Tun Mahathir pujuk Anwar masuk UMNO melalui Prof Ismail Faruqi 1981

mahathir ismail_raji_al-faruqianwar

Mengapa Tun Mahathir jemput Anwar masuk UMNO?

Urutan sejarah

  1. UMNO tewas banyak kerusi dalam PRU 1969 di tangan DAP dan GERAKAN
  2. Banyak kerusi UMNO dalam Perikatan kalah dalam PRU 1969, Perikatan tidak boleh memerintah MALAYSIA kerana tidak dapat undi majoriti kerajaan majoriti tetapi terpaksa tubuh kerajaan campuran bersama PAS, DAP, Gerakan, PSRM dan DAP. Parti Gerakan berada di luar Perikatan pada masa itu.
  3. UMNO membuat konspirasi divide-and-rule melalui rekaan rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan mengupah orang membakar tayar buruk di Kota Bharu, bagi menunjukkan kononnya rusuhan kaum juga berlaku di Kelantan di bawah kemenangan majoriti PAS di Kelantan
  4. UMNO wujudkan darurat dan MAGERAN ambil alih kerajaan sementera
  5. UMNO memujuk PAS supaya bersatu dengan UMNO  atas nama ketuanan Melayu dan kepentingan ummah dan Islam sepanjang tahun 1972-74
  6. PAS bersetuju bersama UMNO dalam memulihara kepentingan Melayu dan Islam melalui penubuhan Barisan Nasional 1974.
  7. UMNO campurtangan politik Kelantan dan melaga-lagakan MB Kelantan Dato’ Mohd Nasir dan Dato’ Asri Presiden PAS, sehingga berlaku perpecahan dalam PAS, ditambah pula oleh permainan politik Ku Li melalui istana Kelantan. Akhirnya Dato’ Mohd Nasir tubuhkan BERJASA menentang PAS.
  8. BN buang PAS dari BN 1977 dan bekerjasama dengan BERJASA menjatuhkan PAS di Kelatan.
  9. UMNO kehilangan ikon dan imej Islam selepas 1978 di zaman Tun Hussien Onn
  10. Apabila Mahathir berjaya mendesak Tun Hussien Onn berundur dari jawatan PM, dan Mahathir menjadi PM pada tahun 1981
  11. Mahathir terpaksa mencari satu ikon Islam untuk imbangkan pengaruh Islam dalam UMNO dengan  pengaruh Islam yang dibawa oleh PAS.
  12. Mahathir memilih Anwar untuk dibawa masuk UMNO, penentangnya semasa Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Pada tahun 1974 Anwar, Mat Sabu, Ibrahim Ali, dan Hishamuddin Rais memimpin Demostrasi Baling melibatkan ribuan mahasiswa di Kuala Lumpur.
  13. Akhirnya dengan tawar menawar antara Mahathir dan Anwar melalui orang tengah, Prof. Ismail Faruqi, Anwar terima tawaran Mahathir dan masuk UMNO 1982. Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982.
  14. Anwar berada dalam UMNO dari 1982 hingga 1998 sebelum ditendang keluar dengan fitnah dan bala bencana yang direka oleh Mahathir dan orang-orang UMNO
  15. Walaupun Anwar sudah berada dalam tong taik UMNO (pinjam kata-kata Anwar apabila beliau sebut pada pimpinan PAS bila beliau masuk UMNO 1983), UMNO masih terus menyerang dan memfitnah Anwar sehingga hari ini

Surat-menyurat Tun Mahathir, Prof. Ismail Faruqi dan Anwar 1981 ketika Prof Faruqi datang ke Malaysia atas jemputan Mahathir

———

Assalamu’alaikum

Lama saya perhatikan perbincangan mengenai isu Anwar di dalam net ini. Hati saya berdebar-debar samada saya perlu turut sama atau tidak. Tapi nampaknya, saya merasa terpanggil untuk letupkan satu komplot atau konspirasi yang terancang 16 tahun lalu ketika Anwar dijemput masuk UMNO oleh Dr. Mahathir melalui pujukan seorang intelek Islam yang mati ditembak di Amerika.

Bacalah surat-surat ini dengan teliti. Saya telah imbaskan surat sebenar dalam bentuk jpg file. Saya terima surat ini lebih 10 tahun lalu dan menyimpannya kerana saya pasti konspirasi ini akan di dedahkan oleh Allah SWT. esungguhnya Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana.

Saya pasti Nakahei Hj Ahmad, bekas aktivis PAS, yang telah mencampakkan dirinya keluar dari PAS pada tahun 1987 tahu akan surat ini. Beliaulah rupanya ejen perisik UMNO dalam PAS yang mana ahli-ahli PAS pernah diberi amaran bahawa ada seorang aktivis PAS senior yang menjadi ejen UMNO dalam PAS. Ahli-ahli PAS sendiri tidak ketahui tentang perkara ini.

Sebagai seorang anak perantau, saya kira telah sampai masanya saya singkap semula surat yang saya simpan selama lebih 10 tahun ini.

Saya harap penyokong Anwar, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli ABIM, JIM, ASASI, PKPIM, dan semua umat Islam di Malaysia berfikir dengan sebaik mungkin selepas membaca surat konspirasi ini.

Urutan surat:

Jan 11, 1981

mahathir_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis setelah Dr. Mahathir berbual dengan Prof. Ismail Faruqi ketika Faruqi berada di Hilton Hotel menghadiri satu persidangan di KL.)
mahathir_page2.jpg

Jan 12, 1981

anwar_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis oleh Anwar selepas perbincangan dengan Anwar di KL selepas Faruqi berjaya meyakinkan Anwar bahawa UMNO akan memberi tempat kepadanya dan ABIM. (Berapa kerat agaknya orang ABIM tahu tentang perkara ini.)
anwar_page2.jpg
anwar_page3.jpg

Jan 26, 1981

faruqi_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis oleh Faruqi setelah beliau kembali ke Amerika)
faruqi_page2.jpg
faruqi_page3.jpg

Bacalah dengan teliti. Inilah jawapan kepada orang-orang Anwar, ABIM, JIM, IRC, ahli-ahli UMNO, ASASI, dan NGO Muslim. Cukuplah kita diperdayakan lebih dari 16 tahun.

Selamat membaca. Semuga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin.

Wassalam
suratlama@netscape.net

Sumber:  http://suratlama.tripod.com/Index.htm

Leave a comment