Category Archives: D. Sosial-Agama

Surat kepada PM Malaysia dari Siti Hajar Aladin

1377331_540659726006535_1349074155_nAssalamualaikum Dato’ seri..

Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

najibSejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

 

  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Kamal At Tartuk, buku sejarah Malaysia kata Bapa Moden Turki, tapi sebenarnya penjahanam Islam di Turki

MUSTAFA KAMAL ATATURK : M A T I N Y A . D A L A M . H I N A ! ! ! ✻

1157422_10201343164253591_312724509_nUntuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

ataturk-posteriKamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

kemal-ataturk-117753eAtaturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

ataturk_kemalDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

mustafa-kemal-ataturkMaha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Benarkah kerajaan BN-UMNO gagal, tetapi penjenayah dipersalahkan?

zahid 260000Satu dakwaan oleh Menteri KDN bahawa 260,000 penjenayah dibebaskan menjadi punca kepada kes bunuh dengan menggunakan senjata api dan bom sejak 6 bulan kebelakangan ini. Semuanya disalahkan kepada penjenayah sedang kerajaan gagal mendakwa mereka dan menyelesaikan kes mereka di mahkamah selepas mereka di tahan begitu lama.

Jika kerajaan “sudah tahu” implikasi pembebasan penjenayah ini boleh menjejaskan keselematan negara, mengapa kerajaan tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mana kerajaan pernah ambil tindakan ke atas tahanan ISA yang dibebaskan.

Antara syarat pembebasan yang pernah kerajaan lakukan ialah:

  1. bekas tahanan dikehendaki melaporkan diri setiap minggu di balai polis berdekatan tempat tinggal
  2. passport bekas tahanan dipegang untuk tempoh te
    rtentu
  3. bekas tahanan tidak boleh terlibat dalam apa jua kes jenayah
  4. dan seumpamanya

Jika bekas tahanan gagal memenuhi syarat dan melanggar undang-undang, maka mereka boleh direman semula. Mengapa ini tidak dilakukan?

Langkah seterusnya yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah mengemaskini SOP (Standard Operating Procedure) di sempadan dan pintu masuk negara untuk mencegah penyeludupan senjata api. Antara tektik penyeludupan senjata api:

  1. Senjata api dibungkus dan diselitkan di dalam tong ikan berair batu dan tong sayur yang dibawa keluar masuk di sempadan
  2. Senjata api diseludup dalam kotak-kotak barang dan kontena di pelabuhan dan kargo kapalterbang
  3. Senjata api dibungkus dengan kertas aluminium tebal dan dimasukan dalam beg dan kotak dalam kapalterbang
  4. Komponen senjata api dipisah-pisahkan dan dibawa masuk secara terpisah dan kemudian dipasang semula
  5. Senjata api dibungkus dan diikat atau lekat pada bahagian bawah kereta dan di mud guard berdekatan tayar

Ada juga senjata api buatan sendiri dalam negara yang beredar dalam kalangan penjenayah. Peluru haram yang diseludup dan buatan sendiri juga perlu dipantau oleh polis.

1000337_367696196693179_425006007_nMenteri KDN kata PDRM ada 112,583 pegawai-polis bahagian pencegahan jenayah. Mengapa tidak dieksploitasi mereka untuk cegah jenayah, mengapa ramai dari mereka menjalankan kerja perkeranian?

Mengapa tidak lantik pegawai kerani biasa untuk membuat tugas-tugas perkeranian?

Tugas utama polis bukan lakukan kerja perkeranian tetapi menjaga keselamatan rakyat dan negara di luar sana.

Polis bersendirian tidak mampu cegah jenayah tanpa bantuan anggota masyarakat seluruhnya termasuk NGO. Kerajaan harus membina kerjasama ini dengan lebih serius dan bukan tanam tebu di bibir mulut.

