Monthly Archives: August 2009

UMNO Selangor – kepala lembu!

UMNO Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan dengan membawa kepala lembu yang segar dengan darah ke pejabat MB Selangor sebagai tanda protes “pembinaanan” kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam pada hari 28 Ogos 2009 baru-baru ini.

Lembu adalah binatang suci penganut Hindu. Lembu tidak dibunuh atau disembelih dan daging lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu. Membawa kepala lembu dengan sorakan dan lagak samseng itu sebenarnya mengundang pergaduhan agama. Itulah usaha UMNO Selangor dalam siri percubaannya untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor sebelum tarikh keramat 2 Septemmber.

Rakan saya kata orang Melayu UMNO ini bodoh, bebal, dan sengaja cari pasal nak timbulkan 13 Mei semula. Bukan saja pergaduhan agama tetapi pergaduhan kaum. Saya kata mereka bukan bodoh atau bebal tapi pandai…pandai menipu, pandai buat jahat.

Penganut agama Hindu semakin marah kepada UMNO Selangor, dan sekaligus kepada BN. Apatah lagi MIC tidak bersuara membela orang India yang menganut agama Hindu. Penganut agama Hindu semakin marah kepada UMNO Selangor dan bukan kepada semua Melayu tetapi Melayu UMNO Selangor.

Melayu PAS tidak bersetuju dan menentang keras gimik UMNO menggunakan kepala lembu yang segar dengan darah! Bacalah kenyataan PAS mengenai isu ini.

–petikan kenyataan Ketua Penerangan PAS —-

Pas mengutuk demontrasi yang membawa kepala lembu selepas jumaat  di pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Shah Alam pada 28/8/2009. Tindakan ini dibuat ekoran pemindahan tapak kuil lama di Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Bantahan dibuat  oleh “Badan Bertindak”  penduduk Seksyen 23.  Pas memandang berat tindakan yang dianggap sebagai provokasi untuk menimbulkan huru hara dalam negeri Selangor. Kita bimbang ada tangan ajaib sebagai satu cara untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor. Dengaan harapan ada pula sebelah pihak yang dihina akan bangkit bertindak,  dengan cara ini suasana tidak tenteram akan berlaku.

Pas sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, tetap menghormati kebebasan beragama dan Islam tidak membenarkan umatnya menghina agama lain seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-An’am ayat 108

“Dan janganlah kamu maki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap  baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan” 

——————————

Inilah antara usaha UMNO Selangor, di bawah telunjuk Khir Toyo dan kuncu-kuncunya termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Selangor untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.

Sebelum ini mereka cuba jatuhkan karajaan PR Selangor melalui

  • fitnah saman lembu ke atas MB Selangor dari PKR
  • fitnah isu salahguna wang berkaitan kereta peribadi MB
  • fitnah isu khalwat ke atas Exco dari PAS
  • fitnah isu peribadi dan keluarga ke atas ADUN dari PR
  • fitnah isu foto ‘bogel” ke atas Exco dari PKR
  • fitnah isu arak ke atas Exco dari DAP dan PAS
  • fitnah pembunuhan Teo Beng Hock
  • dan kini, fitnah isu kuil dn kepala lembu….
  • entah apa lagi selepas ini………

Polis seharusnya bertindak cepat menangani demonstrasi dan perarakan yang berbau agama dan perkauman ini serta berpotensi mencetus pergaduhan seperti  peristiwa 13 Mei! Jangan tunggu dan lihat, takut nanti jadi macam Serbia dan Bosnia nanti. Bertindaklah dengan cara profesional.

Sebenarnya isu ini bukan mengenai “pembinaan” di  kuil tetapi “pemindahan” kuil sedia ada dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.   Tapak kuil di Seksyen 23 bukan berdekatan dengan rumah majoriti orang Melayu tapi di kawasan industri dan kilang, manakala kuil yang ada di Seksyen 19 adalah bersebelahan dengan rumah majoriti orang Islam.  Ketika kawasan perumahan di Sekyen 19 dibangunkan dan rumah dijual kepada orang ramai, pemaju tidak menyebut ada kuil di situ. Kita difahamkan kuil di tapak Seksyen 19 telah ada sebelum Shah Alam wujud.

 Inilah masalah warisan kerajaan lama di Selangor yang membenarkan pemaju membangunkan sesuatu kawasan dengan merahsiakan kedudukan tapak kuil di kawasan yang bakal dihuni oleh majoriti orang Islam. Begitulah juga masalah warisan kerajaan lama dalam isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang. Kerajaan lama yang salah urus Kg Buah Pala dan masalah ini ditinggalkan kepada kerajaan baru PR.

Hanya Melayu UMNO Selangor yang bawa kepala lembu atau kata rakan saya, mereka berkepala lembu. Saya kata jangan begitu. Sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik provokosi ini ialah seorang dua sahaja dan mereka menggunakan UMNO untuk tujuan mencapai niat dan hajat mereka untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor.

Hang Tuah – adalah keturunan Cina

Ketika berada di Amerika, saya telah menulis satu artikel di dalam satu news group di Internet (ketika itu menggunakan UNIX environment) pada tahun 1990 bahawa Hang Tuah dan rakan-rakanya kecuali Hang Kasturi adalah daripada keturunan Cina dan mereka bukan orang Melayu. Mereka tidak dilahirkan di Tanah Melayu tetapi di tanah besar negeri Cina.

Sehingga hari ini para pengkaji sejarah gagal membuktikan bahawa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir dilahirkan di Melaka. Tidak ada susur galur kisah mereka semasa kecil atau semasa remaja atau semasa dewasa. Secara tiba-tiba nama mereka muncul bersama kisah Puteri Hang Li Po dan di zaman lawatan Laksamana Chen Ho ke Melaka.

