Monthly Archives: March 2016

Motor tayar 2 terkini, seimbang, sukar tumbang

Pada 2 Jun 2012, kita pernah bicara tentang perlunya kita memikirkan bagaimana kita boleh kurangkan bilangan kemalangan jalanraya melibatkan motosikal. Salah satu kaedah pengurangan kemalangan ini ialah mewajibkan penggunaan tiga roda pada semua motor supaya kedudukan motor lebih stabil dengan. Sila lihat https://albangi.wordpress.com/2012/06/02/berfikir-luar-kotak-wajibkan-motor-3-roda/.

Tapi hari ini sudah ada motor 2 roda, model baru yang seimbang dan sukar jatuh.

Apabila motor 2 roda baru ini diperkenalkan, ia tidak menjamin pengurangan kemalangan, tetapi ia mengurang risiko kemalangan serius pada tubuh badan penunggang kerana motor tidak sukar tumbang dan terdapat objek sekeliling motor yang melindung tubuh badan penunggang sekiranya penunggang dilanggar atau terlanggar objek.