Seterusnya, baca petikan tulisan di bawah ini yang memaparkan bagaimana hubung kait antara 260,00 penjenayah yang dibebaskan dan senjata api dan kes pembunuhan di akhir-akhir ini oleh Hisemudin Kasim

od

Dipetik: http://hisemudinkasim.b
logspot.com/2013/08/pemansuhan-ordinan-darurat-punca.html

Pemansuhan Ordinan Darurat punca kejadian tembak gunakan senjata api makin berleluasa

Mengerikan ! Nyawa berada di hujung senjata api ! Itulah persepsi kebanyakan rakyat Malaysia yang tersintak dengan gejala tembak-menembak yang berlaku dalam beberapa bulan ini. Tetapi benarkah situasi itu di luar kawalan pihak keselamatan negara ? Maka kita tiba-tiba dikejutkan dengan satu-demi satu kes yang terpampang di kaca-kaca TV maupun di dada-dada akhbar.

Malah menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutamanya kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak bergigi’  selepas ordinan itu dihapuskan.

Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.

Ini yang pentingnya kerana akta yang ada ketika ini hanya memperuntukkan undang-undang dan hukuman terhadap pesalah jika kejadian jenayah sudah pun berlaku. Sedangkan kita semua menuntut agar PDRM menangani jenayah-jenayah berat ini dengan lebih berkesan lagi. Apa lagi mekanismenya sekarang dari aspek penahanan pencegahan?

Maka Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia berharap akta baru yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan. Ini berikutan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention)

Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tidak dipersetujui oleh beberapa pihak, apa yang penting dalam sebarang perundangan ialah perlu ada keseimbangan dalam melindungi hak individu, di samping menjaga kepentingan masyarakat. Ia juga perlu memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak.

Selain pandangan umum, maka pandangan polis, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Majlis Peguam juga perlu diambil kira.

Polis juga berpendapat perkara ini juga menyentuh keperluan saksi hadir dan memberi keterangan di mahkamah ketika pendakwaan dilakukan. Masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat. Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.  Sekarang ini disebabkan saksi enggan memberikan keterangan di mahkamah maka penjenayah-penjenayah semakin berani untuk melakukan jenayah yang radikal serta agresif seperti tembak-menambak yang berleluasa sekarang.

Oleh itu kita memerlukan undang-undang yang menyamai Ordinan Darurat yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah.

Kesan daripada pemansuhan Ordinan Darurat, penahanan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dahulunya disiasat di bawah Ordinan Darurat 1969 tidak lagi dapat dijalankan. Malah, suspek-suspek yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat.

Ketika pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dikuatkuasakan pada 21 Jun 2012, hampir 1,500 orang ditempatkan di empat pusat tahanan di seluruh negara iaitu di Simpang Renggam dan Muar, Johor; Batu Gajah, Perak dan Machang, Kelantan. Selain itu, hampir 2,500 orang yang menjalani hukuman di bawah Akta Kediaman Terhad 1933.

Itu tidak masuk lagi kes-kes membabitkan kira-kira 300 orang yang sedang menunggu untuk ditangkap dan dalam proses mendapatkan perintah penahanan ke atas mereka sebelum dihantar ke pusat-pusat tahanan berkenaan. Kes-kes tersebut akhirnya diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lagi’ (NFA).

Menurut perangkaan polis, kes jenayah kekerasan yang dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat sepanjang enam bulan pertama tahun ini telah meningkat sekali ganda menjadikannya 67 kes berbanding 33 kes dalam tahun 2012.

Antara jenayah kekerasan yang dilakukan mereka seperti membunuh dan cubaan membunuh, samun bersenjata, ugutan jenayah termasuk merusuh.

Walaupun alamat bekas tahanan itu diserahkan kepada polis, namun tidak ada undang-undang yang memberi kuasa kepada polis untuk mengarah atau memastikan mereka kekal menetap di alamat berkenaan. Ini kerana selepas dibebaskan, mereka juga perlu mencari pekerjaan dan berpindah.

Tambahan pula, pada pandangan masyarakat, siapakah yang berani menggaji bekas tahanan ini, maka demi kelangsungan hidup mereka terpaksa kembali melakukan pekerjaan lama dengan terbabit dengan jenayah. Ada sebahagian pula kembali menganggotai kongsi gelap atau sebagai pembunuh upahan bagi pihak-pihak yang berkepentingan dalam perniagaan. Ia mungkin juga mensasarkan pegawai-pegawai kerajaan yang sering menggagalkan urusan perniagaan haram atau apa-apa transaksi yang menyalahi undang-undang.