Kita percaya nama Hang Tuah ada kaitan dengan keluarga Han atau ditulis Hang dari tanah besar Cina serta keluarga diraja Hang Li Po. Hang Tuah, atau nama Cinanya Hang To Ah, Hang Jebat atau nama Cinanya, Hang Je Fat, Hang Lekiu atau Hang Lee Kiew (macama nama Lee Kuan Yew) dan Hang Lekir atau Hang Lee Kir adalah pegawai diraja yang mengikut rombongan Laksamana Mohamad Cheng Ho ke Melaka untuk melawat dan meninjau kemungkinan dapat mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Melaka di zaman kegemilangan Islam dan Melaka ketika itu. Cheng Ho sebenarnya adalah seorang Muslim tetapi maklumat ini disorok oleh buku sejarah di negara ini oleh musuh-musuh Islam.

Hasil daripada lawatan itu, MOU di antara dua negara terjalin, dan Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po yang juga seorang Muslim tetapi tidak disebut dalam buku sejarah di negara ini. Orang Melayu harus faham bahawa Islam sampai di tanah besar Cina lebih awal dari Tanah Melayu. Orang Cina lebih awal masuk/menerima Islam dari orang Melayu.

Apabila Hang Li Po telah menjadi keluarga raja Melaka, keempat-empat Hang To Ah, Hang Je Fat, Hang Lee Kiew dan Hang Lee Kir diarahkan tinggal di Melaka bagi menemani Puteri Hang Li Po dan sebagai tanda persahabatan kedua negara. Mereka tinggal bersama keluarga angkat dan akhirnya anak Melayu bernama Kasturi, yang juga seorang yang handal bersilat, menjadi kawan karib kepada empat Hang dari Cina itu. Tidak lama kemudian Kasturi mengambil nama Hang dan menggunakannya sebagai tanda akrabnya persahabatan mereka berlima.

Kalau ada orang yang mahu menafikan hipotesis ini, sila berikan susur galur kisah hidup Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan Hang Lekir dari mereka kecil hingga dewasa dan bagaiman nama mereka tiba-tiba muncul di zaman Sultan Mansor Shah. Di mana mereka, kalau betul mereka pahlawan Melayu, ketika di zaman sebelum Sultan Mansor Shah. Sebutkan secara jelas, siapa ibu bapa kepada 5 Hang ini? Adakah mereka berasal dari Alor Gajah, Masjid Tanah, Alai, Bukit Katil, Air Keroh, Tanjong Keling, Bukit Cina atau Bukit Piatu?

Kepada orang Melayu dan pengkaji sejarah, kita tidak perlu hipokrtit dalam isu ini, tidak perlu jadi cauvinis Melayu kerana asas yang tidak kuat jika kita berhujah dengan kisah Hang Tuah dan kalimatnya “tidak melayu hilang di dunia”. Adakah orang Cina atau India tidak boleh mengungkap kalimat yang sama? Bagaimana dengan kalimat ‘tak kan hilang Mongolia di dunia”.

Arak – sebat

Isu Kartika, seorang model beragama Islam, ditangkap kerana minum arak di sebuah kelab dan hukuman sebat ke atasnya yang diputuskan oleh mahkamah Syariah serta kesanggupan dan kerelaannya untuk disebat adalah satu sejarah dalam negara Malaysia, yang kononnya dikatakan sebagai sebuah negara Islam oleh BN.

Masalahnya, yang menjatuhkan hukum ialah Mahkamah Syariah. Yang melaksanakan hukum ialah Jabatan Penjara. Menteri KDN menyatakan bahawa Jabatan Penjara tidak bersedia kerana tidak ada tukang sebat yang berkelayakan. Pelik! Akhirnya, hukuman sebat ini tertangguh walaupun Kartika telah minta beberapa kali supaya hukuman ke atasnya disegerakan. Beliau tidak mahu ke penjara dan ditempatkan bersama banduan kerana beliau bukan banduan.

Akibat hipokrasi pihak bertanggungjawab, akhirnya hukum sebat ke atas Kartika melangkau lebih sebulan, dan beliau diarahkan supaya dipenjarakan sebelum disebat tetapi kemudian diarah balik ke rumah sehingga selesai bulan puasa Ramadan.

Mengapa sebat? Itulah hukum yang hampir sama dengan hudud. Hudud adalah salah satu ajaran Islam. Apakah salah kalau umat Islam mahu mengamalkan ajaran Islam yang mana salah satunya ialah hukum sebat ke atas peminum arak? Mengapa pula Majlis Peguam mahu membuat supaya hukum sebat di batalkan di negara ini? Inilah satu lagi hipokrasi yang tidak berkesudahan yang dipelolpori oleh BN.

Apabila sebut pasal sebat, maka kelompok hipokrasi jadi kalut dan takut. Hukum sebat dalam Islam sebagaimana hukum hudud yang lain perlu dijalankan dengan cara yang betul dan beradab.

Pertama, sebat dilakukan di khalayak ramai bukan di dalam penjara. Tujuannya ialah untuk mendidik manusia lain, dalam kes ini, kepada umat Islam yang lain supaya tidak melakukan perbuatan yang salah ini. Jika ia dibuat secara tertutup, ia bukan ajaran Islam. Ia tidak akan mendidik rakyat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama tetapi hanya untuk pesalah itu sahaja. Jika hukum sebat dibuat secara terbuka dan ditunjukkan dalam TV secara langsung, sudah pasti bilangan orang minum arak di kalangan orang Islam akan berkurangan serta merta.

Kedua, tukang sebat perlu faham cara sebat. Dalam Islam, tukang sebat tidak boleh menghayun rotan dengan mengangkat tangan tinggi sehingga nampak ketiak. Apabila dihayun tinggi sudah pasti tenaga tukang sebab akan kuat dan sebatannya akan membinasakan pesalah. Hukuman dalam Islam bukan untuk membinasakan orang tetapi untuk mendidik. Cara sebat yang diamalkan pada hari ini bukan cara Islam. Itulah yang ditakuti oleh kelompok hipokrasi.

Ketiga, apabila disebat ke atas badan si pesalah, rotan itu hendaklah jatuh pada badan dan tidak ditarik atau disentap bagi mengelakkan badan itu luka yang teruk atau tersiat kulit yang teruk.

