Monthly Archives: June 2013

Facebook…hati-hati penyamun di mana-mana

Slide1 Slide2

Satu lagi percubaan penipuan dan jenayah di jalanraya

mechanic hondaKisah dari : https://www.facebook.com/ainuddin.hata

Untuk keselamatan semua, aku share this story

Kenapa?

Kronologi cerita begini ( peristiwa berlaku di highway kesas ) :

  1. 1-      Saya memandu pulang dari kl ke shah alam melalui kesas
  2. 2-      Seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta )
  3. 3-      India tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . Saya pun cemas dibuatnya)
  4. 4-      Dia menyapa dan memperkenalkan dirinya shamugan dari honda centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa )
  5. 5-      Dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya )

Beberapa minit kemudian..

  1. rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
  2. Katanya calliper brake kena tukar
  3. Dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga rm 1580
  4. Dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja
  5. Call bapa saya, dan diminta supaya call produa
  6. Sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt.
  7. Sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
  8. India tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
  9. Sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
  10. Mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td )
  11. Sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
  12. Mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
  13. Tow truck dari perodua sampai membantu
  14. Setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid.
  15. Kereta di bawa ke perodua balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak.

Taktik yang digunakan :

  1. Dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan
  2. Bila peronda kesas dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya
  3. Katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( apa2 pembaikpulihan diluar dari produa center adalah dibawah tanggungan pelanggan dan warranty tidak dapat digunakan )

Mereka ada 2 orang,

  1. yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu shamugan
  2. kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, ramesh

Laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga..

Sebarkan…….. * berlaku pada diri saya – ainuddin hata – harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain.

Hati-hati tektik jenayah baru: simbah minyak hitam pada tayar belakang

WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU SINDEKET PENIPU! AWAS!!

keretaHari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tay
ar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu…kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan…saya kata tak mengapa…(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta…dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan…tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan…saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku.

Dia pun jawab: ” Aiya ini tak da hal punya”. Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung ” Saya punya customer ramai sudah kena ini macam”, ” Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. ” Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab”.

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA.

Terima kasih kerana membaca.

SHARE kepada semua , biar semua tahu …

 

BN-UMNO dari KL bantu RM3 juta Cybertrooper BN Sarawak Part 1

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part 1Kemelut Dikalangan Cybertrooper BN Sarawak Part 1

Semalam atas semangat memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara PPM telah mengeluarkan isu Wajarkah Orang Yang Sama Terajui Bajet Cywar 14. Pada hari PPM ingin membuat berberapa pencerahan mengenai Kemelut Dikalangan Cybertrooper Sarawak.

PPM pernah terbaca berbagai cerita yang dimainkan oleh pelbagai sumber blog dan portal samada dari BN, PR dan Sumber Naungan Diragui. Kenapa dikatakan sumber portal diragui? Kerana dikalangan komuniti blogger Sarawak dan orang-orang politik Sarawak masih tertanya-tanya dengan pelbagai bukti, siapa sebenar penerbit Sarawak Report. Adakah betul-betul milik PR atau ada orang BN yang menjalankan demi agenda tertentu? Sampai sekarang sukar untuk dijawap. Tetapi peranan Sarawak Report cukup menghuru-harakan dunia cywar Sarawak. PPM akan bukakan nanti…

PPM mula berkecimpung sebagai blogger sejak bulan 4 2012. Tetapi ilham membuka blog terus-terang dari Tun Faisal dalam satu pertemuan UMB di KL. Bukan PPM nak bodek tetapi ini kenyataan yang sebenar. PPM sebenarnya hanyalah Facebooker yang pantang berdebat di Fanpages Pemuda UMNO Malaysia dan Admin PUM yang menggilap perjalanan PPM dari pelbagai segi termasuk undang-undang. Orang itu adalah Razman Hakimi seorang yang amat prihatin terhadap nasib cybertrooper dibawahnya tetapi sayang dia bukan pelobi mendapat dana.

PPM pernah bertemu dengan UnreportedNews. Untuk pengetahuan anda, inilah blogger pertama yang bukan dari UMB Sarawak datang untuk berjumpa dengan PPM untuk menyertai Team Anak Sarawak Blogger. Tetapi PPM menolak kerana   telah diserap masuk ke UMB Sarawak. Salfian bersikap terbuka cuma PPM masih ingat apa kata “Oklah BRO nanti kau masuk dan rasa sendiri bagaimana bernaung di bawah UMB Sarawak”. Itu kalau tak silap dalam bulan 10 2012.