Setelah berkumpulnya mereka dalam kumpulan-kumpulan tertentu, maka gerombolan penjenayah ini kembali merebut kawasan untuk kembali berkuasa. Maka akan berlakulah pertelingkahan sama sendiri yang pastinya melibatkan penggunakan senjata api. Ini berlaku terutamanya dalam urus niaga dadah.

Berikut adalah senarai jenayah tembak-menembak yang berlaku dalam beberapa bulan ini sehinggalah ke tarikh catatan ini ditulis :

Tarikh/

Tempat

Mangsa

Maklumat

9/8/2013 Chemor Seorang cedera parah Seorang lelaki Cina cedera parah ditembak ketika memandu di Taman Klebang Putra, dekat Chemor. Suspek menaiki motorsikal menghampiri kereta mangsa dan melepaskan sekurang-kurangnya 6 das tembakan.
9/8.2013 Pulau Pinang 1 cedera parah Seorang ‘bouncer’ di sebuah pusat hiburan cedera parah di paha akibat ditembak oleh seorang suspek yang memakai topi keledar. Ketika itu beliau baru turun dari kereta BMW yang dipandunya. Polis mensyaki ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.
9/8/2013 Pulau Pinang Tiada kecederaan dilaporkan Sebuah keluarga Cina di Pulau Tikus, Pulau Pinang dikejutkan daripada tidur dengan 6 das tembakan di luar kediaman mereka. Tembakan hanya mengenai bahagian rumah mangsa sahaja.
9/8/2013 Kuala Lumpur 1 cedera Seorang pemandu teksi cedera di tapak tangan dan paha selepas tertembak diri sendiri dengan pistol yang didakwa dijumpai dalam beg sandang di tempat belakang duduk kenderaannya. Dia tertembak diri sendiri ketika cuba mengeluarkan kelongsong peluru dari senjata terbabit.
9/8/2013Kubang Pasu 1 cedera parah Seorang anggota tentera, Mohd Azamuddin Azizan cedera parah terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh penyeludup ketika membuat rondaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.
7/8/2013 George Town 1 mati Veerappan Kanapathi ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson, George Town oleh dua orang lelaki bermotorsikal. Mangsa mempunyai tiga rekor jenayah berkaitan Akta Dadah Merbahaya.
4/8/2013 Kota Bharu 1 mati, 1 cedera Amirul Tajo Nasir, seorang penoreh getah maut ditembak di sebuah kedai makan di Pasir Putih manakala seorang wanita cedera. Ia dikaitkan dengan urus niaga dadah.
1/8/2013 Kuala Lumpur 1 cedera parah Wong Foo Yui, seorang pekerja kedai emas ditembak dua individu bermotorsikal di Pandan Indah ketika mangsa memperlahankan kenderaannya menghampiri persimpangan
31/7/2013 Parit Buntar 1 mati N. Jeevandran, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.
29/7/2013 Bukit Mertajam 1 tercedera G Santhanasamy, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat.
29/7/2013 Kuala Lumpur 1 mati, 1  tercedera Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur manakala isterinya cedera . Seorang lelaki Cina bersenjata menuju ke arah mereka dan melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan Hussain Ahmad terbunuh di tempat kejadian .seingancai
29/7/2013 Ipoh 1 matii, 2 tercedera Jasrafveenderjeet Singh, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa cedera. Mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.
27/7/2013 Jempol 1 cedera Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW.
sanjeevan
26/7/2013 Temerloh 1 cedera Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut.
24/7/2013 Kluang 1 cedera Seorang lelaki cedera parah ditembak di bahagian badannya di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang. Mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
19/7/2013 Semanggol 1 mati Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol.
18/7/2013 Kulim 1 mati Seorang guru K. Shanmugan, mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat
15/7/2013 Kampar 1 cedera Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13 tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.guru-mati-ditembak
12/7/2013 Pulau Pinang 2 cedera Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan.
8/7/2013 Bachok 1 mati Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu. Kereta yang dipandu terbabas dan terhenti di halaman sebuah rumah.guru-sekolah-ditembak3
4/7/2013 Pulau Pinang 1 mati Kuganeswaran ditembak dari jarak dekat oleh dua suspek yang memakai topi keledar dengan melepaskan empat das tembakan.
4/7/2013 Pasir Mas 1 cedera Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher.
14/6/2013 Kuala Kurau 1 cedera Seorang peniaga, Lim Kong Hai cedera parah di bahagian perut setelah ditembak dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.
6/6/2013 Muar 1 mati Mayat Tan Chai Heng ditemui terbaring tidak jauh dari rumahnya. Dipercayai ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat.
4/6/2013 Taiping 1 mati, 1 tercedera Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy mati sementara rakannya cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan.
29/5/2013 Sungai Buluh 1 cedera parah Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh kali oleh dua lelaki bermotosikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.
25/5/2013 Pasir Putih 1 mati Seorang peraih ikan, Zahari A. Razak, ditembak mati ketika memandu kereta keluar dari masjid di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan .razak
12/5/2013 Bukit Tambun 2 mati,  2 tercedera Dua lelaki India maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan perniagaan.
11/5/2013 Seremban 2 mati,  2 tercedera Dua lelaki India maut manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.
11/5/2013 Lunas 1 mati Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
10/5/2013 Alor Setar 1 mati Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya.
9/5/2013 Tangkak 1 mati Seorang jurutera, Muthu Pillai dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.
7/5/2013 Nibong Tebal 1 cedera Seorang ahli Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman – taman perumahan, Tan Hock Chin ditembak di kepala oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
30/4/2013 Taiping 1 tidak apa-apa. Seorang peniaga barang hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar , kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.
26/4/2013 Cheras 1 mati, 1 cedera R. Karikaalan mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
26/4/2013 Putrajaya 1 mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.kastam
25/4/2013 Seremban-Tampin 1 mati Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang daripada dua orang yang bermotosikal.
16/4/2013 Taiping 1 mati Mangsa, K Muthazagen maut ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya.
14/4/2013 Seremban 1 mati Tan Kok Soon ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland.
12/4/2013 Seremban 1 mati James John ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang penembak yang bermotosikal.