Keempat, rotan yang digunakan hendaklah tidak pecah atau bercabang atau berambu-rambu. Jika ia bercabang atau pecah atau berambu, setiap cabang atau urat rambu yang pecah dikira satu-satu. Kalau rotan berkenaan pecah tiga, maka apabila sebatan dibuat sekali, ia dianggap sudah 3 kali rotan. Jika berambu 12, maka satu sebatan dikira 12. Mengapa rotan harus kemas dan berada dalam keadaan yang baik? Ia bagi mengelakkan dari berlaku luka yang tidak perlu pada badan pesalah ketika dirotan.

Kelima, kalau pesalah yang dirotan itu seorang yang lemah, uzur, atau tua, dan tidak mampu menanggung 80 sebatan atau beberapa sebatan, sebatan boleh dilakukan dengan cara mengikat rotan dalam satu ikatan dan dipukul rotan itu pada pesalah. Misalnya satu ikatan rotan yang mempunyai 40 rotan disebatkan dua kali pada badan pesalah, bukan hayunan 80 kali rotan pada badan pesalah yang lemah, uzur, atau tua,

Kepada kelompok hipokrasi, mereka harus baca dan buat kajian akan kelebihan hukum sebat.

……Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

…….Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best,

…..The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment.

Sumber : http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx

Begitu juga hukum sebat ke atas penzina dan pembawa kuman HIV serta orang yang ketagih rokok dan ketagih arak, hukum rotan akan menghasilkan bahan kimia dalam badan untuk memulihkan penyakit dalam tubuh pesalah dan tabiat pesalah. Bacalah, terokalah, kajilah, galilah ilmu Tuhan.

Fenomena umur 40

Benarkah ‘life starts at 40″? Bagi Nabi Muhammad, umur 40 adalah bermulanya saat kerasulan.

Bagi sesetengah lelaki, umur 40 menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?

Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau

umur 20 maknanya mengancam
umur 30 maknanya macam-macam
umur 40 maknanya diancam
umur 50 maknanya terancam
umur 60 maknanya dah tak boleh cam

Izinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris pula

Well, some of us never expected “something” strange will happen…after 10-20 years of marriage….that may stir the relationship of a “loving” couple…a relationship that is based on love (once). We are not exposed to this phenomena. We didn’t know about it until we go through our marriage and through an age period of 35 – 45 years old

Some observations that we could see in the phenomena at 40 (35-45 yrs old) among men are:

1. sexual desire is increasing, “miang muda datang balik”
2. hormone is increasing too
3. looking for different “taste” if routine of life looks the same over the years and “nothing” new or “refreshing” in the relationship
4. “life starts at 40 again”
5. “man is like coconut milk; the older he goes, the thicker his macho is”
6. man thinks that his partner, who looks the “same” in terms of beauty, shape, attitude, care more of the children, house and career…which will take away some quality time that may contribute to “escapism” among men

Among women, we may find that they:

1. care less about beauty
2. care less about shape
3. take for granted that her man is satisfied enough after years of romance
4. take for granted that her man is supposed to be a responsbile man, as a father, a hubby, …. by the age of 40
5. routine of life is thought to be stable and balance, nothing to worry….
6. his “loyalty” is there already
7. at about 40, man should think of how to be more devoted to God

In many cases, these “hopes’ or “perceptions” or “expectations” are not true or may not necessarily be true.

Few things to do by the couple
• get in shape
• take care of you beauty
• change environment
• change setting for the house quarterly
• renew bedroom setting
• recreation once a month (stay outside)
• eating out with family once, candle light, dating again
• see album of pictures together, talk about the past once a while
• always celebrate important dates
• change setting for love making
• exchange presents
• visit memorable places where love started to spark in life between you and him
• put on different sexy dresses occasionally
• diversify ways to seduce him
• work together on a series of projects
• hugs and kisses everyday in the morning and evening
• always try to accompany him whenever is possible
• say “love u” at the end of every telephone conversation
• say “miss u” when don’t meet more than a day
• say the kid misses u when he is not home more than a day, make up stories…that the kid says papa…pointing finger at his picture

H1N1 dan Hadis Nabi

Mengapa H1N1 semakin menular sekarang?  Mengapa kerajaan  tidak berjaya tangani dengan hemat dan cermat?

Di peringkat awal penyebaran H1N1 Malaysia berjaya dengan baik membendung penularan H1N1, tetapi apabila ada Tim. Menteri mengubah polisi kemasukan pelancong yang berpotensi pembawa H1N1. Apabila beliau melihat KPI pelancongan tidak dapat dicapai dan mendapati bilangan pelancong berkurangan secara drastik maka beliau cadangkan supaya pelancong yang disyakki pembawa H1N1 boleh masuk ke dalam negara tanpa kurantin tetapi diberikan ubat dan dipantau! Nah, lihatlah akibatnya hingga hari ini. Duit pelancong punya hal dan KPI punya hal, sanggup kita menggadaikan keselamatan rakyat negara ini.

Kemudian rakyat Malaysia yang balik dari luar negara juga diberikan kelonggaran juga, kalau tidak dianggap sebagai double-standard. Lagi satu polisi caca merba sedangkan Tan Sri Ismail Merican telah membuat polisi yang betul di peringkat awal. Tetapi hari ini, Tan Sri semacam sudah buntu dengan penambahan kematian akibat H1N1 dan peningkatan H1N1 dalam negara.

Saya cadangkan kita ambil ambil pengajaran daripada  hadis Nabi Muhammad s.a.w. di bawah ini:
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hamba-Nya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” – Hadis riwayat Muslim

Dalam ertikata lain, apabila berlaku wabak di sesuatu kawasan, maka orang dalam kawasan tersebut jangan keluar dari kawasan itu, dan orang luar jangan masuk ke dalam kawasan itu.

Maknanya kita harus  sekat orang yang kena H1N1 supaya tidak keluar dari kawasan itu. Misalnya seorang pelajar sekolah atau universiti terkena H1N1, tidak harus disuruh balik kerana ia akan menular kepada orang ramai di dalam bas atau keretapi atau di tempat menunggu kenderaan awam dan kepada  keluarganya apabila dia sampai di rumahnya.

Jadi apa yang harus dibuat?

  1. sediakan satu kemah khas atau kontena khas atau asrama khas atau bangunan khas dalam kawasan/presmis  yang sama, dikawal rapi oleh sekuriti; asingkan orang ini dari warga sekolah/universiti atau organisasi berkenaan di dalam premis yang sama.
  2. sediakan katil rawatan dan kemudahan asas seperti makanan, minuman, pakaian, bilik air, dan seumpamanya.
  3. berikan rawatan di tempat tersebut sehingga pesakit H1N1 sembuh, barulah izinkan beliau pulang.

Inilah strategi paling berkesan: jangan beri  orang keluar dari kawasan H1N1, dan jangan beri orang luar masuk ke kawasan H1N1. Tak payah berdebat pasal industri pelancungan rugi. Jangan gadai keselamatan rakyat kerana mencari untung duit!

Tambahan maklumat penawar kepada H1N1 di http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Beberapa orang yang terkena H1N1 telah mencuba minum jus apple 6 gelas sehari selama 2 hari, dan hari ke3 telah pulih dari H1N1. Apakah kandungan apple juice? Anti-oxidant?

Arak, alkohol: Islam vs bukan Islam

Arak adalah satu minuman yang mengandungi alkohol.  Ia boleh memabukkan peminumnya. Apabila mabuk, akal peminum tidak stabil,  dan ia tidak boleh mengawal dirinya lagi.  Nafsu dan kehendak akan menggiur hebat dan tahap marah akan naik jika diganggu atau dihalang ke atas orang itu.

Islam mengatakan arak adalah ibu kepada segala maksiat. Islam mengharamkan arak ke atas penganutnya walaupun titik atau seteguk arak diminum oleh penganutnya.  Itu adalah ajaran Islam; orang Islam berhak mengamalkannya, dan orang Islam berhak menghalang orang Islam lain dari meminumnya.

Islam juga menekankan bahawa  dosa orang yang menghidang arak, menjual arak, mengurus arak, dan yang berkaitannya dengan juga sama seperti dosa orang minum arak.

Islam menghargai otak dan akal. Apabila manusia mabuk, saraf otaknya rosak dan akalnya lemah serta rosak. Apabila kedua-dua otak dan akal tidak boleh berfungsi dengan baik, ia menghilangkan harga diri, maruah, nilai ekonomi diri, dan menjejaskan keselamatan serta kesejehtaraan kehidupan masyarakat.  Kerana seorang manusia yang mabuk, banyak mangsa yang tidak berdosa pula tercedera dan terkorban.

Orang bukan Islam harus hormati hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.  Orang Islam tidak menghalang orang bukan Islam minum arak.  Dan orang bukan Islam tidak boleh menggalakkan orang Islam minum arak.

Dalam pemerintahan kerajaan negeri atau negara yang diperintah oleh majoriti orang Islam dan di tempat penduduk majoriti orang Islam, penjualan arak harus dihadkan. Siapa yang nak  beli atau minum arak ditempat majoriti orang Islam? Bukankah tak masuk akal kalau menjual arak di tempat majoriti orang Islam?

Dan peraturan perniagaan runcit dan kedai anika dilarang menjual arak, maka mengapa peniaga berkenaan masih jual arak juga? Itu adalah  salah di sisi undang-udang. Penjualan arak dibenarkan tetapi di premis tertentu. Undang-undang tidak menghalang orang bukan Islam minum arak.  Tetapi orang bukan Islam harus menghormati orang Islam yang tidak minum arak dan tidak suka kepada arak.

Kalau orang Islam boleh hormati orang bukan Islam untuk minum arak, maka orang bukan Islam juga harus sedia menghormati hak orang Islam yang amhu mengamalkan ajaran Islam.

Ada beza antara jual beli arak dengan minum arak.  Ini yang tidak difahami oleh sesetengah rakyat Malaysia termasuk orang berpelajaran tinggi, wakil rakyat, dan Menteri.

Untuk tujuan perbincangan di sini, katakalah kita ambil sikap neutral dan lupakan hukum agama sebentar dalam bab arak ini. 

Orang yang minum arak adalah urusan peribadi atau individu. Tetapi apabila ia mabuk, maka ia membawa kerosakan ke atas manusia lain dan alam. Boleh jadi dia bawa kereta dan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan orang lain terbunuh. Boleh jadi dia tidak mengawal diri dan nafsu hingga memperkosa orang lain, atau memukul anak isteri dan seumpamanya. Ertinya, akibat perbuatan yang dianggap personal atau peribadi itu telah menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang lain, maka kesimpulannya arak itu akan membawa kerosakan. Maka eloklah arak itu ditinggalkan.

Saya tidak fikir kalau ada orang bukan Islam mahu mengatakan minum arak itu budaya/cara hidup orang Cina atau ajaran agama Buddha atau ajaran Kristian atau agama Hindu. Ada yang berani mengatakan begitu?

Mungkin minum arak itu budaya/cara hidup SESETENGAH orang bukan Islam dan bukan budaya/cara hidup SEMUAorang yang beragama lain daripada Islam suka kepada arak.

Ada juga orang mengatakan bahawa kalau minum arak sikit tidak mabuk. Minum arak tak apa kalau tidak memabukkan. Orang yang berpendirian seperti ini merasakan itu hak individu. Dalam Islam, hak individu tertakluk kepada Islam.  Bagi yang bukan Islam pula, walaupun ia hak diri sendiri tetapi kesan atas kesihatan diri itu akan memberi kesan kepada keluarganya dan zuriatnya  apabila dia sudah berumahtangga.

Saya tidak perlu menjadi doktor atau ahli sains untuk menjelaskan keburukan arak  ke atas tisu badan, saraf, dan anggota badan. Saya tidak perlu jelaskan dengan panjang lebar mengenai penyakit yang disebabkan oleh arak. Bacalah sendiri dalam Internet. Cari maklumat mengenai dalam google.com.  Educate yourself.