Sekarang selepas PRU memang betul PPM cabut lari seperti mana cerita di blog UnreportedNews. Pernah satu masa kononnya blogger ini didedahkam oleh Sarawak Report, team Bloggers Anak Sarawak telah mendapat gaji RM3000 sebulan dengan pelbagai kemudahan. Tetapi hakikatnya PPM tahu yang mamat ini sengket mak aii sampai laptop yang rosak belum lagi terganti-ganti.

Tetapi biasalah semua orang fikir blogger macam kami ni senang dan kaya dengan pelbagai peruntukan tetapi hakikatnya kadang-kadang hendak beli susu anak pun tak ada. Malah kereta dan roadtax belum terbayar-bayar sehingga sekarang itu pengalaman PPM dan Salfian dua kali lima jugalah. Nasib baik kami semua ada kerja 9 hingga 5 tetapi fikirkan mana masa bekerja dan berjuang. Bagaimana kami atur masa dari kerja cari makan, mengkaji isu, buat posting blog, melukis poster, blast, twit dan jaga fanpages? Tuhan saja yang tahu… Yang pasti hari-hari lebih ramai yang memaki dari memuji.

Kemudianya PPM juga rapat dengan Audie61. Sesungguh mamat ini memang selalu buat hal tetapi kalau anda dekatinya anda akan kenal siapa Audie sebenarnya. Dengan sebuah kereta ipsum buruk belum terganti-ganti tentulah PPM tidak faham bagaimana Unspinner boleh kaitkan Audie dengan dana 3 juta yang dikatakan diperuntukan kepada UMB Sarawak pada PRN Sarawak lepas. Anda baca link bawah ini

The Unspinners sedang bersembang di rumah sebuah kawan apabila datang seorang yang berpangkatlah juga dari Sarawak yang berada di Kuala Lumpur. Dia dedahkan bahawa UMB BN Sarawak mendapat wang sebanyak RM3 juta dari UMB BN untuk persediaan PRN Sarawak tahun 2011

Untuk pengetahuan semua semasa PRN Sarawak 2011 bukan melibatkan blogger Sarawak semata-mata tetapi ia juga bantuan team dari UMB Pusat datang membantu kerana masa itu seluruh jentera PR dari semenanjung, berkampung di Sarawak. Dan setahu PPM peruntukan tidaklah keluar sampai 3 juta tetapi hanya 1.9 juta. Tetapi fikirkan logistik Sarawak bagaimana? Cuma yang PPM tidak faham kenapa Malanau Blogger dan tidak silap Rajahmas pun ada lari meninggal UMB Sarawak selepas PRN. Adakah mereka alami nasib sama seperti PPM itu kena tunggu apa Malanau Blogger katakan. Tapi Muka Petang masih bersama UMB sehingga sekarang.

Perlu difikirkan juga team UMB pusat hantar ramai team termasuk Reformasin ke Sarawak malah Razman dan Tun Faisal juga berkampung di Sarawak selama dua minggu.

Tetapi soal Audie, PPM tahu dia ada team sendiri di bawah SPDP dan jenteranya ramai juga kerana mereka menumpu perhatian kepada bangsa bukan dari golongan melayu bagi posting berbahasa ingeris, iban dan cina. Jadi anda bayangkan berapa ramaikah jenteranya jika untuk atur operasi bagi meliputi seluruh Sarawak?

Yang PPM tidak ada info adakah PRS dan SUPP mendapat sebahagian dari dana ini?

PPM ada bertemu Audie baru-baru ini dan ini yang kami bualkan satu Audie ada cakap “apa benda dibelanjakan dia ada keluarkan dalam lapuran bertulis”. Jadi anda fikirkan sendiri dimana kebenaran sebenar.Apa yang perlu Audie dan Salfian dua-dua blogger yang bekerja untuk BN tetapi entahlah dalam politik ni perjuangan kadang-kadang jadi mainan politik individu tertentu. PPM akan sambung cerita ini dengan lebih panas lagi bagi siri 2 kerana ini baru intro…

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/06/kemelut-dikalangan-cybertrooper-bn.html#ixzz2VdU3FdE0

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

935987_193283924160602_170083943_n

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.