Meneliti senarai panjang kejadian tembak-menembak yang dipercayai didalangai oleh penjenayah-penjenayah bekas tahanan Ordinan Darurat ini, maka kita mengharapkan kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan undang-undang baru.  Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan berkemungkinan akan membentangkan draf undang-undang tersebut pada bulan September ini untuk bacaan di parlimen bagi dibahaskan sebelum diluluskan.

Dari segi pencegahan untuk mendapatkan senjata api, ramai pihak menyarankan agar diperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand yang merupakan sumber utama bagi mendapatkan senjata api. Ia mungkin dapat dilakukan dengan memastikan setiap kenderaan yang melalui pintu masuk dan keluar di sempadan dilengkapi dengan sistem imbasan yang canggih. Ini memandangkan dalam persepsi masyarakat, bahawa senjata api begitu mudah diseluduh melalui lori-lori ikan terutamanya yang berulang-alik setiap hari.

Namun demikian, walaubagaimana bijak sekalipun pihak berkuasa menangani hal ini, licik lagi penjenayah yang sejak dari dulunya menjadikan jalan tikus di sempadan sebagai laluan utama untuk menyeludup senjata api dan dadah.

Oleh itu jalan yang paling nyata untuk dinantikan ialah dengan mengembalikan undang-undang pencegahan yang menyerupai Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan itu.

Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
12.08.2013

Mahar tinggi, perkahwinan tidak diberkati Allah, menyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi

Wang-Hantaran-KahwinDi dalam Islam, mahar adalah maskahwin yang ditentukan oleh keluarga perempuan. Nabi s.a.w. menganjurkan supaya mahar tidak tinggi tetapi rendah, dan mahar yang rendah akan diberkati. 

Perkahwinan yang diberkati adalah lebih utama dari perkahwinan yang dijalankan untuk mencari glamor, menjual nama dan status keluarga. Perkahwinan yang dijalankan untuk bermegah dan riak akan merosakkan rumahtangga yang baru dibina.

Ramai orang Islam tidak percaya kepada hadis Nabi ini. Akhirnya kita menyaksikan kadar perceraian yang tinggi dalam kalangan umat Islam khususnya generasi masa kini.