Kepada yang menyokong orang minum arak dan jual arak, kalau pun tidak minum arak, termasuk setengah orang UMNO yang suka sangat nak jaga hati orang bukan Islam atau takut hilang undi orang bukan Islam, eloklah jadi orang yang suka membaca dan mencari ilmu. Di Malaysia, rakyatnya kurang membaca, tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, dan politik.

Hudud – Logik ke tak logik?

Kita lihat logik atau tidak logiknya hudud.

Hudud adalah sebahagian dari ajaran dalam Islam. Orang Islam berhak mengamalkan ajaran Islam. Sepertimana orang berugama lain, mereka berhak mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Oleh itu orang Islam harus diberikan hak untuk mengamalkan ajaran mereka. Tetapi hak ini tidak diiktiraf oleh kerajaan BN dan ditentang oleh orang UMNO dan bukan Islam, khususnya MCA, MIC, dan DAP. Mereka bercakap tentang hak beragama dan mengamalkan agama, tetapi mereka tidak mengiktiraf hak orang Islam mengamalkan hudud sebagai sebahagian daripada ajaran agama Islam.

Di Kelantan, terdapat dua patung Buddha yang terbesar dalam Malaysia, malah dikatakan terbesar di Asis Tenggara. Pemerintah Islam Kelantan, dari PAS, tidak pernah menghalang orang berugama Buddha untuk mengamalkan ajaran agama mereka termasuk membina berhala terbesar dan melakukan upacara sembahyang dalam agama mereka.

Oleh kerana hudud tidak boleh dilakukan oleh orang perseorangan tetapi oleh kerajaan yang memerintah, maka hak untuk melaksanakan hudud agar ia dapat dihayati oleh orang Islam mesti diiktiraf dan diberikan laluan oleh pemerintah Pusat atau kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh BN.

Mengapa  BN tidak beri laluan? Sebab dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan mana-mana undang-undang yang diperkenalkan selepas merdeka dan yang bercanggah dengan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan, maka ia terbatal dengan sendiri.

Kita beralih kepada logik atau tidak yang kedua.

Hudud adalah hukum Tuhan bukan hukum yang dibuat oleh manusia atau parti PAS. Hudud diperkenalkan oelh Tuhan yang menjadikan manusia. Oleh kerana Tuhan yang menjadikan manusia dan alam ini, Dia lebih tahu bagaimana hendak mengurus manusia dan alam. Hudud ialah satu mekanisma untuk mengawal keterlanjuran manusia. Kalau ada manusia yang telanjur maka ada batas-batas hukum untuk mereka.

Kalau lembu yang degil dan lari dari kawalan kita, kita boleh pukul. Kalau manusia meragut dan mencuri, kita boleh hukum mereka. Tetapi hukuman ini adalah hukuman yang diputuskan oleh manusia berdasarkan pemikiran mereka.  Sebahagianya berkesan dan sebahagiannya tidak berkesan. Kita ambil contoh hukuman ke atas orang yang memiliki dadah dalam jumlah tertentu, dihukum sampai mati tetapi bilangan orang memiliki dan mengedar dadah yang melampau berjumlah semakin besari.

Hukum ke atas orang buang anak, berzina, minum arak, berjudi, dan murtad tidak mengurangkan masalah gejala yang timbul malah terus meningkat. Mengapa? Sebab hukuman yang dibuat oleh manusia tidak berkesan.  Bukan manusia yang menjadikan manusia tetapi Tuhan yang menjadikan manusia, maka Tuhan lebih tahu bagaimana hendak menyelenggara manusia dan alam yang dijadikanNya.

Perumpamaannya sama dengan pembuat kereta BMW dan kerata Proton. Pembuat kereta BMW akan menyediakan manual untuk menyelanggara kereta BMW, begitu juga kereta Proton mempunyai manual penyelenggaraannya sendiri. Mana mungkin, kita boleh gunakan manual BMW untuk menyelenggara kereta Proton. Bukankah tidak logik tu?  Jadi pembuat kereta BMW lebih tahu kerenah yang akan berlaku pada kereta BMW yang semakin berusia. Begitu juga Tuhan lebih tahu bagaimana dan apa akan terjadi kepada manusia apabila ia semakin berusia dan apabila manusia semakin ramai. Tetapi mungkin kerana tidak faham, atau buat-buat tak faham, atau degil atau mungkin bodoh tak boleh diajar, atau mempunyai sikap bermusuhan agama, atau ada kepentingan tertentu, maka orang-orang yang begini akan terus menentang hudud.

Kita lihat pula logik atau tidak logik yang ketiga.

Sebahagian orang kaya dan berada memiliki rumah besar dan harta yang banyak.  Sebahagiannya rumah mereka dipagar khususnya di Malaysia. Kemudian ditambah pula dengan sistem senggera (alam sistem) dan ada juga memasang pagar yang mempunyai kejutan lektrik (electrik shock) dan ada juga yang memelihara anjing garang. Kesemua ini dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan harta benda mereka. Langkah yang dilakukan ini bersifat “deterrent” iaitu satu konsep menghalang atau mencegah sesuatu dari berlaku.

Dengan adanya pagar, alarm system, electric gate, dan anjing garang, maka ia mencegah manusia jahat dari cuba memasuki premis orang kaya tadi, dan sekaligus melindungi keselamatan dan kesejateraan hidup orang itu.

Begitu juga dalam masyarakat. Hudud ialah suatu bentuk “deterrence’ untuk mencegah manusia daripada melakukan sesuatu yang melampau dan jahat serta boleh mengancam keselematan dan kesejahteraan manusia dan masyarakat. Apakah kita fikir apabila ada alarm system, electric gate, dan anjing garang di rumah orang kaya, manusia akan berebut-rebut untuk menceroboh premis itu? Sudah tentu tidak. Begitu juga soalan yang kita tanya adakah manusia akan berebut-rebut untuk membuat kejahatan yang melampau supaya tangan mereka dipotong, punggung mereka disula, badan mereka disebat dan leher mereka digantung setelah hukum hudud dijalankan? Memang tidak logik kan?

