Hudud kini bukan isu taboo lagi di Malaysia

sinar hudud
Sekian lama masyarakat Malaysia takut mendengar perkataan hudud. Pantang apabila mendengar perkataan hudud, sebahagian rakyat, tanpa mengira agama dan kaum, mereka takut untuk berbincang mengenainya, apatah lagi mahu melihat ia dlaksanakan di Malaysia.

Hudud adalah adalah salah satu peruntukan undang-undang Islam untuk menangani jenayah syariah selain daripada hukuman takzir dan qisas. Jenayah syariah adalah berkaitan dengan arak, zina, bunuh, fitnah, murtad, mencuri, dan merompak.

Hudud adalah ajaran Islam sebagai solat, puasa, zakat, dan haji. Ia adalah hak orang Islam untuk mengamalkannya untuk orang Islam. Adalah menjadi hak asasi penganut Islam mengamalkan ajaran Islam, dan orang bukan Islam tidak berhak menghalang orang Islam untuk melakukan amalan hudud, satu satu bentuk ibadah atau worship terhadap Tuhan. Malah hudud tidak mengganggu orang bukan Islam.

Orang di Malaysia takut dengan hudud antaranya adalah kerana:

  1. tiada maklumat mengenai hudud
  2. salahfaham terhadap hudud
  3. dipengaruhi oleh momokan dan ejekan serta gambaran salah dan jahat musuh Islam, termasuk dari orang Islam sendiri
  4. serangan media terhadap Islam
  5. bimbang Islam berkembang luas
  6. takut Islam menguasai negara.  dan
  7. kedegilan dan ego diri manusia itu sendiri terhadap kebenaran hukum Tuhan.

Hudud disebut di dalam al Quran lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Ia telah dijalankan di zaman pemeriintahan Nabi Muhammad s.a.w., di zaman Khalifah Ar Rasyidin, zaman Khalifah Umaiyyah, zaman Khalifah Abbasiah, zaman khalifah Othmaniah dan sehinggalah hari ini di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Di Nusantara Asia, sejarah merakamkan Tanah Melayu sebelum merdeka pernah melaksanakan hudud, takzir dan qisas selepas Islam diterima di bumi Tanah Melayu. Dr Abu Bakar Abdullah dalam tesis sarjananya telah mengupas mengenai sejarah pelaksanaan hudud di Malaysia sebelum merdeka.

New Doc 20_2 New Doc 20_3

Setelah merdeka, British telah menghapuskan hukum Islam apabila penjajah barat ini memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 melalui usaha Suruhanjaya Reid. Sejak itu, UMNO yang menjadi pewaris penjajah meneruskan pemerintahan negara dengan menggunakan Perlembagaan yang membuang semua hukum hudud, takzir dan qisas dari undang-undang negeri sebelum merdeka. Bagaimanapun terdapat kelompok Islam di negara ini yang mahukan hukum islam dikembalikan dalam masyarakat Islam tetapi gagal melalui NGO dan pentas masjid dan surau. Maka satu cara bagi meletakkan kembali hukum Islam dalam negara majoriti umat islam ini, ia perlu diusahakan melalui lorong dan pentas politik. Hanya PAS sahaja yang bersuara bagi memuliakannya. Kini penghinaan hudud dengan ungkapan “hudud PAS” , ‘hudud hukuman padang pasir”, “hudud hukuman zaman unta”, “hudud hukum primitif” sudah amat kurang kedengaran.

Malah mereka yang berhujah dengan alasan hudud adalah hukuman primitif tewas dengan hujah bahwa rogol, bunuh, zina, mencuri, dan merompak adalah jenayah primitif dan mesti ditangani dengan “hukuman primitif”

Mereka yang berhujah kononnya hukum hudud tidak sesuai di negara ini atau zaman ini juga tewas dengan hujah bahawa Tuahn Maha Mengetahui, Tuhan tahu Malaysia akan menjadi masyarakat majmuk pada selepas 1950an, Tuhan tahu apa akan terhadi pada masa lepas dan akan datang sehinggalah ke hari kiamat. Jangan anggap Tuhan itu bodoh kecuali manusia itu bodoh.

Usaha memahamkan rakyat mengenai hukum Islam menghadapi pelbagai halangan dan kekeliruan yang datang dari pelbagai kumpulan dan sudut bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunie. Ada kalanya isu hudud ini dipolitikkan oleh mereka yang takut pada hudud atau tidak suka kepada hukum Islam akibat fahaman sekulkaris yang tebal dalam diri mereka dan kerana mahu mengekalkan kuasa.

Tahun demi tahun, usaha dakwah dan penerangan mengenai hudud di buat dalam seminar, persidangan, brosur, buku, forum, perbincangan  formal dan tidak formal, dan apa jua peluang yang ada dilakukan oleh PAS secara konsisten tanpa henti dalam negara. Akhirnya tahun ini Sinar Harian Malaysia menganjurkan sesi “Bicara Minda: Hudud Dari Pandangan Hadi”. MArfi kita menonton rakaman video sesi Bicara Minda anjuran Sinar Harian.

Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Abu Bakar di Kompleks Media Karangkraf pada 22 April 2015

Bahagian 1

Bahagian 2

 

Baca lagi: http://hududislam.wordpress.com

One thought on “Hudud kini bukan isu taboo lagi di Malaysia

  1. Cik Misstree June 17, 2015 at 1:21 pm Reply

    Dalam hal ini, ketika British menjajah Negeri2 Tanah Melayu, British bukan saja bertindak menghapuskan hukum hudud, takzir dan qisas malah turut menyempitkan peranan Islam dalam pentadbiran dan pembangunan negara. British memastikan pemimpin yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kemerdekaan merupakan pemimpin yang berperanan sebagai legasi yang meneruskan apa yang telah dicorakkan oleh British – politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Faktor terdapat orang Islam tidak menyokong pelaksanaan hudud ditambah lagi dengan faktor tentangan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Pelaksanaan hudud pada kaca mata masyarakat bukan Islam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Walaupun Tun Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam tanpa pelaksanaan hudud; Malaysia menjadi negara Islam menurut pandangan UMNO namun pada pandangan masyarakat bukan Islam di Malaysia, negara ini adalah negara sekular.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: