Monthly Archives: September 2016

RUU 355 mengenai kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia – satu sejarah

Pindaan yang dicadangan ke atas RUU 355 kuasa Mahkaman Syariah  telah diusulkan dalam Parlimen oleh YB Marang 26. Mei 2016 dan mendapat reaksi negatif dari bukan Islam dan sebahagian orang Islam khusus dari kumpulan Islam liberal dan parti politik yang memusuhi parti Islam dan pemimpin Islam. Susulan dari usul ini yang belum dibentangkan sepenuhnya, telah mula dibahaskan di luar Parlimen sementara menunggu pembentangan sepenuhnya bulan Oktober 2016.