Tetapi ada manusia di negara ini mengatakan hukum Islam tidak sesuai dalam negara ini. Apakah mereka fikir Tuhan tidak tahu bahawa Malaysia akan memiliki manusia pelbagai etnik dan agama? Ada yang kata ia bukan ajaran Islam, tapi ajaran parti PAS. Ada yang mengatakan kalau dilaksanakan hukum hudud misalnya potong tangan ke atas pencuri, maka sungai di Malaysia akan menjadi  busuk akibat  tangan-tangan yang kena potong. Semua ungkapan inii mengundang kepada rosaknya aqidah orang Islam yang menyatakannya dan yang menyokongnya yang akhirnya  boleh membawa kepada murtad.

Kepada pembaca yang tidak tahu selok-belok hukum hudud dan tidak faham definisi, skop, syarat-syarat, cara pelaksanaan hudud, dan yang berkaitan dengannya, eloklah cari maklumat di google.com, dan bacalah, kajilah, terokalah, galilah, dan didik diri sendiri untuk menjadi rakyat yang bermaklumat sebelum menentang hudud dalam keadaan kita jahil atau tidak tahu atau bodoh dalam bab hudud ini. Educate yourself..happy reading.


Kerajaan dan Pembangkang

Ramai rakyat terkeliru dengan istilah kerajaan dan pembangkang di Malaysia.

Orang UMNO khususnya menyangka bahawa UMNO ialah kerajaan Malaysia. Maka siapa sahaja yang menjadi kakitangan kerajaan mesti sokong UMNO atau jadi ahli UMNO  dan tidak wajar menentang UMNO.

Kemudian mereka menggangap bahawa UMNO yang beri gaji dan pangkat kepada kakitangan kerajaan. Oleh itu, kakitangan kerajaan tidak boleh menentang UMNO. Bagi mereka yang menentang UMNO bermakna kononnya menentang kerajaan. Malah ada juga menganggap kononnya UMNO yang beri jalanraya, letrik, air dan pembangunan!

Mereka juga menganggap siapa yang tidak sokong UMNO atau BN adalah pembangkang dan pembangkang adalah musuh negara.

Ada orang kata pandangan/anggapan seperti di kalangan orang UMNO ini adalah bodoh, dungu, bahalol, bongok, bengap, dan sempit. Saya kata tidak begitu. Tetapi pandangan itu berputik dari sikap dan emosi taksub, fanatik, dan ektremis orang UMNO.

Sebagai rakyat kita harus faham bahawa kerajaan mempunyai sistem, jentera, dan manusia. Sistem dalam kerajaan digerakkan oleh ejensi (jentera) dan di dalamnya terdapat manusia. Di kalangan manusia ini ada yang ahli UMNO, PAS, DAP, PKR, dll dan ada juga yang tidak berparti, dan mereka juga bekerja dalam sistem dan ejensi kerajaan. Saya tidak fikir kalau ahli UMNO sahaja  yang bekerja dalam ejensi kerajaan maka Malaysia boleh bergerak seperti yang ada pada hari ini. Hari ini ramai orang bijak dan berpelajaran sudah tidak mahu bersama UMNO lagi.

Artikel 10 dalam Perlembagaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan  memilih mana-mana pertubuhan berdaftar dan sah di negara ini, termasuk badan politik. Maka menjadi ahli parti politik atau NGO berdaftar selain daripada UMNO adalah sah dan tidak salah di sisi undang.  Dan tidak berdosa juga di sisi agama sekiranya seseorang itu mahu menjadi ahli PAS. Ini yang tidak fahami oleh orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis termasuklah yang ada pangkat seprti  Dato’ dan Dr. serta yang belajar tinggi.

Begitu juga jika ada ahli PAS yang mempunyai anggappan yang sama terhadap UMNO.

Kerajaan di Malaysia terbahagi kepada dua: Pusat/Fedral dan Negeri. Di peringkat Pusat, kerajaan Malaysia dikuasai oleh BN. Rakyat menghormati ‘the goverment of the day’. Tetapi di Parlimen, terdapat dua kumpulan: parti pemerintah dan parti pembangkang. Oleh kerana parti pembangkang berada dalam Parlimen, maka parti pembangkang juga adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia. Ini juga tidak difahami oleh setengah orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis. Saya tidak pernah dengar MCA, MIC dan komponen parti lain dalam BN yang berfikiran sempit seperti setengah ahli UMNO. Saya kata “setengah” bukan semua.

Di peringkat kerajaan negeri pula, ada negeri yang diperintah oleh BN dan ada yang diperintah oleh PR. Jadi setiap negeri ada ‘government of the day’. Dalam ertikata lain, rakyat harus memahami bahawa kita menerima ‘government of the day’ sebagai kerajaan negeri yang sah. Bagi kakitangan kerajaan, siapa yang menjadi ‘the government of day’ maka kita harus ikut kerana mita adalah kakitangan kerajaan, walaupun menyokong parti yang berlainan.

Tetapi bagi orang yang buta hati, taksub, fanatik, dan ekstermis parti, dan tidak mahu bekerja lagi sebagai kakitangan kerajaan di bawah ‘the government of day’, eloklah dia berhenti. Bagi orang yang faham beza antara parti politik dan ‘the government of day’, mereka akan terus bekerja seperti biasa kerana mereka berkerja untuk rakyat dan kerajaan dalam sistem dan ejensi kerajaan.  Tapi inilah juga yang tidak difahami oleh setengah orang UMNO!

Kalau kerajaan negeri yang memerintah itu dari PR, makna BN di negeri itu adalah pembangkang, bukan pemerintah. Janganlah UMNO-BN perasan bahawa mereka pemerintah pula. Masalah timbul apabila setengah orang UMNO-BN mengganggap bahawa BN masih lagi jadi pemerintah di negeri yang sudah diperintah oleh PR. Ini  satu pandangan orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis, walaupun ada orang kata pandangan UMNO ini menunjukkan kebodohan mereka.

