dan Budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap Tamadun Melayu-Bumiputera.” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

6. Sikap negatif orang Cina:

“Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan Kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan Usahawan atau Syarikat2 Melayu.. dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

7. Isu Tuan Rumah:

“Siapakah Tuan Rumah Negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku Tuan Rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah sbg tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang Cina Malaysia sepatutnya berasa malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi Kerakyatan…. Akhirnya mereka cuba hendak merampas serta menindas Tuan Rumah (Bangsa Melayu). Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar dan ramai. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan Perlembagaan dan Sosial Kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)

8. Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah oleh Cina:

“Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah satu Bangsa yang bersopan santun dan kaya dgn kesabaran.. Sudahlah mereka bersusah payah Berjuang bermati matian untuk membebaskan diri dari Jajahan Barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di Tanah airnya.. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah diberi peluang utk mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap Bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, Ekstrim serta Perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini.. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang Menjajah Orang Melayu… Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata” -(Buku The Chinese Dilemma – Ye Lin-Sheng)