Kerajaan tidak berhak meletakkan kadar mahar kerana hak meletakkan nilai mahar adalah hak keluarga perempuan. Kerajaan seharusnya mendidik rakyat tentang kedudukan mahar dalam Islam, bukannya meletakkan siling harga aau nilai mahar.

Selain mahar, di dalam adat Melayu, ada hantaran belanja atau belanja hangus yang dikenakan ke atas bakal pengantin lelaki. Mahar adalah wajib manakala hantaran belanja atau belanja hangus tidak wajib. Ada pihak yang anggap mahar dan belanja hangus sama sahaja kerana tidak faham hukum agama.

Apabila pihak keluarga meletakkan nilai belanja hangus yang tinggi, ramai anak muda lelaki tidak mampu berkahwin, dan akhirnya terpaksa tangguh perkahwinan melainkan mereka berhutang dan bergolok bergadai untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagi pasangan yang tidak jadi berkahwin, mereka terus bercinta tanpa nikah, yang akhirnya membawa kepada kecelekaan apabila si perempuan mengandung anak luar nikah dan ada yang menggugurkan anak atau membuang anak yang tidak diminta untuk dilahirkan.

Mahar atau maskahwin atau belanja hangus?

KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.

Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.

Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.

Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.

“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.

Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

divorceKadar perceraian

“PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim” ( Berita Harian, 3 Mac 2011 )

Punca peceraian

 

Mengikut analisis yang dibuat antara punca kes perceraian adalah, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

 

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus. ( Utusan Malaysia, 30/12/2010 )

 

Perkara utama yang menjadi punca kepada permasalan sesebuah kekeluargaan adalah tidak sefahaman, tanggangjawab dan campur tangan pihak ketika.

 

Profesor Sunni masuk Syiah tetapi keluar Syiah akhirnya

532501_209697369188457_2011012932_nSeorang bekas pengikut Syiah mengakui fahaman tersebut menyeleweng dari sudut akidah, khususnya amalan nikah muta’ah dan konsep imam 12.

Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus berkata, selama lima tahun menjadi pengikut Syiah, beliau juga mendapati para pengikut fahaman itu terlalu mengabaikan ibadah.

Atas sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menjadi pengikut Syiah ketika berusia lingkungan 20-an dan pada masa itu masih belajar di Amerika Syarikat (AS). Saya tertarik dengan Revolusi Iran pada tahun 1979 yang dianggap berjaya mengangkat martabat maruah Islam.

“Namun dalam tempoh saya di dalam Syiah, didapati ada perkara-perkara yang saya tidak boleh terima dan tidak logik, antaranya nikah muta’ah dan konsep imamah. Paling menyedihkan mereka terlalu mengabaikan ibadah khusus kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Mohamed Ajmal berkata, rata-rata pengikut tidak tahu tentang solat, puasa dan ekoran itu mengambil keputusan keluar daripada terus mengikuti fahaman itu.

“Apabila ditanya tentang ibadah khusus kepada Allah SWT, mereka tidak tahu tetapi apabila ditanya perbezaan fikrah sunni dan Syiah, mereka tahu dengan mendalam.

“Solat mereka pun berbeza dengan kita. Memang solat mereka lima kali tetapi boleh ditunaikan dalam tiga waktu. subuh satu waktu, zuhur dan asar dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak juga boleh dijamakkan,” katanya lagi.

Mengenai nikah muta’ah, beliau berkata, amalan tersebut tidak masuk akal kerana pasangan boleh berkahwin dalam tempoh lima atau 10 atau 15 minit tanpa perlu saksi.

Lebih malang lagi ujarnya, amalan itu terus berlaku sehingga sekarang.

“Bagi saya nikah cara ini merupakan lesen kepada seorang lelaki untuk tidur dengan sesiapa sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

“Saya juga percaya imam- imam besar Syiah ini tidak akan benarkan anak perempuan mereka dinikah secara muta’ah dengan mana- mana lelaki,” katanya.

Mengenai konsep imam 12, beliau berkata, akal juga sukar untuk menerima konsep imam ghaib yang kini terus menjadi pegangan kepada pengikut Syiah.