Di Pusat, dengan adanya parti pembangkang dalam Parlimen maka berlaku ‘check and balance’ dalam pengurusan dan pentadbiran negara. Begitu juga di peringkat negeri, dengan adanya parti pembangkang seperti BN di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, maka parti pemerintah dari PR tidak boleh membuta tuli dan ikut suka nak buat apa.

Apabila tidak ada ‘check and balance’ , maka akan berlaku pelbagai penyelewengan, kepincangan, penindasan, rasuah, dan kerja kotor di kalangan pimpinan dari parti yang memerintah. Tengok sahajalah negeri Selangor sebagai contoh di zaman BN. Selepas BN jatuh di Selangor, barulah rakyat tahu akan sopak, kurap, dan kudis pada kerajaan lama Selangor.

Sebagi kesimpulan, kita harus iktiraf dan hormati Artikel 10 dalam Perlembangaan. Ejensi kerajaan bukan milik UMNO. Bukan UMNO yang bagi gaji pada pegawai kerajaan, tetapi dibayar dari duit cukai rakyat yang datang dari pelbagai parti dan yang tidak berparti. Pegawai kerajaan tidak harus takut untuk memilih parti mana yang mereka ingin ceburi atau sokongi. Ini bukan zaman batu atau primitif.  Ini adalah hak asasi kita  dan hak kita di sisi Perlembagaan Malaysia.

Kalau ada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO yang masih tidak faham konsep kerajaan dan pembangkang, saya nasihatkan baca pepatah Melayu, “jangan jadi bodoh tidak boleh diajar, degil tak boleh disuruh”.  Tepuk dada tanya iman, bukan tanya selera sebab selera banyak nafsu dan kepentingan.

Blog – God must be crazy?

Salam sejahtera

Saya perhatikan sejak kebelakangan ini, blog tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dulu blog hanya digunakan untuk merakamkam suara hati sendiri, pandangan sendiri, dan perkongsian maklumat. Kini blog sudah digunakan sebagai ruang berpolitik di kalangan ahli-ahli dari parti politik.

Malangnya ada di kalangan blogger yang tidak tahu dan tidak faham tentang kegunaan, etika, dan keberkesanan penggunaan blog.

Pernahkah anda menonton satu filem “God must be crazy”?  Filem ini adalah arahan orang Barat, jadi membuat tajuk filem seperti itu, tidak menjadi masalah bagi mereka, walaupun bunyi kurang ajar terhadap Tuhan.

Mesej dalam filem komidi  itu jelas, ada orang jumpa satu benda yang baru dan tidak tahu apa kegunaannya, etika penggunaannya, dan keberkesanannya. Cerita dalam filem itu mengisahkan bagaimana seorang daripada 3 orang rakan dari dunia barat naik kapalterbang kecil di ruang udara Afrika. Selepas habis meminum air coca-cola daripada botol kacanya, ia membuang botol kaca itu lalu jatuh ke bumi Afrika.

Orang asli Afrika tidak pernah tahu dan tidak pernah faham apa itu botol kaca dan apa kegunaannya. Mereka menyangka botol itu datang dari Tuhan kerana ia jatuh dari langit.

Orang asli Afrika yang jumpa itu membelek-belek botol itu, ..dipendekkan cerita secara berperingkat mereka tahu botol itu boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi kalau ditiup pada aras mulut botol, boleh diketuk perlahan menghasilkan bunyi musik untuk acara menari, boleh diisi air, dan boleh menjadi penggiling cili dan kacang.

Lantas melihat kepada kepelbagaian kegunaan botol itu tadi, timbul rasa cemburu dan dengki dalam kalangan orang asli. Lalu ada yang berusaha memukul hatta membunuh antara satu atau sama lain dan antara satu kaum dengan satu kaum yang lain untuk mendapatkan botol itu.

Akibat pergaduhan berpanjangan dek kerana botol kaca itu, maka ada ketua kumpulan yang membuang botol itu jauh-jauh. Ada pula yang mengatakan “God must be crazy” kerana kononnya Tuhan memberikan botol itu sehingga membawa bencana kepada manusia.

Apakah moral di sebalik filem ini dan hubungannya dengan blog dan bloggers?

Orang politik menggunakan blog untuk pelbagai tujuan, tapi asasnya ialah politik. Akhirnya blogger menjadi ghairah dan tidak tahu menggunakannya dengan betul dan penggunaannya menyebabkan manusia salah faham dan bergaduh sesama sendiri.

Ada blogger, samada ahli PAS, penyokong PAS dan pemimpin PAS yang memiliki blog mereka sendiri. Ada yang menulis dalam blog semua aktiviti PAS, tarikh dan masa serta penceramah dimuatkan sama. Sehingga ada ‘classified information’ pun dimasukkan juga termasuklah apa yang yang dibincangkan dalam mesyuarat, semuanya dipaparkan dalam blog mereka.  Betapa tidak bijaknya mereka Mengapa saya kata begitu? Sebabnya ialah orang yang paling gembira membacanya ialah polis, SB, musuh PAS, dan pemberita. Mereka ini tidak perlu susah payah mencari maklumat di pejabat PAS kerana Internet dan blog sudah memadai.

Ada orang PAS yang berbincang tentang masalah dalaman parti secara terbuka dalam blog mereka sendiri hatta mereka mengkritik pemimpin secara terbuka tanpa segan silu dan tanpa batas akhlak Islam.  Sebelum ini mereka hanya mengkritik pemimpin di mesyuarat dan muktamar. Tapi kini mereka melepaskan geram sepuas-puasnya melalui blog mereka, termasuk pemimpin PAS di semua peringkat.

Kalau ada masalah rumahtangga parti, seharusnya dibincangkan dalam rumah bukan luar rumah. Inilah yang dikatakan orang dapat ‘botol coca-cola’ tak tahu apa hendak dibuat dengan botol itu  dan tidak faham konsep botol itu.’ Samalah juga dengan blog. Pucuk dicita ulam mendatang. Begitulah seronoknya polis, SB, musuh PAS, dan pemberita mendapat maklumat mudah, cepat, dan percuma dari blogger PAS.

Saya perhatikan orang UMNO tidak pula berbuat demikian seperti blogger PAS. Begitu juga dengan parti DAP dan PKR.

Seharusnya blog orang PAS, penyokong, dan simpati PAS mempunyai tiga fungsi: (1.) menyebarkan maklumat bersifat mendidik, (2) mengkritik BN-UMNO dan membongkar kezaliman, penyelewengan, dan keburukan musuh, dan (3) menjelaskan isu semasa (hal di luar parti).

Hari ini ada dikalangan blogger PAS sibok berdebat mengenai masalah dalaman mereka, membuat spekulasi, menokok-tambah cerita, dan menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan dan PAS sendiri.  Mengapa? Adakah Tuhan gila berikan teknologi blog pada manusia sehingga manusia jadi begitu, khususnya orang PAS? Tuhan tidak gila, manusia yang gila pangkat, gila nama, gila pujian, gila wang itu yang gila-gila.

Rata-rata orang tahu, blogspot.com menawarkan komisyen wang kepada blogger yang membuat pautan pada banner tertentu dan mendapat hits yang tinggi. Akhirnya ada di kalangan bloggers sanggup berbohong dan mengadu domba supaya kandungan blog mereka sentiasa sensasi dan dikunjungi oleh orang ramai agar dia boleh mendapat komisyen yang tinggi.

Tepuk dada tanya iman, tengok blog UMNO dan parti lain, belajar dari orang lain untuk kebaikan.

Saya cadang bloggers Khalid Samad, salah seorang pimimpin PAS, blog Malaysiawaves milik Tulang Besi, blog Penarik Beca dan Kickdafella, katanya ahli PAS, blog Mohd Sayuti Othman, MSO yang kononnya simpati PAS dan beberapa lagi supaya belajarlah menggunakan blog dengan 3 fungsi di atas bukannya mencari populariti.

Ceramah umum dan Perhimpunan Awam

Dalam menuju ke arah negara maju, Malaysia harus lebih bersedia mengamalkan nilai universal yang positif dalam mengiktiraf suara rakyat melalui saluran yang betul dan budaya serta etika yang baik. Apabila pengiktirafan ini tidak diberikan perhatian seawajar, maka rakyat mencari ruang alternatif seperti Internet, Radio Internet, TV Internet, SMS dan media lain. Rakyat juga mencari jalan berisiko tinggi dengan turun di jalan.

Jika Artikel 10 diiktiraf maka ia harus dimanfestasikan. Ceramah umum dan perhimpunan awam harus dizinkan dan diberikan permit agar gelagat rakyat untuk menyatakan padangan dan suara berada dalam kawalan yang wajar. 

Di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang, ceramah umum dan perhimpunan umum berlaku dalam keadaan terkawal kerana ia dibuat di stadium, padang awam, dan dewan orang ramai setelah mendapat permit polis negeri masing-masing.  Sebelum ini ceramah umum dan perhimpunan awam dibuat di premis rumah ahli parti politik, yang menyebabkan:

  • orang ramai berdiri atau duduk dalam keadaan tidak selesa; duduk di tepi longkang, tepi jalan, bawah pokok pisang dsb
  • kesesakan trafik yang mengganggu laluan awam
  • sampah sarap di sana di sini
  • kenderaan diletak di sana sini
  • gangguan ke atas jiran berdekatan tempat ceramah atau perhimpunan
  • kesukaran menggunakan tandas
  • dan pelbagai lagi kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat yang cintakan maklumat dan rakyat yang peka terhadap masa depan negara.

Apabila pihak berwajib membenarkan penggunaan tempat awam yang mempunyai kemudahan tempat duduk, tandas, tenpat letak kereta, tong sampah, sistem PA, dan kemudahan lain yang mesra alam, maka perkara negataif di atas dapat dielakkan. Itulah tanda negara maju yang mempunyai tamadun dan jatidiri bangsa yang baik dan jelas. Program ceramah umum dan perhimpunan akan berjalan dalam keadaan yang terkawal dan sihat. Lebih bertamadun sesebuah negara itu apabila, TV, Radio dan akhbar memberi ruang kepada parti politik dan NGO untuk menyatakan suara dan pandangan mereka.

Rakyat adalah pembayar cukai.  Duit cukai digunakan untuk menyediakan kemudahan infrastrukur. Oleh itu rakyat berhak menggunakan kemudahan tempat berkumpul seperti stadium, padang awam, dan premis awam dengan bayaran sewa dan khidmat yang disediakan. Orang yang mahu mendengar ceramah dan berhimpun boleh pilih untuk berbuat demikian dan sebaliknya orang yang tidak mahu mendengar ceramah atau berhimpun boleh juga berbuat demikian. Tetapi permintaan untukberkumpul secara aman tidak harus disekat.

Tugas Polis ialah menjaga keamanan suasana dan keselamatan orang ramai apabila berlaku Ceramah umum dan Perhimpunan awam selain daripada tugas rutin harian mereka. Kewujudan polis harus memudahkan dan bukan menyusahkan rakyat. Rakyat menghormati polis yang profesional dalam menjalankan tugas demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan parti atau kepentingan individu.

Ceramah umum dan Perhimpunan Awam secara aman dan terkawal adalah satu bentuk pendidikan tidak formal kepada masyarakat.  Dengan adanya aktiviti berkenaan, maka wujud rakyat yang bermaklumat dan peka terhadap masalah negara serta masa depan negara. Melalui aktiviti Ceramah umum dan Perhimpunan Awam, minda dan jiwa ahli masyarakat akan berada dalam acuan yang padu; anak-anak muda akan kurang berpelesaran atau  lepak membuang masa; sebaliknya akan peka dengan tuntutan zaman. Hiburan yang bermoral dan menarik  juga boleh diselang seli dalam program Ceramah umum dan Perhimpunan Awam untuk menarik minat orang ramai untuk hadir, sambil mendengar ceramah dan berhibur.