“Konsep imam 12 ini juga berlaku penyelewengan besar, sebab itu saya tidak boleh terima pegangan mereka yang mengangkat manusia lain lebih tinggi berbanding para sahabat Rasulullah,” katanya lagi.

Mohamed Ajmal turut mendedahkan tentang kesanggupan Syiah mengeluarkan dana besar untuk menaja mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi pengikut fahaman itu.

“Saya pernah melalui pengalaman itu yang mana saya dan rakan-rakan ketika menyertai satu persidangan (Syiah), mereka telah memberikan buku-buku secara percuma.

“Bayangkan ketika menuntut di universiti, kami mana ada duit untuk bayar yuran persidangan, menempah hotel, makan dan minum yang semuanya dibiayai oleh mereka,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, penularan ajaran Syiah dikhuatiri akan mendatangkan ancaman militan kepada tanah air sekiranya dakyah itu tidak dibendung bermula daripada sekarang.

“Situasi berkenaan boleh berlaku jika wujud pertembungan antara fahaman, lebih-lebih lagi umat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekali gus membawa kesan buruk kepada keamanan negara.

“Syiah mengamalkan ekstremis dan antara salah satu bukti boleh dilihat daripada perbuatan mereka ketika menyambut hari Asyura iaitu mencederakan diri sendiri, selain bersikap ganas,”

Arak dan judi – sumber jenayah dan sumber cukai yang paling tinggi dalam negara

Di dalam Islam, ibu kepada segala maksiat ialah arak. Arak punca kepada mabuk iaitu hilang akal dan rosak akal. Apabila hilang akal, maka manusia tidak dapat kawal diri dan tidak stabil.

Natijahnya ia membawa kepada kerosakan pada diri dan orang lain. Kita sering dengar orang mabuk akan:

  1. membawa kereta dan terlibat dalam kemalangan lalu cedera dan terbunuh
  2. memandu dalam mabuk dan melanggar orang lain, sehingga ada orang cedera dan terbunuh
  3. merogol wanita termasuk anak sendiri dan saudara perempuan sendiri
  4. memukul atau mencederakan orang lain

Kesemua natijah arak ini membawa kepada kerugian harta benda, keselamatan,  dan nyawa manusia. Ada isteri menjadi janda, anak ada menjadi yatim, dan ada suami menjadi duda kerana kehilangan orang yang tersayang akibat arak.

Judi juga membawa kepada kerosakan akal yang didorong oleh emosi hayalan dan fikiran hayalan. Orang berjudi sentiasa berhayal untuk menang dan akhirnya menganggap duit adalah segala-galanya, lalu orang berjudi akan ketagih dan menjadikan duit sebagai berhala moden. Kehidupan mereka menjadi superficial dan penuh fantasi kerana mengharapkan fatamorgano syurga dunia.

judi_melayuekor1Natijah judi juga membawa kerosakan yang hampir sama dengan arak. Kita sering mendengar orang yang berjudi akan:

  1. menghabiskan duitnya untuk berjudi
  2. memukul isteri dan anak untuk dapatkan duit untuk berjudi
  3. menjual harta benda untuk berjudi
  4. menjual isteri dan anak untuk berjudi
  5. membuat pinjaman dari kawan-kawan untuk berjudi
  6. mencuri untuk berjudi
  7. membunuh untuk berjudi
  8. bunuh diri atau menghilangkan diri bila kalah judi.

Oleh kerana arak dan judi membawa kerosakan yang lebih besar melibatkan nyawa, kesejahteraan diri manusia dan masyarakat serta hartabenda, maka Islam mengharamkan arak dan judi pada orang Islam. Di dalam negara yang berbilang agama dan bangsa, arak dan judi adalah untuk orang bukan Islam. Bagaimanapun Islam mengharamkan orang Islam bukan sahaja tidak boleh minum dan main judi, malah:

  • tidak boleh promosi arak dan judi
  • tidak boleh bekerja dengan syarikat arak dan judi
  • tidak boleh melabur wang dalam syarikat arak dan judi
  • tidak boleh terlibat dalam apa jua aktiviti yang melibatkan arak dan judi

Apabila seseorang Muslim menggunakan pendapatan dari sumber haram iaitu arak dan judi, ia boleh  memberi kesan kepada amal ibadah diri sendiri, zuriat darah daging sendiri, dan keberkatan dalam usia, harta, dan keluarga serta petunjuk dari Tuhan. Apabila diri penuh dengan dosa, dada akan menjadi sempit dan gelap dan sukar untuk ditembusi hidayah melainkan mereka bertaubat.

Manakala di hari akhirat pula, daging yang tumbuh dan hidup dari sumber arak dan judi akan menjadi bahan api neraka. Na’uzubillah hi min zalik. Semoga kita terjauh daripada perkara berkenaan.

Malang di Malaysia, sebuah negara yang dianggap “Negara Islam” membenarkan perniagaan arak dan judi secara berleluasa kerana ia menjadi sumber cukai untuk negara paling tinggi. Di setiap premis dalam senarai dalam jadual ini, terdapat arak dan judi.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan diDewan Rakyat 18-11-09

Apa yang lebih malang lagi ialah apabila orang Muslim menjadi pelopor dan penyokong kepada perniagaaan arak dan judi di negara ini. Mereka dilantik oleh tuanpunya syarikat yang terdiri dari orang bukan Islam bagi tujuan memudahkan mendapat lesen arak dan judi. Dengan ada orang-orang tertentu dari kalangan orang besar Melayu dan Muslim, maka lebih mudah perniagaan arak dan judi ini dijalankan dan memberi pulangannya yang besar kepada tuan punya syarikat. Sebagai pulangan, orang-orang Melayu yang berada dalam lembaga syarikat akan mendapat bayaran yang lumayan selain daripada komisyen keuntungan untuk parti politik mereka.

Carslberg adalah syarikat arak yang tertua dalam negara. Kerajaan telah memberikan tanah di Selangor dalam bentuk sewa pajak kepada Carlsberg untuk operasi kilang dan perniagaan arak. Di dalam Lembaga Syarikat Carslberg terdapat orang Melayu Islam.

Perniagaan judi di Malaysia mempunyai akar sejarahnya dalam UMNO, parti terbesar orang Melayu.  Surat ini jelas menunjukkan betapa ada parti politk sejak 1953 lagi mempromosikan perniagaan judi dalam negara.

judi_suratumno-e1270248425893 (1)

Jadi tidak hairanlah perniagaan judi mendapat sokongan dan promosi akhbar yang dimiliki oleh UMNO dan MCA dalam negara. Di dalam semua akhbar arus perdana, maklumat mengenai nombor ekor dan keputusan nombor, ekor menjadi buruan kaki judi.

judi_keputusanakhbar

judi_KWSPTurut sama malang ialah apabila duit KWSP milik rakyat, termasuk rakyat Muslim, digunakan untuk dilabur  dalam syarikat yang menjalankan perniagaan arak and judi. Keuntungan pelaburan ini kemudian dipulangkan kepada penyimpan KWSP iaitu kakitangan kerajaan yang beragama Islam.

Menurut Zakri Ali, “Pengakuan selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam dinegara ini.

Walaupun surat ini  sudah lama, namun hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan riba.

Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu:

  1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
  2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
  3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
  4. Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.

Pelaburan pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu sahaja. Dengan organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?”

Seterusnya Zakri Ali menulis hubungan UMNO dengan syarikat arak dan judi di Malaysia. Semua tulisan ini dipetik dari  http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/04/mari-baca-bukti-umno-dan-judi-tidak.html 

UMNO dan Genting 

gentingGenting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968. Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad. Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini.

Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini. Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah.

Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. judi_HanifOmarjudi_AlwiJantanResortsWorldAntaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.

Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.

——————————————————————————– 

UMNO dan Sports TOTO 

totoSports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya Sports Toto Berhad.

Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

Judi Tengku AdnanBerdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.

Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees. Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.

Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. 
judi_JafarAbdulNonjudi_SalehGomuMereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.

Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam Sports Toto.

Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam Sports Toto. Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.

——————————————————————————– 

UMNO dan MAGNUM 4D 

mzl.vbyfatpj.320x480-75Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D. Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham. Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

—-akhir petikan——————

Kesimpulannya, kita harus berbalik kepada apa yang dikemukan oleh para sosiologis Islam dalam mengurus dan mentadbir masyarakat dan manusia.  Semua keputusan untuk memberi lesen arak dan judi harus disandarkan kepada lima keutamaan untuk dipulihara di bawah ini. Keutamaan memulihara 5 perkara ini ini harus diikut berdasarkan urutannya.

  1. Agama – menolak ajaran agama membawa padah
  2. Akal – arak, judi, dadah, rokok, fantasi
  3. Keturunan – pergaulan bebas, khalwat, seks,  pelacuran,
  4. Nyawa – pembunuhan, pergaduhan
  5. Harta – rompak, vandalisma, VCD, DVD

Semua agama mempunyai ISO dan SOP iaitu panduan/peraturan (piawai) dan langkah-langkah/kaedah dalam urusan beragama yang mempromosi nilai murni dan sejahtera. Oleh itu, agama harus dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tetapi bagi negara dan pemimpin yang meganuti fahaman sekularisma yang memisahkan agama dari urusan pemerintahan dan pentadbiran tidak akan setuju dengan perkara agama. Dalam urusan arak dan judi,  semua agama memberikan beberapa prinsip umum bagi menyelesaikan kesan arak dan judi.  Mengapa tidak ikut?

Perkara kedua yang mesti dipulihara ialah akal. Apabila akal rosak, maka ia membawa ketidakseimbangan pada diri manusia. Manusia tidak dapat lagi membezakan yang baik dan buruk. Arak, judi, dadah, dan apa juga benda yang boleh merosakkkan dan melemahkan akal boleh mendorong manusia untuk melakukan jenayah dan segala bentuk kejahatan. Apapun, akal tidak rosak kalau perkara pertama iaitu agama itu dipulihara dan ditaati.

Perkara ketiga yang mesti dipulihara mengikut urutan ialah keturunan. Apabila agama tidak dipulihara, maka akal akan rosak. Apabila akal rosak, maka keturunan manusia boleh rosak akibat perbuatan orang hilang akal. Pergaulan bebas, pakaian yang seksi, bahan lucah, dan arak adalah antara penyumbang kepada kes rogol, zina, mengandung luar nikah dan kes buang anak.  Di sinilah rosaknya keturunan manusia dan ia akan menjadi melata di atas bumi seperti yang dikemukakan oleh teori domino effect. 

Perkara keempat yang mesti dipulihara ialah nyawa. Manusia boleh membunuh orang lain apabila mereka tidak mengikut ajaran agama, apabila fikiran mereka tidak siuman akibat amalan gaya hidup tidak mengikut garis panduan agama. Akhirnya mereka bukan sahaja boleh sampai kepada tahap membunuh. Seorang yang mabuk akibat arak boleh membunuh. Seorang kaki judi juga berpotensi membunuh orang. Anak yang dilahirkan luar nikah juga berpotensi akan dibunuh kerana akal manusia sudah tidak terkawal. Apapun nyawa ini berada di tempat ke empat dan pembunuhan boleh dicegah jika 3 perkara di atas dipulihara dengan rapi.

Dan akhir sekali ialah harta benda yang mesti dipulihara. Mengapa harta berada di tempat paling akhir dalam susunan ini? Harta adalah suatu yang boleh diganti dan dicari kalau ia rosak, tetapi agama, akal, keturunan, dan nyawa tidak boleh dibeli dan tidak boleh dicari ganti. Mungkin kapitalis dan sekularis lebih suka meletakkan perkara harta benda di tempat paling atas kerana harta dan wang adalah berhala sembahan mereka atau sembahan hati dan emosi mereka.

Arak dan judi adalah dua sumber jenayah tetapi kapitalis dan sekularis tidak menghiraukan kesan arak dan judi dalam masyarakat kerana yang lebih penting ialah keuntungan perniagaan dari arak dan judi adalah lumayan! dan bagi negara seperti Malaysia, cukai arak dan judi kononnya boleh digunakan untuk membangunkan negara walaupun tidak diberkati Tuhan.

Kisah bekas Paderi Melayu Salleh bin Omar, kini kembali sebagai Muslim

kristian

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 395 other followers